07 : ♡

118K 5.8K 2.7K
                                    

Pemandangan di Amsterdam itu sangat cantik. Tak puas aku melihatnya. Oleh sebab itu, aku mengajak Along dengan Angah keluar berjalan-jalan.

Walaupun penat duduk berjam-jam di dalam flight semalam, tapi itu tak mematahkan semangat travel aku. Tambahan pula Amsterdam adalah salah satu negara yang ada dalam checklist aku.

Nasib baik juga Along dengan Angah dah biasa travel. Jadi mereka berdua tak ada masalah untuk bawa aku berjalan.

"Nak Churos."

Aku mengetuk-ngetuk perlahan lengan Along dan Angah. Ralit juga mereka berdua bershopping sakan sampai lupa aku tengah lapar sekarang ni.

Food is one of my priority. Hehe.

"Churos? Mana kenyang."

Angah menggeleng kepala. Tidak setuju dengan apa yang aku nak makan. Bibir aku cebik.

Habis, tak kan nak makan sambal belacan dengan pucuk ubi rebus kut?

"Jom pergi depan tu. Kat situ ada restoran makanan Singapore. Halal lagi."

Angah menunjuk ke arah sebuah restoran.

"Mana Angah tau?"

Aku bertanya sambil berjalan beriringan dengan abang-abang aku itu.

"I'm one of the travellers, remember? Angah dah pernah sampai sini."

"Ouh." Aku hanya mengangguk. Iya tak ya juga.

Saat aku masuk ke dalam restoran itu, ternganga sekejap mulutku. Mewah nya. Mesti mahal.

Aku menarik-narik hujung baju Along yang ada disebelah. Angah sudah jalan mendahului kami untuk mencari meja kosong.

"Mahal ke Along makanan kat sini?"
Aku berbisik sedikit di telinga Along.

"InsyaAllah tak. Kalau mahal sekalipun, I'm a lawyer and your second brother is an engineer. And he's going to be the owner of his own company. So, why not?"

Pftt ayat Along penuh dengan keriakkan.

Kami kemudian nya duduk di meja kosong yang terletak di sebelah kanan restoran. Sedikit terlindung dan boleh melihat keadaan di luar restoran melalui dinding kaca restoran itu.

Aku melihat menu. Fuh nasib baik ada makanan Melayu. Aku memilih laksa, ice lemon tea, dan sepotong kek red velvet sebagai pencuci mulut.

Aku tak berapa minat kek red velvet sebenarnya, sebab aku lebih menggemari kek yang berasaskan coklat. Tapi entah kenapa tekak rasa nak benda lain selain perisa coklat hari ni.

Along hanya memilih satay. Angah memilih spagetti. Bila aku tanya, kenapa makan sikit, kata diet. Jaga badan. Huh, typical dua ketul lelaki bernama Dyler Hadden dan Dyan Harith.


· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Aku bersandar di sebuah bangku panjang di taman itu. Perut sebu selepas melantak tadi. Perut aku tepuk perlahan. Terasa sakit perut lah pula.

"Along! Angah! Jom balik hotel!"

Aku melaung memanggil mereka berdua. Diorang kalau dah dapat bergambar, memang lupa aku. Tau lah pandai dalam bab-bab photographer ni enn.

"Lah, awalnya. Tadi Adik yang beria nak jalan-jalan." Angah melihat jam di tangan. Kemudian, sambung mengambil gambar dengan kamera CANON nya.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now