4. Dasar annoying!

84 23 37
                                    

⏯️ c h a p t e r 4 !

"Betul ke kau nak ikut?" tanya Sehun yang masih belum move on dengan poster tadi. Haih, dah balik rumah pun masih juga bertanya nak ikut ke tak?

"Kau gila tak nak!" jawab Mirae dengan mulutnya yang masih tersumbat dengan ramen dibelinya tadi. Apabila makanan itu sudah ditelan sehingga masuk ke perut, Mirae berkata lagi sambil mengelap mulutnya.

"Kau tak nampak ke hadiah pemenang pertama tu? Boleh jadi jutawan aku kau tau tak!"

Apakah hadiahnya itu?

Satu,
Wang tunai sebanyak 3 juta won.

Dua,
Banglo setinggi 8 tingkat. Ada lagi?

Dan tiga,
Tanah seluas 50k hektar. Sekali lagi...

Kau gila taknak!

Siapa lah yang tidak terliur dengan hadiah begitu, lagi-lagi kalau orang yang sejenis macam Mirae. Mata duitan!

Sehun pun kemudiannya menarik nafas sedalam-dalamnya. Tidak lama kemudian dia pun berkata,

"Memanglah... Tapi kau tak takut ke? Entah-entah penipu. Kita mana tahu," Sehun mengangkat kedua bahunya.

Betul juga apa yang Sehun cakap tu. Kan? Author setuju, tapi si Mirae ni pula yang tak setuju. Memang kuat betul semangat Mirae nak ikut pertandingan ini ya.

"Bijjj!" Mirae membulatkan matanya sambil memanggil Sehun dengan panggilan bi*ch itu.

"Zaman ni mana ada dah orang menipu ditipu semua ni... Orang-orang macam ni, semua dah insaf tau! Mungkin zaman kau je yang macam itu kot," kata Mirae dengan sombongnya.

Amboi kau Mirae. Okay, tak apa.

"Ha lagi satu. Yang nak join pertandingan tu, aku. Bukannya kau! Jadi kau tak payahlah nak control control aku. Ni bahaya, tak boleh ni, tak boleh tu. Elehh! Mentang-mentang jadi guard konon. Semua pasal aku kau nak block. Biarlah kalau aku nak ikut pun! Diam ah kau, aku nak makan pun tak senang." bebel Mirae panjang lebar seraya mencapai semula chopstick untuk sambung makan.

'Garang nauu, aumss!’ kata Sehun dalam hati.

"Siapa kata aku tak ikut?"

Terus terbatuk Mirae mendengar kata-kata Sehun itu.

"WHAT?" soal Mirae. Sehun ini gila ke apa? Baru tadi cakap pasal penipu, sekarang kata nak join pula! Ya Tuhan, tak mampu aku nak hidup dengan orang gila macam dia ni.

"Aku,.. Tak akan kalah dengan kau... Gendut!" kata Sehun dengan wajah yang penuh dendam.

Drama pula si suhun ni.

Mirae hanya mampu ketawa mendengar itu. Sehun ini memang suka confident dengan semua benda ke? Mirae tak percaya rupanya orang begini memang wujud.

Mirae pun meletakkan chopstick itu untuk kali kedua seraya meletakkan kedua sikunya ke atas meja, memandang Sehun. Senyum yang sinis diberikan kepada Sehun, si bapa segala confident!

Suasana pun senyap seketika sebelum Mirae bersuara,

"Reti ke melukis?" Mirae memandang rendah terhadap kebolehan Sehun dalam melukis.

Sehun pun ketawa sinis juga.

"Lebih reti lagi daripada kau."

kata Sehun sambil meletakkan kedua tapak tangannya pada dagunya yang runcing tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kata Sehun sambil meletakkan kedua tapak tangannya pada dagunya yang runcing tersebut. Mengejek lah tu!

"Whatever... So! Sebagai anak puteri Raja Kim Yoon Ki. Pemilik kerajaan Goguryeo. Beta titahkan engkau wahai iblis,.." Mirae menolak mangkuk mi nya dekat kepada Sehun.

"Basuh pinggan aku. Aku dah malas nak layan kau."

Lalu Mirae pun lekas bangun dari duduknya dan pergi ke tempat sinki untuk mencuci tangan.

Membuntang mata Sehun dengan giginya yang diketap kerana geram. Mirae yang sedang leka mencuci tangan itu dia pandang dengan tajam seperti pisau.

"Bye bye!" sindir Mirae lalu pergi dari situ.

"Dia yang makan aku pula kena suruh basuh! Hey! Aku potong juga lemak kau nanti!"

Lalu mencarutlah Sehun seorang di dapur itu sambil mencuci pinggannya dengan hati yang tidak ikhlas.

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now