20. Macam mana nak keluar?

61 16 104
                                    

⏯️ c h a p t e r  20 !

Busan, 5.45 pm.

Mirae...

Apa yang kau buat sekarang ni Mirae? Kau tengah cari aku ke tu? Kau masih ada dekat rumah tu tak? Selamat ke kau sorang dekat sana? Kau dah makan? Aku risau ni! Hmmm...

Polis tu,..

Belum jumpa kau, kan? Kan?

Selama 2 hari berturut-turut soalan itu berlegar-legar dalam fikiran Sehun. Tidak kira pagi, siang atau malam, Sehun sentiasa berasa resah memikirkan keadaan gadis itu.

Sungguh, dia risau akan Mirae, dia risau!

Kali ini Sehun tidak kira! Dengan cara apa sekalipun, dia tetap akan keluar dari pusat penjagaan itu sekarang juga!

  “KELUARKAN AKU LAH BODOH! LEPASKAN AKU!! AKU NAK JUMPA MIRAE!” tengking Sehun sambil mengeluarkan jarinya yang berkuku tajam itu dari sangkar untuk mencakar wajah pekerja itu.

Disebabkan tingkah anjing yang agak agresif itu membuatkan pekerja itu teragak-agak untuk menghulurkan makanan kepadanya. Lalu pekerja itupun membatalkan saja niatnya dengan meletakkan makanan itu ke bawah.

  “Macam mana? Dia masih tak nak makan ke?” tiba-tiba seorang lagi pekerja datang menghampiri.

Pekerja yang tadi pun hanya menganggukkan kepalanya tanda ya.

  “Apa lah yang tak kena dengan anjing ni... Dah 2 hari tak nak makan.”

AUKK AUKK AUKK!!

Sehun terus menyalak tak henti-henti sambil menggoncangkan pagar sangkarnya sendiri. Uihh lain macam agresif anjing sekor ni...

Para pekerja itu pun pergi saja dari situ, meninggalkan Sehun yang menyalak bagaikan anjing gila.

Lebih kurang dalam 5 minit setelah kelibat pekerja itu hilang, namun Sehun tetap juga masih menyalak dan terus menyalak sehingga membuatkan haiwan lain tidak selesa.

Tidak lama kemudian...

  “Bro, rilek la bro! Chill...” tegur Kai yang bersebelahan sangkar dengan Sehun itu. Hishh aku nak tidur pun tak senang!

  “BISING AH KAU HITAM! AKU NAK KELUAR LA SIAL!!!” - Sehun.

  “Hey, hey. Hitam-hitam kau jangan main eh! Dasar anjing kurap!” - Kai.

  “DASAR BANGLA!” - Sehun.

  “BABI!” - Kai.

  “WOII DIAMLAH, ANJING!” - Baekhyun.

  “EYY AKU LEMPANG JUGA 3 EKOR ANJING NI KARANG!” - Chanyeol.

  “FUH, SIBAIKK AKU KUCING NA.” - Xiumin.

  “Nice drama, uw.” - Chen.

  “Aku menyesal tersesat kat sini, aku menyesal!” - Kyungsoo.

Suasana pun semakin bising dengan pekikkan suara fauna disitu menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal.

  “Aku tak kira, aku nak jumpa Mirae juga!!!! Mirae-yah, you wait for me! I'm coming over baby!” - Sehun.

Sedang leka mereka bertikam lidah, tiba-tiba...

  “CUKUPP!!!”

Tiba-tiba seekor arnab menengking mereka dengan kuat. Hampir bergegar tempat itu dek kerana gema suaranya saja. Lantas semua haiwan disitu pun mengunci mulut masing-masing, termasuk Sehun!

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now