28. Sudah terlambat...

46 16 44
                                    

⏯️ c h a p t e r 28 !

Hwasa's POV

Kereta itu aku pandu dengan sepantas kilat sambil menjeling sekilas pantulan imej seorang gadis berbadan gemuk pada side mirror itu. Sebuah senyuman sinis pun aku ukirkan di bibirku sendiri kerana aku berasa puas...

Puas kerana anjing sialan yang telah melaporkan keberadaanku kepada polis tempoh hari itu sudahpun berada di genggamanku! Dasar anjing tak guna!

Kerana dialah semua wang, harta dan koncoku lesap begitu saja! Nasib baiklah aku sempat melarikan diri. Dia ingat aku ni tak ingat dia ya?

Huh!

Aku membiarkan saja bunyi anjing si pembawa sial itu yang masih meronta-ronta dalam guni tersebut.

"Kau sabar ya. Sabar... Lepas ni kau memang akan mati punya... Kau tak payah risau." getus aku yang masih fokus dengan pemanduanku itu.

Setelah lebih kurang setengah jam aku memandu kereta, akhirnya aku sampai juga di sebuah gudang yang terbiar.

Fuh, aku memang betul-betul tak sabar ingin membunuh anjing di belakang aku ini!

"Memang hari ni juga lah kau mati, anjing! Aku dah tak kira!" gumamku.

Aku pun bergegas keluar dari tempat pemandu kemudian membuka pintu di bahagian belakang kereta aku itu. Apa lagi kalau bukan untuk mengangkut si anjing tak guna tu?

Kemudian aku menarik guni itu lalu aku biarkan dia terjatuh ke bawah dengan sengaja. Selepas menutup pintu itu, aku pun mengheret guni yang tidak henti-heti bergerak itu masuk ke dalam gudang.

Masuk saja ke dalam gudang itu, aku pun dengan tidak sabarnya terus mencapai sebatang kayu yang terletak di atas sebuah tong besar itu.

Tanpa berlengah lagi aku pun memukul anjing yang masih terperangkap dalam guni itu dengan sepuasnya!

Waktu itu, aku memukul anjing tersebut bagaikan tiada lagi hari esok. Sungguh puas rasanya apabila dendamku selama ini akhirnya dapat aku lepaskan juga pada malam itu!

Tidak lama kemudian, rontaan anjing itu semakin lama semakin lemah...

"Ni baru sikit aku bagi tau!" ujar aku dengan nafas yang sudah tercungap-cungap kerana memukul anjing itu tanpa henti! Aku pun melempar kayu itu ke tepi dan mengheret lagi guni itu ke sebuah sangkar yang besar.

"Aku memang belum habis lagi dengan kau," kataku semasa mengheret guni tersebut.

Sebelum aku menyumbat anjing itu masuk ke dalam sangkar, ikatan guni itu aku buka terlebih dahulu.

"Kau masuk sekarang!" aku terus menendang anjing itu masuk ke dalam. Kemudian aku pun menutup pintu itu dengan segera sebelum anjing itu sempat menggigit aku.

Anjing itu pun terus menyalak ke arahku dengan kuat. Entah apa yang dia bebelkan pun aku tak tahu.

"Kau marah dengan aku, ya?"

Aku tertawa sinis seketika lalu pergi dari situ. Tidak lama kemudian, aku pun datang semula sambil membawa seekor lagi anjing liar yang tubuhnya jauh lebih besar daripada si anjing sialan itu!

Tanpa berlengah lagi aku membuka semula pintu itu dan memasukkan anjing yang besar itu ke dalam sangkar untuk menyerangnya.

"Kau belasah dia sekarang," arahku seraya menutup pintu sangkar itu semula.

Kelihatan anjing sialan itu berundur setapak ke belakang manakala yang seekor lagi pula semakin mendekatinya dengan bunyinya yang marah.

"Tau pun kau takut..." gumamku.

Aku pun duduk di atas kerusi plastik itu sambil meneguk sebotol air mineral sekaligus. Sementara anjing-anjing itu pula sudah bergelut antara satu sama lain di dalam sangkar itu!

"Teruskan lagi Doggo, teruskan! Belasah dia sampai dia mampus!"

Nampaknya anjing sialan itu sudah semakin lemah. Dia sudah tidak mampu lagi berdiri dan terbaring di atas lantai itu sambil dilumuri darah yang banyak.

"Bagus!" pujiku.

Tetapi, aku juga belum pasti samada dia sudah mati ataupun belum. Aku rasa dia dah mati kot?

Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada seseorang yang datang menghampiriku dari arah belakang dan...

BUUKKK!

Pandanganku pun terus menjadi gelap sekelip mata!

•••

Tanpa berlengah lagi, Mirae terus melayangkan kayu itu sekuat yang mungkin pada kepala wanita itu dari arah belakang. Rasa geramnya ketika itu memang sudah tidak dapat dikawal!

Dalam sekelip mata, wanita itu pun terus rebah dari kerusinya!

"Padan muka kau sundal! Aku akan call polis lepas ni!"

Dengan berbekalkan kayu yang masih ada di tangannya itu, Mirae pun menghampiri sangkar yang tidak jauh dari tempatnya di situ.

Tidak lama kemudian...

"Sehun..."

Alangkah tertikamnya hati Mirae apabila melihat Sehun yang sudah terbaring lemah di situ. Lukanya sangatlah teruk! Darahnya juga mengalir dengan begitu banyak di atas lantai.

Tanpa Mirae sedar, air matanya terus berjuraian membasahi pipinya.

Namun dalam masa yang sama, Mirae juga tidak pasti sama ada Sehun itu masih hidup ataupun...

Tak... Tak, Sehun tak mati! Sehun tak akan mati!

Tanpa membuang masa lagi, Mirae terus membuka sangkar itu untuk membawa Sehun keluar. Namun, anjing yang seekor lagi itu telah menyukarkan kerjanya.

Setelah pintu itu terbuka, anjing itu terus berlari dari situ memandangkan Mirae yang sudahpun bersedia untuk memukulnya dengan kayu!

Pergi saja anjing itu dari situ, Mirae pun dengan pantas menghampiri Sehun sambil menangis tersedu-sedan. Kepala Sehun yang sudah berlumur darah itu diangkat ke pangkuannya.

"Sehun-ah! Bangunlah, Sehun! Kau tak boleh mati, Sehun... Kau tak boleh mati! Aku percaya kau masih hidup kan, Sehun-ah!"

Namun, tiada respon.

  “Yah... Janganlah macam ni! Aku baru je nak kita hidup lebih lama lagi, Sehun-ah! Kau tak kesian dengan aku ke... Wae!

Mirae menangis semahu-mahunya apabila anjing itu langsung tidak memberikan apa-apa respon dari tadi.

Kedua mata Sehun tertutup, badannya juga lemah sekali kerana tangan serta kakinya telah patah akibat dipukul dan...

Tiada juga hembusan nafas.

"SEHUN!"

Mirae kemudiannya pun menangis dan menjerit bagaikan orang gila melihat pemergian Sehun itu. Semuanya terlalu mengejut. Sangat pahit untuk ditelan...

I'm sorry Mirae, if this is too suden.

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now