03 : ♡

106K 5.4K 227
                                    

"Apa aku nak cakap kat umi aku wei?"

Aku meletakkan kepala ku di atas meja makan di ruangan dapur rumah sewa milik Syira.

"Cakap je lah hilang. Senang."

"Senang kaki ayam kau. Kau macam tak tau umi aku tu macam mana garangnya. Dah lah bagasi tu dia sayang."

Aku mendengus perlahan. Aku tengah stress, dia boleh pula bagi cadangan tak berapa bijak tu.

"Wohooo. Chill baby. Kau beli aje lah yang baru."

Syira memberi cadangan sambil meletakkan secawan coklat panas di hadapan aku. Aku termenung seketika. Beli baru? Hmm boleh pakai idea tu..tapi..duit.

"Mana aku nak cari duit?"

"Lah, abah kau kan ada syarikat guaman. Minta lah pada dia."

"Kau gila? Habis abah aku bagitau umi aku nanti."

Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal. Tudung bawal hitam yang terletak elok tadi pun sudah kusut. Senget dan sangat tidak terbentuk.

"Along kau? Atau angah kau kan ada. Apa guna?"

Aku teringat pada kedua-dua abang aku itu. Hmm iya tak ya juga.

"Entah kenapa jawapan kali ni membuatkan kau nampak bijak." Aku mengusutkan rambut Syira yang tidak bertutup dengan tudung itu.

"Entah kenapa ayat kau membuatkan aku rasa nak halau kau keluar dengan segera dari rumah aku ni."

Aku tersengih sumbing cuma. Muka Syira yang sudah masam mencuka aku cubit perlahan.

"Tak payah sentap sangat lah. Gurau aje pun."

"Gurau tak gurau. Yang aku tau belanja aku chicken chop. Ok dah jom. Kau bawa kereta, lepas makan kita cari bagasi tu."

"Duit?"

"Minta dekat abang kau lah gila!"

"Haah lupa. Ok jap." Aku terus mengeluarkan telefon aku dari dalam sling bag yang aku bawa. Pantas nombor Along aku dail.

Beberapa saat selepas itu, baru panggilan berjawab.

"Hello. Along nak duit RM1000."

"Adalah. Bagi aje lah."

"Tak."

"Hei! Adik bukan macam itulah!"

"Iya Along."

"Ok bye. Love you. Assalamualaikum."

Aku mematikan panggilan. Sempat aku melihat cermin besar yang tergantung berdekatan dengan ruang dapur itu. Lumrah perempuan. Jumpa cermin je, mesti nak tengok. Kan? Kan?

"Sweetnya lahai kau dengan abang kau. Ber love you bagai. Bila lah aku nak ada pakwe kan?" Syira menopang dagu sambil duduk di atas sofa. Tudung sudah tersarung elok di kepalanya. Mesti dia naik ke bilik tadi.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now