40 : ♡

84.6K 3.7K 620
                                    

Hani melihat skrin telefon yang masih menyala. Dia tengok nombor di skrin itu. Betul itu nombor suami dia. Tapi kenapa yang jawab dia perempuan?

Dada Hani berdebar. Ada yang tak kena ni. Dia ambil phone itu dan ditekapkan kembali ke telinga.

"Hello? Siapa ni? Suami saya mana?"

"Suami siapa yang awak maksudkan?" Suara di hujung talian itu bertanya.

"Suami sayalah. Dariel Lutfan! Mana dia? Kenapa awak yang jawab call ni? Awak siapa?"

Bertalu-talu Hani menyoal. Bertambah debar hatinya apabila terdengar suara seseorang. Abang!

"Hani..."

"Abang? Abang kat mana tu? Kenapa perempuan yang jawab call ni? Abang buat apa dengan dia?"

Hani bangun dan bergerak ke hulu dan ke hilir. Tidak senang duduk. Otaknya mula fikir bukan-bukan. Dariel buat perkara tak senonoh ke?

"Hani....abang―"

"Shuh sayang. Just enjoy what i'm gonna do to you. Biar I cakap dengan perempuan ni."

Hani bungkam. What? Ya Allah, siapa perempuan ni?

"Awak isteri Lutfan ke? I'm sorry kalau ambik dia tanpa kebenaran. Tapi, dia kata dia suka saya. Jadi, alang-alang awak dah call ni, saya nak bagitau, kami akan bersama lepas ni. Jadi, lupakanlah dia. Ok?"

"Hey! Itu suami saya! Awak ni siapa haa?!"

Menggelegak hati Hani dibuatnya.

Terdengar perempuan itu ketawa sebelum menjawab.

"Saya kekasih baru dia. Ok lah, saya nak tutup dah ni, saya nak layan dia kejap. Daaa."

"Kau―"

Tut tut.

Panggilan terputus. Hani mencampak telefonnya ke sofa. Dia kemudian terduduk di atas lantai.

"Ya Allah. Apa suami aku buat Ya Allah? Astaghfirullahallazim."

Hani menangis semahunya. Teresak-esak dia di situ. Kenapa Dariel buat macam ni dekat dia? Tak cukup ke semua layanan yang dia bagi selama ni sampai nak cari perempuan lain?

Ting!

Telefon nya yang terdampar di atas sofa berbunyi. Hani buat tak endah dan duduk menyandar di sofa sambil memeluk lutut.

Kenapa? Kenapa?

Telefonnya berbunyi lagi. Hani dengan rungsingnya ambil dan membuka WhatsApp. Video dari nombor yang tak dikenali itu didownload.

Habis saja melihat video yang berdurasi dua minit itu, dia menekup mulut. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati.

Tak salah lagi, dalam video itu adalah suaminya sendiri. Dariel Lutfan! Dengan berpelukan sambil bercium dengan entah mana-mana perempuan.

Ya Allah.

Hani memegang kepalanya yang terasa berpinar. Matanya dah kabur dengan air mata. Hampir sahaja dia meraung di situ.

Husna dan Alia tersedar apabila mendengar tangisan seseorang. Melihat bossnya yang sudah terduduk di lantai sambil menangis, pantas mereka mendapatkan Hani.

"Ya Allah, boss kenapa ni?"

Husna duduk melutut di kanan Hani. Dia mengusap bahu bossnya itu. Cuba menenangkan. Berkali-kali soalan itu diajukan tapi Hani masih tidak mahu menjawab. Malah tangisannya menjadi-jadi.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now