219 29 24
                                    

••••••••••• [P r o l o g u e] ••••••••••••

Pada tahun 1550, di sebuah istana Kerajaan Goguryeo...


"Baiklah, tuanku. Akan patik uruskan!"

Sehun mensujudkan tubuhnya ke lantai untuk memberi penghormatan kepada Raja Kim Yoon Ki. Lalu dia pun beredar keluar dari istana tersebut sambil diiringi oleh seorang lelaki tua. Dengar kata, lelaki tua itu terkenal dek kerana kepakarannya dalam bidang ghaib.

Oh Sehun atau dikenali sebagai Laksmana Sehun telah dititahkan oleh raja dari kerajaan Goguryeo untuk menjalankan suatu misi yang boleh dikatakan, agak 'gila'. Mengapa ia dikatakan sebagai 'gila'?

Kerana Laksmana Sehun harus dibawa ke masa hadapan untuk menjalankan tugas sebagai penjaga kepada seseorang. Dan seseorang itu ialah orang yang sangat dekat dengan Raja Kim Yoon Ki, si pemilik kerajaan Goguryeo.

Disebabkan kepercayaan mereka yang kuat mengenai "Kelahiran Semula", Raja Yoon Ki tidak mahu seseorang di masa hadapan itu menghadapi semula takdir silamnya!

Takdir lampau itu bermakna, apa yang telah berlaku sekarang ini.

Ia sangatlah tragis dan merobek hati, lagi-lagi apabila insan itu telah mati hanyalah kerana fitnah belaka!

Jadi kenapa pula Raja Yoon Ki ingin berdiam diri? Dia akan pastikan orang yang telah meragut nyawa seseorang yang sangat disayanginya itu akan mati dalam sekelip mata!

Berani kerana benar, itu lah prinsipnya.

Di samping itulah, Laksmana Sehun telah menjadi salah seorang pembantunya yang terpenting dalam menyelesaikan misi tersebut. Hal ini kerana nasib seseorang yang dilahirkan semula itu adalah bergantung kepada sejauh mana Laksmana Sehun melindunginya. Sekiranya dia gagal, hukuman tidak teragak-agak akan jatuh ke bahunya!

Mampukah?

•••

Btw, suka saya ingatkan... Bagi siapa2 yg bias dia selain drpd Sehun tu, jgnlah susah hati sebab member lain xde ya. 😌 mereka semua memang akan ada, termasuk dgn Lay sekali😍 cuma belum sampai masanya 😂 so don't be sad okieee.
Right people will come at the right time, isn't it?

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now