42 : ♡

92.7K 4.3K 1.1K
                                    

5 bulan kemudian.

Hani masuk ke dalam butiknya dengan senyuman manis. Bukan apa, sebab ada lagi satu brand yang terkenal ingin berkolabrasi dengannya untuk mengeluarkan koleksi outwear bagi musim summer ini.

"Good morning lady boss."

Scarlet, pekerjanya itu merendahkan sedikit badannya bila Hani sudah terpacak di hadapan kaunter.

"Good morning. Macam mana butik hari ini?" Hani menyoal.

"Everything went well." Scarlet memberitahu. Walaupun dia tidak berapa fasih dengan Bahasa Melayu, dia masih faham apa yang diucap oleh bossnya itu. Bossnya itu banyak mengajar dia Bahasa Melayu.

Hani angguk puas hati. Dia menuju ke pejabatnya. Email dibuka.

Wow! Banyak email yang masuk. Semuanya dari brand-brand yang terkenal. Mereka semua memuji dan suka dengan rekaan baju Hani.

Bangga Hani seketika. Tidak sangka dirinya akan seberjaya ini. Dulu, dia hanya membuka cawangan di Malaysia. Kini, dia sudah mempunyai cawangan di New York dan juga di Milan.

Lepas saja fashion show di Milan beberapa bulan lepas, dia nekad untuk datang ke New York. Sampai saja di sini, terus dia menghubungi Luna Brands. Mereka mula bekerjasama dari situ.

Ikut pengiraannya, sepatutnya dua bulan lepas dia sudah boleh pulang ke Malaysia, tapi disebabkan design nya yang orang kata sangat menarik perhatian dan unik, membuatkan ramai pereka-pereka lain ingin menjadi rakan kongsi.

Dari situ Hani berfikir, lebih elok kalau dia tinggal di New York dan meneruskan kerjayanya di sini. Cawangannya di Malaysia telah diuruskan oleh Husna dan Alia. Pekerjanya yang paling dia percayai sampai mereka berdua itu sudah Hani lantik menjadi manager di butik di Malaysia.

Jadinya, sekarang genap 5 bulan dia tinggal di New York. Sebuah butik berjaya dibangunkan dan impiannya selama ini iaitu ingin mempunyai jenamanya yang sendiri sudah berjaya dicapai.

DH Brands.

Itu nama jenamanya. H tu adalah nama dia, Hani. Dan D itu nama suaminya, Dariel. Walaupun mereka berjauhan, nama lelaki itu tak pernah hilang dari hati dia.

Tipu kalau dia kata dia tidak rindu suami dia, tapi dia kena kuatkan hati dan perasaan. Sedangkan suami dia tidak mencari dia di sini, buat apa nak diingatkan.

Hani ingatkan lepas kejadian itu, Dariel akan mencari dia dan menceritakan segalanya. Tapi hampa. Tak ada khabar berita langsung dari dia.

Hani hembus nafas perlahan. Perasaan rindu terhadap suaminya itu dibuang jauh-jauh. 5 bulan dia tunggu suami dia datang mencari dia, tapi kecewa yang akhirnya dia dapat. Ego dan marahnya selama ini sudah lama lupus. Tak ada lagi perasaan marah kepada suaminya.

Andai kata suaminya itu datang dan meminta maaf lalu menjelaskan semuanya, dia dengan rela hati akan memaafkan dan membaiki hubungan mereka.

Tapi tidak ada. Dariel tak datang cari dia dan tak akan cari dia. Mungkin dia pun dah kahwin dengan perempuan itu. Entah lah, malas nak fikir.

Bila melayan perasaan macam ini, hati Hani sedikit terusik. Tubir matanya bertakung. Entah sampai bila hubungan dia akan tergantung tak bertali seperti ini. Dia mungkin tidak kisah dengan dirinya sekarang ini, tapi dia kisahkan anak dalam kandungannya ini. Macam mana kalau dia lahir nanti tanpa daddy dia di sisi?

Allah. Maafkan mummy sayang. Mummy janji mummy akan jaga sayang elok-elok.

Diusap perlahan perutnya yang semakin membesar. Alhamdulillah, kandungan nya sudah mencecah 6 bulan. Dan bayi dalam kandungannya sihat dan berada dalam keadaan baik.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now