8. Why?

79 23 74
                                    

⏯️ c h a p t e r 8 !

SEBULAN telahpun berlalu...

Maka sebulan jugalah Sehun dan Mirae menetap di sebuah banglo 8 tingkat yang selama ini mereka dambakan. Woww

Maknanya, adakah Mirae telah memenangi pertandingan itu?!

Ya. Mirae menang!

Kini, Song Mirae adalah seorang gadis yang kaya raya! Ada rumah besar, kereta besar, tanah besar, duit pun banyak nak mampus! Kalau makan tujuh keturunan pun memang tak akan habis. Sumpah!

Sekelip mata saja Mirae sudah menjadi sangat terkenal di Seoul disebabkan kekayaannya...

Badannya dari atas sampai ke bawah pun semuanya berkilau-kilauan. Bling blingg gitu! Huhu diva sangat!

"Adoii apa benda yang kau beli ni bangang!" Mirae mencampakkan beg tangan itu tepat di muka Sehun.

PUKK!

Terkejut Sehun dibuatnya! Sakitnya tak payah dibahaskan lagi. Lantas beg tangan yang terjatuh ke lantai itu tadi dia ambil semula sambil merenung wajah Mirae.

Terkesima Sehun, kerana Mirae memperlakukannya begitu.

"Yah... Apasal kau campak beg ni? Kira okaylah aku nak beli hadiah birthday untuk kau. Syukur lah sikit," kata Sehun.

Hm, mentang-mentang dah kaya. Barang murah sikitpun dia tak nak pandang. Sehun bukannya tak nak beli yang mahal, tapi Sehun memang tak banyak duit!

Ya, memanglah mereka duduk sebumbung tapi bukannya semua harta Mirae nak kongsi dengan Sehun. Mirae kata dia tak nak kongsi, Sehun pun okay saja lah. Kerana Sehun tidak kisah pun semua itu!

Asalkan ada tempat tinggal pun memadai baginya.

Tapi tak sangkalah Mirae boleh sampai jadi begitu.

"Sehun... Kau kena faham. Aku ni dah kaya-raya. Harta semua dekat keliling pinggang aku kau faham tak? Cuba kau imagine... Aku, pergi jalan-jalan. Lepas tu pakai pula beg yang macam ni. Eeew! Nanti apa pula orang kata!" dengan berlagaknya Mirae berkata begitu.

Sehun mengeluh seketika.

Perangai Mirae sekarang ni betul-betul berubah! Memang betul lah apa orang kata, kerana harta manusia jadi lupa daratan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perangai Mirae sekarang ni betul-betul berubah! Memang betul lah apa orang kata, kerana harta manusia jadi lupa daratan.

"Mirae. Kalau betul memang kau tak nak pun pakai beg ni aku tak kisah. Kau boleh simpan kan? Tapi janganlah kau campak macam ni kat aku. Sakit kau tau tak?" ujar Sehun yang sangat kesal dengan kelakuan Mirae itu tadi.

"Aduuh aduh aduh aduhh..." Mirae menutup kedua telinganya tanda dia 'geli' dengan apa yang Sehun katakan.

"Simpan benda murah ni? Kau jangan buat lawak lah, Sehun. Aku tak nak simpan beg ni!"

Tetap, Mirae tidak menginginkan hadiah tersebut!

"Alaaa Mirae... Percayalah cakap aku. Walaupun beg ni murah, tapi beg ni berkualiti tau. Aku ada tanya kat pakcik yang jual beg tu dia cakap tak pernah lagi ada yang complain kata beg ni tak bagus. Semua orang suka beg ni,"

Sehun meyakinkan Mirae seraya menghulur semula beg yang dibelinya tadi kepada Mirae. Dengan harapan agar Mirae sudi menerimanya.

"Nah. Ambil lah,"

Rasa-rasanya Mirae sudi tak? Sehun kan kawan dia dari dulu, takkan lah Mirae sampai hati buat dia macam tu kan?

Jawapannya, tak.

Mirae terus masuk ke dalam biliknya, meninggalkan Sehun keseorangan di ruang tamu yang sangat luas itu. Terkelu lidah Sehun seketika.

Dia tidak tahu nak kata apa lagi.

Sehun pun melabuhkan punggungnya sejenak di atas sofa. Dia harus berfikir, adakah dia patut membeli hadiah yang baru atau tidak? Rasanya Mirae dah merajuk sekarang ni.

Kalau tak beli nanti, makinlah Mirae marah. Aaahh macam mana ni??

Aduhai Mirae, cepat betul kau berubah!

•••

What do you guys think about Mirae 😌

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now