6. Bakar dia!

99 23 49
                                    

⏯️ c h a p t e r 6 !

Seoul, 9.45 pm.

BANG!

Satu das tembakkan dilepaskan tepat mengena di kepala CEO berumur 58 tahun iaitu Tuan Lee Tae Oh. Akibat dari tembakkan itu, kesan lubang yang agak besar itu tidak berhenti mengalirkan cecairan merah dari kepalanya.

Sekujur tubuh tua yang terikat pada kerusi itu pun automatik menjadi lemah longlai. Kerana tepat pada waktu itu, nyawanya telah pun terpisah dari jasad!

Si penembak itu berasa puas! Puas hatinya kerana dia telahpun berjaya menarik nyawa orang itu dalam sekelip mata!

Dengan kematian orang tersebut, dia tidak perlu lagi untuk berasa risau. Kerana dia sudah pun selamat! Segala rahsia dan jejak keberadaannya tidak akan diketahui oleh sesiapa lagi, kerana si tua bangka itu telah mati di tangannya.

Setelah kerjanya sudah selesai, Ahn Hye Jin atau dikenali sebagai Hwasa pun menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

Setelah kerjanya sudah selesai, Ahn Hye Jin atau dikenali sebagai Hwasa pun menyandarkan tubuhnya pada kerusi

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

"Bawa bangkai ni pergi hutan. Lepas tu bakar dia," arahnya.

"Baik boss!" sahut para pengikutnya.

Tidak lama kemudian Hwasa memberikan arahan lagi,

"Jangan sampai orang lain nampak! Kalau aku dapat tahu benda macam ni berlaku lagi... Ingat, nyawa korang ada kat tangan aku. Faham tak?!" suaranya ditinggikan menandakan ini ialah amaran yang paling keras!

"Faham boss!!"

Tidak lama kemudian, dua lelaki bertubuh sangat besar dengan tinggi lebih kurang 190 cm itu menghampiri mayat tersebut lalu mengangkatnya untuk dimasukkan ke dalam guni.

•••

5 hari kemudian...

Incheon Airport, 3.00 pm.

"E-o Soul e-ollain gwa jon seung-muwoneul daepyohayo, ibon yohaenge hamkkehae jusyoso gamsahamnida. Ppareun siil naee dasi tapsseunghasil su itkkireul baramnida. Joeun haru dweseyo!"

"...On behalf of Air Seoul Airlines and the entire crew, I'd like to thank you for joining us on this trip. We are looking forward to see you onboard again in the near future. Have a nice day!"

Kedengaran suara anak kapal memberikan pengumuman apabila mereka telah selamat mendarat. Para penumpang pun siap bersedia dengan mengemas segala apa yang patut sebelum beredar ke luar.

"Gaekssil seungmuwon yorobun, modeun churim-muneul mujang haejehae jusipssio. Kamsahamnida."

Apabila sudah dock di terminal, kedengaran lagi suara seorang kapten yang mengarahkan anak-anak kapalnya untuk membuka pintu.

Maka, tiba lah Mirae dan juga Sehun di lapangan terbang Incheon tepat pada pukul 3 petang itu...

"Waah... Daebak. Tempat apa ini? Besarnya!" Sehun teruja apabila sampai saja di lapangan terbang tersebut. Berpusing-pusing tubuhnya melihat ke seluruh penjuru kawasan itu.

Beginilah rupanya orang dari tahun 1550 pergi ke tahun 2020.

"Ini lah lapangan terbang Incheon. Sama je macam tempat dekat Gurim tu. Tapi yang ni besar lagi lah," ujar Mirae sambil mendongak sedikit ke atas untuk melihat Sehun yang berdiri di sebelahnya.

Almaklumlah, Sehun 183 cm. Dia pula cuma 158 cm. Sadis :)

"Ish aku kagum lah! Benda-benda 'pelik' semua ada dalam zaman korang kan? Semuanya nampak lain,"

"Tu bukan benda pelik namanya. Itu kita panggil moden. Teknologinya semua canggih." Mirae membetulkannya.

Tidak lama kemudian,

"Jom makan?" pelawa Mirae sambil mengedipkan matanya agar kelihatan comel.

"Eee kau ni. Sikit-sikit makan. Tunggu lah petang sikit. Pukul 6 ke... Alang-alang sangat kalau nak makan sekarang ni," si ayah mengomel agi.

Bila Mirae mula sebut pasal makanan je, memang tak sah kalau Sehun tak membebel! Dah boleh jadi doktor dah si Sehun ni nampaknya.

"Kisah pulak aku," Mirae mengabaikan bebelan tersebut kerana dia lebih sayang akan perutnya yang sedia buncit itu.

Lalu Mirae pun melangkahkan kakinya meninggalkan Sehun di belakang. Sedikitpun nasihat Sehun itu tidak dapat menyedarkannya...

Kerana Mirae dan makanan tidak akan pernah terpisahkan!

Kerana Mirae dan makanan tidak akan pernah terpisahkan!

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Sehun tersenyum pasrah. Dia sudah malas ingin memberikan tips-tips kurus kepada si gendut tersebut.

Bagi Sehun, Mirae ni kalau gemuk memang selama-lamanya lah akan gemuk! Ini lah yang kita panggil sebagai lemak tepu.

Kalau lah lemak itu boleh dipotong dengan mudah, sudah lama Sehun menawarkan diri untuk melakukannya. 

•••

Sorry kalau hambar 😭 hmm
Im really really sorry...

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα