27. Culik.

46 16 21
                                    

⏯️ c h a p t e r  27 !

  “Nah, cik.” ujar perempuan yang bekerja sebagai cashier itu sambil menghulurkan bakinya seraya tersenyum.

  “Kamsahabnida!” Mirae pun mengambil baki tersebut dan bergegas keluar dari situ memandangkan Sehun sudah lama menunggunya di luar.

Apabila kakinya sudahpun menjejak di luar restoran itu, langkahnya tiba-tiba terhenti seketika. Pelik.

  “Aik, mana pula si Sehun ni?” Mirae bertanya pada dirinya sendiri dengan dahi yang berkerut.

Kedua matanya pun melilau untuk mencari di mana Sehun berada. Apabila kelibat Sehun langsung tidak nampak di situ, Mirae pun berjalan ke arah lain pula. 

Cari punya cari...

Cari lagi...

Tetap tidak jumpa!

  “Yaishh dia tunggu kat mana ni? Sehun-ah!! Sehun!!” Mirae memanggil-manggil nama Sehun sambil menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Seluruh kawasan di situ sudah puas dia cari...

Disebabkan risau yang semakin menguasai diri, Mirae pun mempercepatkan lagi langkahnya. Hilang lagi dah budak ni!

  “Ya Tuhan... Mana pula kau pergi kali ni Sehun? Berapa kali kau ni nak hilang!”

Sedang leka kaki Mirae itu berlari, tiba-tiba kakinya merasakan terpijak sesuatu. Lalu dia pun berhenti seketika dan menundukkan kepalanya ke bawah untuk melihat apa yang dipijaknya itu.

  “Eh...” mata Mirae membulat. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat apa yang dipijaknya itu ialah...

Necktie Sehun!

Lantas Mirae pun mengambil necktie Sehun yang tercicir itu. Air matanya mula bergenang sambil meliarkan matanya untuk mencari Sehun yang baru saja hilang itu...

Apa yang dah jadi ni?

  “Sehun... Sehun...” akhirnya setitis air matanya pun mula mengalir.

Tiba-tiba...

Mirae terdengar seperti ada bunyi seekor anjing yang dipaksa masuk ke dalam kereta lantas menyebabkan matanya pun tertumpu ke arah sebuah kereta yang tidak terlalu jauh darinya itu!

Tanpa berfikir panjang lagi, Mirae terus terbayang bahawa anjing itu adalah Sehun. Ianya pasti Sehun!

  “WOIIII!!!” tengkingnya dengan kuat.  Tanpa berlengah lagi, Mirae pun terus mengejar orang yang telah menculik Sehun tersebut.

Tetapi malangnya, kereta itu sudahpun meluncur laju dari kawasan itu!

  “EYYY SIAL!!” Mirae mendengus dengan geram.

Melihat kelibat kereta yang semakin jauh itu membuatkan Mirae jadi buntu seketika. Nak kejar, tapi tak mampu! Nak guna kenderaan pun tak boleh, sebab dia dengan Sehun tadi jalan guna kaki je kot!

Arghh macam mana ni!!!

Tidak lama kemudian, Mirae tiba-tiba ternampak ada sebuah basikal di tepinya.

  “Ishh rembat je lah!” ujar Mirae seraya mencapai basikal tersebut. Lantak je lah siapa punya pun! Siapa suruh tak kunci?

Rasanya sudah hampir 10 tahun dah Mirae tak naik basikal. Entah masih tahu ke tidak dia nak naik benda alah tu. Jangan-jangan dia dah lupa?

Ah, kisah pula aku! Yang penting aku kena selamatkan Sehun sekarang! Dia dalam bahaya! Selama ni Sehun dah habis berkorban untuk aku, kenapa aku tak boleh pula?

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now