19. I don't care!

53 19 29
                                    

⏯️ c h a p t e r  19 !

2 hari telah berlalu...

  “Maaf, saya tak pernah lagi jumpa dia ni.” ujar lelaki itu sambil mengerutkan dahinya semasa melihat beberapa foto dalam galeri telefon Mirae.

  “Ohh okay, tak apa lah kalau macam tu. Terima kasih,”

Sudah 2 hari Sehun menghilangkan diri tanpa meninggalkan apa-apa pesan...

Mirae pun sudah buntu ingin mencari lelaki itu ke mana lagi...

Puas sudah dia bertanya kepada orang-orang yang ada di Gwangju itu.  Tapi sayangnya, seorang pun tidak pernah melihat keberadaan Sehun!

  “Sehun kau kat mana,.. Kenapa kau tak balik lagi?” keluh Mirae seraya meraup wajahnya dengan kasar. Tanpa disedari, Mirae sudahpun bergenang air mata.

Kenapa kau tinggalkan aku saat aku memerlukan macam ni? Aku kecewa dengan kau, kau tau tak! Kau kata kau nak jaga aku sampai bila-bila, tapi mana kau pergi?

Aku betul-betul tak faham kenapa kau hilangkan diri!

Akhirnya, air mata yang sudah bertakung sedari tadi pun berjuraian juga. Mirae duduk di salah satu meja makan di cafe itu dan menangis sepuasnya. Sungguh, Mirae sudah putus asa untuk mencari Sehun!

Jujur, tanpa Sehun, Mirae merasakan dirinya tidak selamat. Kerana sehingga hari ini, polis masih berusaha mencari jejak keberadaannya!

Dan Mirae sudah tidak ada lagi tempat bergantung, melainkan Sehun seorang...

Apa yang harus Mirae buat? Sampai bila Mirae akan bersembunyi disitu? Bagaimana jika nanti polis itu berjaya menemui tempatnya berlindung? Ke mana Mirae akan melarikan diri?

Segala persoalan itu menyesakkan dadanya!

Namun sedikitpun Mirae tidak memikirkan apa yang sudah terjadi kepada Sehun.

Adakah Sehun diculik? Adakah Sehun tersesat di hutan? Adakah Sehun sudah dimakan haiwan buas? Ataupun lain-lain?

Semua itu Mirae tidak kisah!

Apa yang paling penting bagi Mirae ialah, keselamatan dirinya sendiri! Titik.

Mirae pentingkan diri? Ya, memang!

  “Ottoke...” Mirae menundukkan kepalanya ke meja sambil meramas rambutnya sendiri. Nampaknya selepas ini, Mirae perlu juga berdikari untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Tiba-tiba...

Kedengaran bunyi pintu dikuak dari luar cafe itu. Entahlah apa yang sedang berlaku sehingga menyebabkan suasana dalam cafe kecoh untuk seketika. Apa hal ni?

Mirae pun mengangkat kepalanya untuk melihat apa yang terjadi. Dan...

HAH?! POLIS?!

-To be continued-

•••

Baik, seperti yang dijanjikan semalam. 😂 maaflah kalau pendek sgt 👉👈
Btw, geram tak dengan Mirae? 😂😑😑
Selfishh nak mampusss

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now