35 : ♡

102K 4.1K 498
                                    

Author's note ; Guys, lepasni saya akan tukarkan 'aku' kepada Hani. It's a little hard kalau guna 'aku' sebab dia hanya boleh ceritakan tentang pov dia je. So i use nama dorang instead dari ganti nama. Faham kan? Ok itu je 😂

-------------------

Hani melihat Dariel yang sedang termenung sambil mata melekat pada skrin telefon bimbitnya. Keningnya automatik terjungkit.

Pelik dengan sikap suaminya yang seperti ada masalah sejak kebelakangan ini. Hani perlahan mengatur langkah, menghampiri Dariel yang bersandar di kepala katil.

"Abang? Abang ok?" Hani bertanya soalan.

Dia naik ke atas katil dan duduk bersila di hadapan Dariel. Lutut mereka berlaga. Dariel yang ketika itu sedang ralit, terus tersentak. Cepat-cepat dia meletakkan telefonnya atas meja kecil di sebelah katil.

Dia melurutkan badannya perlahan-lahan. Kini tubuhnya sudah sepenuhnya berbaring. Tangan kirinya menarik lengan Hani agar berbaring di sebelahnya. Hani diam. Tidak menolak. Dia turut berbaring di situ.

Kemudian, Dariel meletakkan tangan kanannya di atas perut Hani dan isterinya itu dibawa ke dakapan. Dia membenamkan wajahnya di celah tengkuk Hani. Mengambil bau badan.

Hani yang tidak tahu apa-apa, hanya diam. Dia merenung siling.

Kenapa dengan Dariel? Dia ada masalah? Kalau ada, kenapa dia tak nak bagitahu?

"Abang ok tak ni?"

Hani bertanya sekali lagi. Diam. Dariel masih tidak berkata apa-apa.

Sesaat kemudian, terasa gelengan kepala Dariel di leher Hani.

"Abang ok. Cuma biasalah, ada masalah sikit dekat office."

Hani mengangguk walau firasatnya kuat mengatakan bahawa bukan itu menjadi puncanya kenapa suami dia bersikap begini.

"Kalau macam tu, abang rehat lah. Hani tutup lampu ya?"

Dariel mengangguk. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah diri sendiri.

Kenapa dia menipu? Kenapa dia tak bagitahu Hani yang sebenarnya ketika dia melihat skrin telefon, terdapat mesej daripada Naila untuk berjumpa.

Entah lah, dia sendiri tidak tahu ingin membalas apa. Akhirnya mesej itu dibiarkan sepi tanpa balasan. Nombor itu juga sudah diblock. Tapi, pelik juga dia, macam mana Naila boleh dapat nombor telefon dia?

Lagi pelik, bukan ke Naila dah meninggal?

Ah sudah, tak kan yang mesej dia tu roh Naila pulak? Aduh, pening kepala dia fikirkan benda itu.

Hani bangun dari berbaring. Dia mengunci pintu bilik dan lampu. Kemudian, dia naik ke atas katil dan mengambil posisi tadi. Di dalam dakapan Dariel. Lampu nightstand sahaja yang dibiarkan terbuka.

Dariel mengemaskan pelukan. Kuat pegangannya di pinggang Hani. Terasa berdosa betul dia kerana sudah menipu si isteri.

Hani yang berasa pelukan makin kemas, hanya diam. Dia mengiring dan matanya betul-betul menghadap dada bidang Dariel yang tidak berbaju. Perlahan tangan mengusap belakang badan Dariel. Mungkin Dariel betul-betul ada masalah, jadi dia sebagai isteri cuba untuk menenangkan hati suami.

Tubuh Dariel yang tadinya sedikit mengeras kini menjadi lembut kerana sentuhan Hani. Hilang terus perkara yang berkaitan dengan Naila tadi.

"Hani, I love you."

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"Muah muah muah!"

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now