16. Mana Sehun?

54 19 33
                                    

⏯️ c h a p t e r  16 !

5 jam perjalanan itu telah membawa mereka berdua ke Gwangju, sebuah tempat yang agak asing dan sangat jauh jaraknya dari Seoul.

Setelah berpenat lelah mereka mencari tempat tinggal bagaikan pengemis, akhirnya mereka dapat juga sebuah rumah untuk didiami! Yang usang...

Itupun sampai merayu-rayu mereka meminta pertolongan kepada si pemilik itu. Kalau tak buat macam itu, memang tidaklah orang itu mahu membantu.

  “Aku pakai bilik ni. Kau tidur luar.” arah Mirae seraya menutup terus pintu biliknya. Wajah Mirae juga tampak sugul saja sejak mereka sampai di Gwangju itu. Sehun cuba untuk berbual pun, asyik tak dilayan.

Mungkin dia terlalu penat kot?

Maka tinggal lah Sehun seorang di bahagian ruang tamu yang agak sempit itu.

  “...Okay.” seperti biasa. Sehun akan ikut saja segala kehendak Mirae.

Kemudian Sehun pun melepaskan jaket pada tubuhnya, begitu juga stokin di kaki. Lalu Sehun pun terus membaringkan tubuhnya ke atas lantai yang langsung di tepi dinding tersebut.

Setelah lebih kurang 5 minit memejam mata, akhirnya Sehun terjun ke alam mimpi...

.....

  “Beta betul-betul murka dengan kamu wahai Sehun! Beta kecewa! Kamu adalah satu-satunya yang beta harapkan, tapi mengapa kamu hampir memusnahkan harapan beta?!”

  “Ampun beribu kali ampun patik kepada tuan hamba! Patik betul-betul menyesal! Tolong ampunkan patik, tuan hamba... Patik berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama, patik mohon!”

  “Sudah terlalu lambat... Kini, fitnah telahpun jatuh di bahu anakku! Bahkan anak puteriku telah diburu, dan ini semua angkara kamu.”

  “Tapi tuan hamba, patik--”

  “Beta tak akan pernah mengampunkan kamu selagi kamu tidak menerima hukuman daripada beta! Jadikan ini sebagai satu pengajaran buat kamu Sehun... Kamu harus menerima ini,”

•••

Tepat pada jam 11.50 malam, Mirae terbangun semula dari tidurnya.

Sungguh, dia betul-betul tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. Kalau bukan disebabkan perutnya yang asyik berkeroncong sedari tadi, sudah pasti Mirae telah tidur dengan nyenyak sekali.

  “Ishh perut ni buat hal lah pula!” Mirae merengus kasar lalu membuka pintu biliknya untuk mencari Sehun.

Hmm, untuk apa lagi? Mestilah untuk minta makanan! Itupun kalau ada lah...

Baru saja Mirae keluar dari bilik itu, mata Mirae membuntang seluas alam sekaligus membuatkan tubuhnya tertolak ke dinding sebaik saja dia melihat seekor anjing yang tiba-tiba ada di ruang tamu tersebut.

Sehun sendiri pula hilang entah ke mana...

  “AUKK AUKK!!” anjing berbulu kuning coklat itu menyalak kuat sekaligus telah membuat Mirae ketakutan.

  “AAAARGHH!!! KELUAARRR!!” Mirae cepat-cepat berundur ke biliknya semula. Takutnya Mirae masa itu tak usah dibahaskan lagi...

Mirae memang tidak suka anjing!

  “AUKK AUKK!! AUKK!” semakin Mirae menghalaunya malah anjing itu semakin dekat pula dengan Mirae.

Disebabkan tiada pilihan lain, Mirae terpaksa mencapai penyapu yang ada dalam biliknya itu lalu dia pun memukul anjing itu sehinggalah mereka berdua keluar dari rumah.

BUKK BUKK!

  “PERGIII AKU KATA, PERGI!” tengking Mirae dengan dadanya yang berombak naik turun kerana terlalu marah dan berbaur takut dengan anjing tersebut.

  “AUKK!!! AUKK!”

  “PERGI LAH BABI!” lantas Mirae cuba mengangkat batang penyapu itu setinggi yang mampu untuk memukul anjing itu.

Namun belum sempat Mirae melayangkan penyapunya, anjing itu pun berhenti menyalak lalu cepat-cepat melarikan diri.

Haa tahu pun takut!

Perginya anjing itu dari situ, Mirae pun kembali lega semula. Ketakutan Mirae itu tadi tidak dapat diungkapkan dengan kata, sampaikan tangan dan lututnya rasa nak tercabut!

Okay, sekarang ini Sehun pula pergi mana?

Tanpa berlengah lagi, Mirae pun cuba mendail nombor Sehun tetapi malangnya, semua panggilan langsung tidak diangkat! Berkali-kali Mirae cuba menghubunginya, masih juga sama.

Hairan betul Mirae, apalah yang Sehun buat di tengah-tengah malam begini.

  “Ishh mana pula lah si Sehun ni pergi... Call pun tak angkat,”

  “AUKKK!” tiba-tiba anjing tadi masih juga menyalak. Namun kali ini, dari jauh pula.

Aii belum pergi juga rupanya! Memang nak kena anjing ni...

  “Eee pergii!!” lantas Mirae pun melontar penyapu yang dipegangnya itu ke arah anjing tersebut.

Dah macam sukan melontar lembing pula aku tengok.

Nasib baiklah anjing itu sempat mengelak dari lontaran padu milik si gendut itu.

Kemudiannya barulah anjing itu berhenti daripada menganggu Mirae lalu pergi dari situ dengan langkahnya yang lemah.

Sehinggalah di suatu tempat, anjing itu duduk lalu membaringkan tubuh serta dagunya ke lantai, seolah-olah dia sedang berasa sedih.

Kenapa anjing itu sedih?

Dan...

Sehun pula pergi mana?

Sehun pula pergi mana?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-To be continued-

•••

Cer korang teka Sehun pergi mana? 🤔

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now