1. Lelaki Imajinasi yang nyata!

135 26 29
                                    

⏯️ c h a p t e r (1) !

Gurim, Korea Selatan. Tahun 2020...

 Tahun 2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Alaahai... Hensemnya! Siapa je lah yang aku lukis ni? Kan best kalau kau jadi real?" puji Mirae sendiri terhadap lukisannya sambil memeluk kertas tersebut.

Lalu Mirae pun dengan berhati-hati menampal lukisan potret itu pada dinding biliknya. Untuk menghasilkan potret seorang lelaki yang sangat sempurna dari segi fizikalnya, ia akan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk menyiapkannya.

Penat? Memang.

Akan tetapi, Mirae tetap berpuas hati dengan hasilnya. Kerana lelaki imaginasi yang mengenakan pakaian tradisional pahlawan itu betul-betul telah menggetarkan jiwanya walaupun ia hanya sekadar lukisan!

Mirae rasa macam nak kahwin saja dengan lukisan itu! Ahakss

Usai menampal lukisan tersebut, Mirae pun beredar pergi ke dapur sambil melompat riang dengan tubuhnya yang terlebih lemak tersebut.

"Woi endut!" tiba-tiba suara seseorang telah menghentikan lompatan Mirae daripada berterusan.

Jadi, Mirae pun kaku untuk beberapa saat...

Setahunya, hanya dia saja yang tinggal di rumah itu. Tapi kenapa pula macam ada suara orang lain? Suara lelaki pula itu! Ah, seram!

Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan ke belakang. Dalam masa yang sama, jantungnya juga berdegup dengan kencang seolah-olah berlari 5 kali pusing padang...

Siapakah?

"Tak payah nak feeling cerita hantu sangat. Cepat tolong turunkan aku ni kejap," pemilik suara itu seolah-olah dapat melihat setiap pergerakan Mirae.

Mirae apa lagi? Makin takutlah jadinya! Berpusing-pusing kepala Mirae mencari gerangan tersebut, tetapi Mirae langsung tidak jumpa.

Sumpah, Mirae rasa seperti dalam filem-filem hantu saja saat ini!

  "Alamak, si gendut ni. Ni! Aku kat atas ni lah! Yang kau lukis tadi, takkan kau tak nampak?"

Mirae rasa seolah-olah terjatuh dari bangunan apabila mendengar apa yang dikatakan oleh suara itu. Lalu Mirae pun cepat-cepat berpaling ke arah lukisan yang ditampalnya tadi.

  "Omo!!" dia pun terjatuh ke belakang kerana terlampau terkejut.

Bergerak weh! Bercakap lagi itu! Ya Tuhan, apa yang aku nampak ini?

Lelaki itu pun membuat muka 'seposen' melihat reaksi gadis gendut yang baginya agak berlebihan di hadapannya tersebut.

  "...Serious ah? Ka-kau boleh berca-cakap?" tanya Mirae dengan tergagap-gagap.

  "Ya. Sudahlah! Turunkan aku ni cepat. Kau ni pun, lekat tu janganlah tinggi sangat. Kan susah aku nak keluar?"

Mirae hampir nak gila melihat apa yang berlaku sekarang ini. Sungguh tak masuk akal! Lukisan? Bercakap? Mana mungkin!

Ke Mirae memang dah gila sekarang ini?

Tidak lama kemudian, Mirae pun bangun juga lalu menghampiri lukisan tersebut.

Disebabkan takut, tangannya sampai terketar-ketar ketika menarik lukisan itu daripada dinding. Setelah lukisan tersebut sudahpun lepas, Mirae pun membiarkannya jatuh ke lantai sambil menjerit dan keluar rumah!

•••

So how guys? Interesting? 😂 kalau interesting aku bagi next !👇
Btw thankyouu so muchhh kpd sesiapa yg vote dan comment story ni 😢❤❤❤
Saya tidak akan pernah berhenti menghargai anda semuaaaa~ love you all!
사랑합니다 ❤

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now