27 : ♡

124K 4.7K 438
                                    

"Ya Allah Daerin! Kenapa ni?"

Aku terus memeluk Syira sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Aku menangis tersedu sedan di bahunya.

"Daerin, kenapa ni? Cuba cerita dekat aku. Kau gaduh dengan suami kau ya?"

Syira mengusap belakang badan aku. Risau hatinya melihat kawan baiknya ini yang menangis bagai ibu hilang anak.

Syira memapah aku masuk ke dalam rumah lalu dibawa ke bilik. Aku terus duduk di atas katil Syira dan sambung mengeluarkan air mata. Daerin duduk di sebelah. Dia diam menunggu aku berhenti menangis.

"Dariel....dia...hiks...hiks...dia masih tak boleh lupakan awek lama dia."

Dengan sedunya, aku cuba mengeluarkan suara. Percakapanku diselang seli dengan tangisan.

"What?! Kau biar betul Daerin. Cuba suruh dia explain betul-betul. Mungkin dia tengah dalam proses lupakan perempuan tu. Cuba bagi dia masa." Syira memujuk. Aku mengelap air mata yang bersisa.

"Itu lah aku cuba buat. Aku bagi dia masa, sebab itu aku datang sini. Cuma aku terkilan, kenapa sebelum kahwin, dia tak nak cerita apa-apa dekat aku? Kalau masa tu dia masih tak boleh lupakan perempuan tu, perkahwinan kitaorang boleh postpone. Tapi dia sendiri ambil keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan walaupun aku yang ajak dia kahwin. Apa motif dia? Nak sakitkan hati aku?"

"Daerin, apa yang kau buat ni sebenarnya bukan kau bagi masa dekat dia, tapi kau lari dari masalah. Cuba bawa berbincang elok-elok dengan Dariel."

Terus aku menangis lagi. Syira masih setia memujuk. Tangan nya tidak henti mengusap belakang badan aku; menyalurkan kekuatan aku yang seolah-olah diragut. Mudah nya air mata aku mengalir apabila nama lelaki itu disebut.

"Dia sendiri tak mahu bercerita pasal kisah silam dia. Aku tak mahu paksa, takut nanti dia tak suka."

"Cuba lah pujuk dia perlahan-lahan. Lelaki, hati dia akan lembut juga kalau dipujuk isteri. Sesetengah orang lah. Kes kau ni aku tak sure. Tapi cuba."

Aku menggeleng kepala tidak mahu.

"Ikut suka kau lah. Kalau aku jadi kau, aku terus goda dia sampai dia lupakan perempuan tu. Bukan dengan lari dari dia macam ni. Kut dia menggatal dengan perempuan lain kat KL tu masa kau ada kat sini, haa tak ke naya? Kau juga yang makan hati berulamkan jantung nanti."

Syira mengeleng kepala. Dia bagi cadangan, tapi tak mahu pula. Inilah Hani Daerina. Degil. Buat sesuatu semua ikut kepala. Dia je betul.

Syira meninggalkan aku di situ. Aku berbaring di atas katil. Menghadap siling. Otak sedang ligat berfikir sampai pening kepala. Akhirnya, aku tertidur di situ.


· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·


Terpisat-pisat aku bangun. Jam di dinding aku kerling sekilas. Allah, dah pukul 6.50 pagi. Cepat-cepat aku menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Solat subuh segera aku kerjakan.

Kemudian, ruang dapur aku tuju. Mak Cah sudah ada di situ. Sibuk membuat sarapan pagi.

"Hai Mak Cah."

Aku mencuit bahu tua itu. Terkejut wanita itu.

"Lah, Daerin. Ingatkan siapa lah tadi. Nenyak tidur?" Aku hanya mengangguk. Tanpa disuruh, aku mencapai jag air dan mula membancuh air teh.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now