13. Aku tak larat.

52 18 30
                                    

⏯️ c h a p t e r 13 !

  “Kamu dan juga yang lain dah boleh mula serbu rumah itu sekarang! Saya pun dah on the way nak pergi dah ni,” Ketua Inspektor, Tuan Sung Dong memberi arahan melalui panggilan telefon.

  “Baik sajangnim!”

Kemudian, panggilan itupun dia tutup lalu mengembalikan semula fokus kepada panduannya.

  “Aku rasa... Lelaki tu ada kaitanlah dengan Song Mirae. Kalau tak, takkanlah dia nak buka fail tu lepas tu lari cam penakut kan? Kau tak fikir macam tu ke Kwangsoo?” soal Jaehyun.

 Kalau tak, takkanlah dia nak buka fail tu lepas tu lari cam penakut kan? Kau tak fikir macam tu ke Kwangsoo?” soal Jaehyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  “Haah. Aku pun memang fikir macam tu juga,” jawab Kwangsoo ringkas. Selepas itu, suasana kereta pun menjadi sunyi sepi...

Sehinggalah mereka akhirnya tiba juga di rumah Mirae.

Setelah semua ahli pasukan mereka lengkap, mereka pun masuk ke setiap penjuru rumah tersebut. Berpayah mereka mencari dari tingkat pertama sampai lah tingkat yang kelapan, masih juga mereka tidak jumpa!

  “Ada jumpa tak?” tanya salah seorang dari mereka dengan nafasnya yang tercungap-cungap.

Mereka pun menjawab, “Takda lah weh. Penat kita orang cari!”

  “Alamakk... Mesti diorang dah lari dah ni!”

VROOOMMM!!

Tiba-tiba bunyi enjin yang menderum dengan kuat kedengaran dari luar pagar banglo tersebut.

Ketiga-tiga lelaki yang berdiri di balkoni itu pun terus memalingkan pandangan mereka ke arah kereta yang sudahpun memecut laju pergi dari situ.

  “Sial, tu diorang weh!! Kejar dia cepat!!!”

•••

  “Please stoplah tanya aku, Sehun. Aku pun tak tahu lah! Jalan je lah pergi mana pun, yang penting kita cepat-cepat lari dari sini! Alamak...” ujar Mirae yang sudah hampir menangis itu.

Sekali-sekala cermin pandangan tepi kereta dan pandangan belakang kereta itu dia lihat silih berganti. Mirae sangat takut sekiranya polis-polis itu tadi telahpun membuntuti mereka!

Namun, setakat ini kelibat mereka masih tiada.

Tiba-tiba...

  “What the fish?! Mirae! Aku baru perasan minyak kereta kau dah nak habis ni weh! Macam mana ni?!"

  “APA?!” membuntang mata gadis itu mendengar apa yang dikatakan Sehun tadi.

Ya Tuhan, minyak tinggal satu bar je lagi?!

Sehun pun turut memandang seketika wajah Mirae dengan muka yang sangat cemas.

  “Apasal tak isi minyak doh?! Macam mana ni gila??!!”

  “Berhentikan kereta! Aku nampak ada stesen keretapi kat situ, kita lari pergi sana.” arah Mirae yang bernasib baik menjumpai sesuatu tempat untuk mereka melarikan diri.

Tanpa berlengah lagi, Sehun terus memberhentikan kereta tersebut.

Sebelum tubuh mereka berdua keluar dari perut kereta, Sehun sempat lagi menyuruh Mirae agar menutupi seluruh wajahnya menggunakan mask, cermin mata hitam serta penutup kepala hoodie yang dipakai.

Dengan itu, Mirae tidak akan dapat dikenal pasti oleh mana-mana orang di stesen kereta api itu nanti memandangkan wajah Mirae sudah terlanjur viral di seluruh masyarakat!

Kalau orang nampak, naya weh!

Apabila tiba saja di stesen tersebut, terdapat sebuah kereta api yang sudah bergerak namun masih perlahan. Maka, mereka pun berlari dengan lebih cepat agar sempat memasukinya.

Terburu-buru punya pasal, habis semua manusia dekat stesen itu mereka langgar.

Lagi-lagi si Mirae! Entah berapa banyak orang sudah terjatuh dek kerana langgaran tubuhnya yang besar tersebut. Nasiblah tak patah tulang mereka!

Tidak lama selepas itu, akhirnya Sehun pun berjaya masuk ke dalam keretapi terlebih dahulu.

Tanpa Sehun sedar, Sehun telah meninggalkan Mirae jauh sedikit di belakang yang kelihatannya sudah separuh mati hendak mengejar.

  “Yahh!!! Cepatt lagi!! Kereta api dah nak laju dah ni!” jerit Sehun sambil memanjangkan tangannya agar Mirae dapat mencapainya. Risau betul Sehun kalau Mirae semakin jauh ketinggalan nanti...

Haa itu lah, siapa suruh gendut sangat?

Nafas Mirae sudah tercungap-cungap! Mukanya tak usah dicakapkan lagi. Serupa orang nazak sudah.

Sebenarnya kereta api tu masih boleh dikejar, tetapi disebabkan fizikal Mirae yang terlampau berat dengan lemaknya itu telah menyebabkan dia semakin jauh tertinggal...

  “Yaahh!!!” panggil Sehun dengan lebih kuat.

Sengaja Sehun tak nak panggil nama Mirae sebenarnya, sebab Sehun tak nak orang lain terdengar nama itu. Mirae ni kan dah terlampau famous, itu lah yang susah sikit.

Tidak lama kemudian, mata Sehun membesar sebaik saja ternampak beberapa orang lelaki berpakaian polis yang baru saja sampai di stesen tersebut.

Alamak! Polis itu dah sampai!

Dalam masa yang sama Mirae pun semakin perlahan di saat keretapi itu sudah semakin pantas. Sumpah, Mirae betul-betul dah tak larat untuk mengejar!

“Sehun... Aku....”

•••

omggggg korg rasa Mirae sempat tak masuk dalam keretapi tu? 😭

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now