34 : ♡

91.4K 4.1K 949
                                    

Aku berlari anak naik ke bilik sambil menekup muka dengan kedua tangan. Balik sahaja dari membeli nasi dagang, terus aku keluar dari kereta. Malu!

Dariel yang melihat isterinya berlari masuk ke dalam rumah, tidak mampu menahan tawa. Terhambur di situ juga.

"Tengok tu, malu sangat sampai lupa tutup pintu kereta." Dariel menggeleng kepala sambil menutup pintu kereta. Diambil dahulu tudung dan skarf Hani dan bungkusan makanan. Dia berjalan masuk ke dalam rumah dengan sengihan nakal di bibir. Bungkusan nasi dagang diletakkan di atas meja makan di dapur sebelum dia mendaki tangga ke bilik.

Pintu bilik dikuak. Isterinya sedang meniarap dengan menekup muka dengan bantal. Malu sangat ni! Ni yang rasa nak sakat lagi ni! Perlahan Dariel merapati katil. Kedengaran suara isterinya yang menjerit. Meroyan pula dah.

"Hai baby!" Dariel menghempas badannya ke katil. Tangannya pantas menggapai tubuh isteri dan dipeluk semahunya.

"Ermm geram! Geram! Wangi! Wangi!" Dariel mengemam bibir sambil hidungnya dibawa ke leher isteri. Diambil bau wangi badan Hani sambil mengeram geram.

"Kenapa comel sangat baby abang ni?" Dariel cuba mengambil bantal yang menutup muka Hani, tapi Hani makin menekan bantal itu pada muka.

"Tak nak tunjuk muka erkk? Tak pe tak pe. Tak nak suapkan makanan."

Aku mengangkat muka. Bantal tadi diletak di tepi.

"Abang suap? Nak! Nak!" Aku menepuk tangan. Suka!

"Yeay! Abang dah dapat tengok muka baby abang!" Dariel meletakkan kedua tangan di kedua belah pipi aku. Ditekan pipi aku dengan tapak tangannya. Bibir aku yang memuncung ditekapkan dengan bibirnya.

Kemudian, tautan dilepaskan.

"Jahat lah abang." Aku mengusap-usap pipi aku sambil mulut dimuncungkan.

"Muncung lagi muncung! Abang buat lagi nanti!"

Pantas aku menggeleng.

"Tau takut." Dariel bangun dari katil.

"Dah jom makan."

"Abang, nak dukung." Aku menghulur keluar kedua tanganku minta didukung.

"Bagi betis, nak peha. Abang bagi kiss terus nak dukung. Nasib lah peha betis kaki tangan abang ni semua Hani yang punya." Terkumat-kamit mulut Dariel membebel.

Erkk? Muka aku berubah mendung. Aku  menurunkan tangan. Tak nak dukung sudah lah. Membebel pulak.

"Bibir tu kan, suka sangat muncungkan? Dah meh sini abang dukung." Dariel memanggil. Aku dengan gembiranya turun dari katil dan meloncat pada badan Dariel.

Nasib Dariel dah bersedia. Kalau tak dah jatuh tergolek. Dia menguatkan pegangan. Dengan Hani yang berpaut padanya, dia membuka pintu bilik dengan kaki.

"Abang wangi! Hehehe..." aku membenamkan wajah di ceruk leher Dariel. Maskulin bau dia. Muahaha.

Kaki aku yang tergantung di pinggang Dariel digoyang suka.

"Duduk diam-diam lah sayang." Dariel membetulkan kedudukan Hani dibadannya.

"Hehehe...." aku menyanyi kecil sambil kaki masih lagi digoyang. Dariel yang sedang mendukung hanya redhooo. Berkali-kali dia membetulkan posisi Hani yang makin lama makin melurut ke bawah. Kalau dia tau dia dukung ala bridal style tadi.

"Comel tahi lalat abang dekat leher ni."

"Tau."

"Dekat pipi ni jugak."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now