9. Aku samchon hensem.

79 21 25
                                    

⏯️ c h a p t e r 9 !

Sehun's POV

Setelah lebih kurang 15 minit aku berfikir di ruang tamu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar juga dari banglo itu. Aku pun sudah menetapkan apa yang aku ingin beli selepas ini untuk Mirae.

Kalau beg tangan dia taknak, takkan makanan pun dia nak tolak kan? Aku pasti sangat dia akan suka sebab aku tahu Mirae memang gila makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau beg tangan dia taknak, takkan makanan pun dia nak tolak kan? Aku pasti sangat dia akan suka sebab aku tahu Mirae memang gila makan.

Dari dulu lagi, sampailah sekarang!

Pasal macam mana cara dia layan aku tadi, lebih baik aku tolak ke tepi dulu walaupun... Memang ya, aku ada terasa sikit dengan perlakuannya. Tapi,

Malaslah aku nak ambil hati sangat! Fikir positif saja lah ya?

Tanpa melengahkan masa lagi, kaki aku pun terus melangkah dan melangkah sehinggalah aku tiba-tiba berhenti. Dan terjumpa akan sesuatu yang tercicir di atas jalan. Kemudian aku tunduk dan mengambilnya.

Ianya wang!

Jumlahnya tak ada lah banyak sangat, tapi bolehlah. Aduhai, mesti si empunya ni tercari-cari kan?

"Siapalah yang tercicir duit ni?" gumam aku perlahan seraya melihat ke sekeliling untuk mencari kelibat si pemilik. Langsung tiada! Haih jangan kata yang pemilik ni dah pergi jauh sudah. Aku malas nak pergi balai ni, nak hantar duit bagai.

Tidak lama kemudian, akhirnya aku jumpa juga kelibat seseorang di taman permainan yang tidak berjauhan dari situ. Maaf, bukan berseorangan tapi...

Satu keluarga. Ibu, ayah dan dua orang anaknya yang sedang bermain.

Tanpa berlengah lagi, aku pun menghampiri keluarga yang bahagia tersebut. Setibanya saja aku di belakang sang ayah, aku pun memanjangkan tanganku untuk mencuit bahunya.

 Setibanya saja aku di belakang sang ayah, aku pun memanjangkan tanganku untuk mencuit bahunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now