25. Sehun...

47 17 50
                                    

⏯️ c h a p t e r  25 !

Tepat pada pukul 12.30 tengah malam, akhirnya Sehun sampai di Gwangju dengan menaiki keretapi. Tanpa berlengah lagi, Sehun pun terus berlari keluar dari keretapi tersebut dan mencari rumah yang mereka berdua telah pinjam beberapa hari yang lepas.

Harap-haraplah Mirae masih tinggal di situ!

Sungguh, tak terkata gembiranya Sehun pada masa itu. Dia sangat tidak sabar ingin berjumpa dengan Mirae!

Aku rasa Mirae dah kurus.

Setelah 20 minit dalam perjalanan, akhirnya Sehun sampai juga di rumah mereka. Lalu Sehun pun dengan gembiranya menyalak dari luar rumah untuk memanggil Mirae.

Ada berita gembira yang ingin dia sampaikan!

Kemudian sekeping surat yang dia bawa sejak dia berada di Busan tadi pun diletakkan ke bawah terlebih dahulu.

  “Mirae-yah!! Keluarlah cepat! Aku kat luar ni!!” panggil Sehun sambil melompat-lompat untuk menjengukkan kepalanya ke tingkap.

Bilik macam gelap je. Dah tidur ke si gemuk ni?

  “Mirae-yah!” panggil Sehun lagi memandangkan si tuan rumah itu belum menunjukkan tanda untuk keluar.

Berkali-kali Sehun cuba memanggil Mirae melalui tingkap itu namun hampa. Langsung tiada jawapan! Memang sah tidur dia ni.

Sehun pun pergi ke bahagian pintu pula. Manalah tahu kalau si Mirae itu terlupa mengunci pintu, kan? Jadi senanglah sikit Sehun nak masuk.

Tapi, sangkaannya meleset!

Pintu itu memang betul-betul terkunci!

Nampaknya ianya bukan kunci yang biasa, tetapi rumah itu telah dikunci dengan mangga yang besar seolah-olah si tuan rumah itu sudah berpindah!

Takkan lah Mirae dah tak tinggal sini kot??

  “Mirae-yah!!!” sekali lagi Sehun memanggilnya.

Hatinya yang teruja tadi pun bertukar menjadi risau dalam sekelip mata! Baru saja dia ingin melepaskan rindu terhadap Mirae, tetapi sekarang Mirae pula yang tak ada.

Mana dia pergi?

  “Mirae...” nama itu meniti perlahan di bibirnya sambil meronda-ronda di seluruh kawasan itu. Tidak lama kemudian...

Ting!

Barulah Sehun teringat akan sesuatu.

  “Apa gunalah aku jadi anjing, tapi tak pakai hidung sendiri. Bodohlah aku ni,” gumamnya sendiri lalu mengekori jejak Mirae melalui deria hidungnya.

Kalau dah jadi anjing ni, kita kenalah jadi anjing yang betul-betul.

  “Bapak busuk gila tapak kaki Mirae ni. Bau sampah,” sempat lagi Sehun mengkritik semasa mengikuti jejak kasih tersebut. Lalu Sehun pun menyambung semula penghiduannya (apesal cam pelik pula bunyi ni, sorry sksks)

Hidu punya hidu...

  “EH--”

Tiba-tiba pula Sehun ada kat hutan.

  “Dah kenapa pula si gemuk ni buang tebiat tinggal kat hutan? Eyy tak fahamlah aku dia ni!” bebel Sehun seraya memusingkan kepalanya untuk mencari kelibat Mirae di hutan tersebut.

Jangan kelibat benda lain, sudah.

  “Mirae-yah!! Eodiya??” panggil Sehun sambil berjalan-jalan di dalam hutan itu.

Sebenarnya, dia memang berasa takut kerana berseorangan di tempat yang gelap, sunyi dan dikelilingi pokok tersebut. Tapi disebabkan Mirae, Sehun menolak semua perasaan itu ke tepi. Apa yang penting, dia harus mencari Mirae juga!

Tiba-tiba...

KEBUKKK!

Seekor badak terjatuh dari atas pohon yang tinggi. Sampai nak tercabut jantung Sehun dibuatnya! Nasib baiklah tidak terhempap.

Jadi, Sehun pun cuba mendekati badak yang terjatuh itu tadi untuk melihatnya dengan lebih jelas. Dah bila masa pula badak pandai memanjat pokok ni?

Eh?

  “MIRAE????” membuntang mata Sehun apabila dia melihat Mirae yang sudah pun terlentang di atas tanah tersebut.

Aku ingatkan badak, rupa-rupanya Mirae!!

Apabila Mirae ternampak ada seekor anjing yang tercegat di hadapannya itu, Mirae pun jadi histeria dan membaling kayu-kayan yang ada di sekelilingnya ke arah anjing tersebut!

I hate dog.

  “MUKA KAU LAGI! PERGII, JANGAN KACAU AKU!” tengkingnya seraya membaling batu pula.

Nasiblah si Sehun ni memang pandai mengelak. Tiba-tiba...

Sehun baru teringat yang dia terlupa untuk membawa surat bersamanya tadi! Ya Tuhan, kenapa lah aku tak bawa sekali tadi?

Jadi Sehun pun lekas pergi ke rumah itu semula dan meninggalkan Mirae yang terpinga-pinga seorang diri disitu.

Sekelip mata, Sehun pun datang semula lalu cepat-cepat meletakkan sekeping surat itu di hadapan Mirae sebelum Mirae sempat mencapai kayu untuk memukulnya.

Kemudian, Sehun pun melabuhkan punggungnya. Lidahnya terjelir sambil menggoyangkan ekornya, tanda dia teruja menunggu Mirae untuk membuka surat itu.

Nasib baiklah Sehun patah balik sebelum dia naik keretapi tadi sebab masa tu dia baru teringat nak buat surat.

Bersyukur Sehun kerana polis tadi mahu membantunya untuk menulis surat tersebut. Itupun dengan bantuan Chen, si burung kakak tua yang boleh bercakap. Senanglah dia nak suruh polis itu untuk tulis apa.

Terima kasih Chen!

  “Apa ni?” tanya Mirae dengan dahinya yang berkerut, walaupun dia tahu anjing itu tidak akan dapat bercakap.

Pada mulanya, Mirae masih ragu untuk membukanya. Tapi disebabkan perasaan ingin tahunya yang membuak-buak, akhirnya dia buka juga surat itu.

Lalu dia pun membukanya...

“Mirae! Ini akulah, Sehun!

Pasal kenapa aku dah jadi anjing ni, kau tak payah tahu lah. Yang penting, aku nak bagitahu kau yang sekarang ni kau dah selamat!

Penjahat sebenar tu dah kena tangkap! Kau tak payah risau dah :)

So berhenti lah pukul aku.”

Ayat yang tertulis dalam kertas itu Mirae baca sehingga habis. Kemudian Mirae pun memandang Sehun seraya menekup mulutnya yang sudah sedia terlopong itu.

Rupa-rupanya yang aku halau dan pukul selama ni...

  “Sehun...” panggil Mirae. Tanpa disedari, setitis air matanya pun jatuh ke pipi.

•••

Akhirnya... Berjumpa juga dua ekor tenuk tersebut. 😅

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now