29. Takdir.

51 15 34
                                    

⏯️ c h a p t e r  29 !

Mirae's POV

Tubuh Sehun itu aku angkat dengan penuh berhati-hati. Kemudian, aku meletakkannya dengan perlahan-lahan di dalam lubang kubur yang sudah pun aku gali di belakang rumahku itu.

Lalu, aku pun duduk mencangkung disisinya.

Wajah Sehun yang sudah tidak lagi bernyawa itu aku tatap dengan sayu sekali. Inilah, wajah orang yang sudah berkorban nyawa demi aku...

Walaupun rupanya bukanlah dalam bentuk manusia, namun aku dapat melihat kepenatan serta pengorbanan di sebalik wajah Sehun.

Tidak lama kemudian, aku pun menggerakkan tanganku perlahan ke kepalanya lalu mengelusnya dengan lembut.

  “Terima kasih tau, sebab dah jaga aku...” kataku. Sayu saja bunyiku.

Senyum dibibir tetap juga aku ukirkan walaupun air mata sudah pun berjuraian membasahi wajahku.

Aku begitu kerana aku sedang mencuba untuk bertenang walaupun hatiku sudah lama meronta kesakitan melihat pemergiannya...

Sejujurnya, aku tidak redha.

  “Kau ingat lagi kan, masa dulu kau ada cakap yang kau teringin sangat nak makan lambchop?” soalku yang seolah-olah sedang berbual dengannya.

Dalam masa yang sama, aku pun mengimbas kembali kata-kata Sehun ketika aku masih kaya-raya dahulu...

Ketika aku masih lupa daratan, berlagak dan mementingkan diri sendiri...

  “Weh, Mirae. Teringinlah nak makan Lambchop, macam sedap! Jomlah bawa aku makan tu sekali-sekala,” -Sehun.

  “Kau ni asyik minta aku belanja je kerja! Cari lah duit sendiri. Lelaki macam apalah kau ni!” -Mirae.

  “Eee... Tak payah lah nak marah. Aku tak paksa pun, kan? Eleh kau ni. Cakap je lah kedekut!” -Sehun.

Tiba-tiba aku merasakan air mataku mengalir semakin deras. Bibirku juga sudah tercebik-cebik akibat menahan suara tangisanku sendiri.

  “Syukur kan, kau dah makan Lambchop malam ni tadi...” dengan tersedu-sedan aku menangis disisinya. Sambil itu aku mengelap juga hingusku menggunakan hujung lengan baju.

Sehingga saat ini... Aku masih juga belum dapat menerima kenyataan itu. Sedikitpun belum!

Untuk mengelakkan tangisan aku itu semakin berlarutan, aku pun cepat-cepat mengelap air mataku itu. Lalu aku pun meraup wajahku yang sudah sembap itu dengan kasar.

Nafas yang panjang aku tarik kemudian menghembusnya dengan perlahan...

Tenang, Mirae. Tenang...

Setelah itu, aku bingkas bangun dari cangkungku dan mencapai cangkul yang sudah sedia ada di tepi aku itu. Kini, tiba sudah masanya untuk aku menguburkan insan yang paling aku cintai selama ini walau tidak rela...

Insan yang akan aku ingati sehinggalah ajal menemuiku juga suatu hari nanti!

Namun sebelum aku mencangkul tanah di situ, aku pun menatap wajah Sehun untuk kali yang terakhir...

  “Akhirnya amanah kau dah selesai... Kau dah buat yang terbaik, Sehun.” kataku dengan mata yang mulai berkaca semula.

Ya Tuhan, kenapa aku masih belum ikhlas dengan perpisahan ini? Aku masih ingin hidup dengannya... Lebih lama lagi!

Tapi aku tahu, itu tidak akan terjadi.

  “Mulai sekarang... Aku dah tak perlukan kau lagi.”

Itulah ayat terakhir yang terbit dari bibirku sebelum aku mula mencangkul tanah kemudian menimbus bangkai anjing itu dengan hati yang bagaikan dikoyak-rabak.

Sakit, tapi aku gagahkan jua...

Aku menimbus tanah itu sehinggalah tubuhnya sudah tidak kelihatan lagi di mataku.

Sehun sudah betul-betul pergi...

Akibat sakitku yang sudah tak tertahankan, akhirnya aku terduduk juga ke tanah dan menangis semahunya di tepi kubur Sehun!

  “Sehun-ah...” rintihku sambil memanggil namanya berulang kali. Sungguh aku tak sanggup!

Tidak lama kemudian, hujan pun turun membasahi bumi seolah-olah memahami akan diriku ini.

Sehun sudah tiada, Mirae... Dia sudah pergi. Biarkanlah Sehun agar dia tenang di sana...

•••

Sumpah aku nangis baca sambil dengar lagu kat atas tu. 😭 korg try lah..

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now