16 : ♡

94.7K 5.3K 2K
                                    

Dah berhari-hari, aku tidak dapat tidur lena. Ini semua ayat Syira punya pasal lah. Habis terngiang-ngiang dalam fikiran aku ni.

Selepas je aku balik dari rumah Syira tempoh hari, terus aku terfikir pasal Dariel.

Aduh benci lah.

Aku bangun dari perbaringan. Mata memandang ke luar tingkap. Gelap.

'Memang lah gelap. Dah malam. Daaa.'

Bunyi bising dari dapur menarik perhatianku. Apa ke hal pula kat bawah tu?

Aku menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Mataku dijamu dengan kehadiran keluarga belah umi dan abah. Keningku automatik ternaik.

Aik? Kenapa ni?

Adik sepupuku, Balqis aku hampiri. Aku berbisik di telinganya.

"Ada apa ni Qis?"

Balqis memandangku pelik.

"Akak ni pening ke? Esok kan abang Adden nak kahwin."

Lantas aku menepuk dahi. Astaghfirullah. Kenapa boleh tak ingat ni?

"Maaf, maaf akak lupa. Ada nampak abang adden?"

"Dekat luar."

Aku mengangguk perlahan. Saat kakiku ingin melangkah ke halaman belakang, telingaku menangkap suara kakak-kakak sepupuku membawang.

"Aku tak tau pula Adden ada kawan sehandsome budak tu." Suara anak Mak Long berkata.

"Itu lah pasalnya. Hish, nasib baik lah kita ni dah kahwin, ye dak? Kalau tidak, mahu kita berebutkan budak tu."

Hmm pelik. Kawan baru along kut. Aku mengangkat sebelah bahu. Halaman belakang aku tuju. Dari jauh lagi aku sudah dengar suara along dan angah bergelak ketawa. Dicampur dengan suara pak long, pak ngah, pak su dan banyak lagi pak.

Umi yang berada di dapur aku tegur dan memeluknya dari belakang. Manja. Hehe.

"Umi buat apa tu?"

Umi yang sedang membasuh pinggan mangkuk itu terhenti lalu menjawab,

"Menjahit."

Fuhh, sejak bila umi aku pandai memerli ni? Aku tersengih cuma. Aku berdiri di muka pintu dapur itu.

"Along! Angah! Nak peluk!" Dengan tidak tahu malunya, aku menjerit. Entah kenapa malam ni manja aku lain macam. Ye lah, mungkin sebab esok along nak kahwin, jadi ini lah kesempatan aku untuk bermanja lebih. Nanti along dah sah jadi suami Kak Wawa, manja kena control. Heh.

Semua mata memandang ke arahku. Tapi, sepasang mata hitam yang amat ku kenali menarik perhatian aku untuk terus berdiri di situ. Aku seolah-olah digam.

Kenapa Dariel Lutfan ada kat sini?!

Dariel memandangku atas bawah. Aku menelan air liur. Mata dia kemudian naik ke muka ku semula. Sengihan nakal jelas terpacar di bibirnya.

Kenapa aku rasa itu macam senyum sinis?

"Adik!" Suara along menyentakkan ku.

"Tudung dengan seluar mana?!"

Aku sudah blur. Apa semua ni? Tudung? Seluar? Pakcik-pakcik aku yang ada di situ semua sudah ketawa kecil melihat aku yang seperti orang hilang punca.

Aku melihat Dariel sekali lagi. Saat mata dia turun dari mukaku hingga ke bawah, aku baru perasan sesuatu. Lantas aku memegang kepala. Apabila aku rasa tiada satu pun kain yang menutup rambutku, aku terngaga.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now