7. You can do it!

74 24 34
                                    

⏯️ c h a p t e r 7 !

Sehun's POV

Sudah genap 3 hari aku dan Mirae tinggal di bandar Seoul. Akhirnya, pertandingan yang telah diimpikan oleh Song Mirae selama ini kunjung tiba juga!

Di sebuah Syarikat My heART, Seoul...

"Go Mirae-ah! Go go!"

Aku memberikan semangat kepadanya dari luar bilik pertandingan diadakan. Sampai timbul urat tekakku kerana menjerit terlalu kuat. Pandangan pelik daripada penyokong yang lain terhadap aku itu pun aku biarkan saja.

Kalau boleh dikatakan, lagakku sekarang ini tak ubah persis seperti seorang ayah yang menyokong anaknya yang mengikuti pertandingan di sekolah rendah.

Pfft, aku tak mengaku si Mirae tu jadi anak aku! Kahkahkah

Bagi aku, bakat seni yang dimiliki Mirae bukanlah calang-calang! Jadi, itu lah sebabnya mengapa aku yakin bahawa Mirae memang ada peluang yang besar untuk menang...

Aku? Join? Hahaha tidak. Masa itu aku tipu saja. Aku mana pandai bab seni ni. Aku pandai melukis taik hidung je. Baik, abaikan.

BUUKK!

Tiba-tiba aku merasakan seperti ada yang melanggar bontotku yang kacak. Sakit wehh!

Aku pun segera berpaling ke belakang untuk melihat gerangan tersebut.


"Mian," perempuan berambut hitam serta panjang yang melanggar aku tadi pun mengucapkan maaf. Kemudian dia pergi dengan kalut bersama telefonnya tanpa menunggu aku sempat berkata-kata.

Dan tidak lama selepas itu, aku terperasan perempuan itu memasuki sebuah bilik yang tertera perkataan "Manager's Room" pada pintunya.

Maka di situ lah aku dapat tahu, mungkin perempuan itu adalah pemilik kepada syarikat yang menganjurkan pertandingan ini.

Aku pun jadi terpinga-pinga seorang di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pun jadi terpinga-pinga seorang di situ.
 
  “Minah ni dah kenapa?” getusku sendiri.

Itu punya luas jalan kat belakang aku ni, bontot aku juga yang dia mahu langgar. Menggoda sangat barangkali.

"Tiber," kata aku lalu berpaling ke depan semula untuk menyambung sorakan aku yang tergendala tadi. Tapi...

"Aik? Dah habis ke?" soal aku tidak percaya. Terkejut aku melihat Mirae yang montel itu sudahpun keluar dari bilik tersebut diikuti dengan peserta yang lain.

"Baru je..." jawab Mirae sambil membawa peralatan melukisnya menuju ke arah aku. Baru aku perasan, Mirae siap pakai beret lagi di kepalanya macam orang-orang seni. Wahh...

Comel je dia hari ini.

"Laaa... Cepat betul habis." komen aku.

"Kau yang datang last minute badigol." ujar Mirae seraya tertawa.

Aku pun ketawa juga. Ya tak ya, eh. Hahahaha

"So ada apa-apa lagi tak lepas ni?" aku bertanya. Lalu Mirae hanya menggelengkan kepalanya saja sebagai jawapan. Aku pun mengangguk tanda faham.

"Mesti kau lapar sekarang ni kan? Ha jom kita pergi makan," aku mempelawa si gendut itu sambil meletakkan tanganku ke bahunya. Pelawaan itu sebagai tanda aku menghargai segala usahanya dalam pertandingan tadi.

Plus, aku memang sudah putus asa untuk memberi tips kurus.

Mirae apa lagi? Bersinar-sinar lah matanya apabila mendengar aku mengajaknya untuk makan.

Hm, tahu.

•••

Okay... Tahu boring, tak payah ckp. 😂😂😢

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now