18 : ♡

98.4K 5K 1K
                                    

Malam itu, aku, Syafiq dan Dariel pergi ke Myeongdong Street. Tempat ini sangat sesuai untuk berbelanja sakan. Banyak barangan yang dijual di sini. Rambang mata aku jadinya. Tidak tahu mahu beli yang mana satu. Sudah lah ramai orang. Nasib baik aku ditemani Syafiq dan Dariel.

Aku masuk ke sebuah kedai yang menjual barangan kpop. Beberapa buah tangan aku beli untuk Syira yang sememangnya penggemar kpop. Cuma dia je malas nak tunjuk.

Selepas itu, aku bergerak ke kedai lain pula. Aku mengambil cekak rambut arnab dan diletakkan di atas kepalaku lalu memandang Syafiq.

"Comel kan saya?"

Aku mengembungkan kedua-dua pipiku. Acah comel lah kononnya. Syafiq hanya ketawa kecil.

"Lagi comel kalau awak pakai ni."

Syafiq mengambil cekak arnab itu dan diletakkan pula cekak ala-ala puteri di atas kepalaku yang bertudung litup.

"Cantik. Macam princess."

Aku menahan malu apabila dipuji sebegitu oleh Syafiq.

Tidak tahan dengan usikan nya, aku menarik hujung lengan bajunya untuk ke kedai lain pula.

"Ehem. Lupa aku nampak." Dehaman Dariel menghentikan langkah kami. Dariel memberi jelingan tajam kepada Syafiq.

Tidak lama selepas itu, pandangan nya jatuh ke mukaku. Aku menatap semula sepasang mata hitam pekat milik Dariel. Aku sedikit terasa melihat mukanya yang tidak beriak. Beku seperti selalu.

"Sorry bro. Princess sebelah aku ni terlampau cantik sehinggakan aku lupa yang aku juga sedang berjalan dengan prince charming."

Syafiq menepuk-nepuk bahu Dariel. Dariel membalas dengan memutarkan bebola matanya ke atas. Aku tergelak kecil. Comel pula.

"Kenapa gelak?"

Terus tawaku mati apabila ditegur sebegitu oleh Dariel.

"Tak ada apa. Jom lah pergi kedai lain." Aku berjalan menonong meninggalkan mereka di belakang. Terlalu leka mencuci mata, aku tersedar bahawa Syafiq dan Dariel tiada di belakangku. Aku mula panik.

Melilau aku mencari dua jejaka itu. Tapi hampa. Mereka langsung tidak kelihatan. Mana mungkin aku jumpa di tempat yang ramai orang ini. Penat aku mencelah-celah di antara ribuan manusia ini tapi masih tiada jejak.

Tengah sibuk mencari, aku dilanggar seseorang. Hampir sahaja aku jatuh tersembam bumi tetapi tidak apabila satu tangan sasa menarik tanganku dan dibawa ke dada bidangnya.

Aku menutup mata. Kedua-dua tangan kekar itu naik memelukku. Aku mencium aroma minyak wangi yang dipakai si empunya badan.

Bau ini...

Pantas aku mendongak memandang tuan punya badan. Terkedu aku apabila muka aku dan Dariel hanya dekat beberapa inci. Hampir sahaja bibir kami bertemu. Nasib baik aku sempat menjarakkan mukaku. But still, aku dalam dakapan nya.

Lama aku dan Dariel berkeadaan seperti itu. Raut wajah Dariel yang lembut seolah-olah telah menggam kaki ku di situ.

Mataku jatuh pada dahi licinnya, turun ke sepasang mata hitam pekat yang menggoda, alis mata dia yang cukup membuatkan aku terus terpaku di situ, kemudian turun lagi pada hidung mancungnya. Mahu sahaja aku melarikan jari-jemariku di situ. Dan akhir sekali, mataku tertancap pada seulas bibir merahnya.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now