31. END

82 18 88
                                    

⏯️ c h a p t e r  31 !

Seorang wanita berjalan terbongok-bongkok untuk duduk di kerusi malasnya. Rambutnya putih, kulitnya berkedut, badannya pula sederhana berisi dan juga bercermin mata.

Setelah punggungnya dilabuhkan di atas kerusi malas tersebut, wanita itu pun mengelus seutas tali leher yang dibawanya tadi. Tali leher itu memang sejak dari zaman dia muda dulu sudah tak pernah lepas dari tangannya.

Tali leher siapa lagi kalau bukan kepunyaan Sehun?

Walaupun sekarang Mirae sudah menjejak umur 75 tahun, tetapi dia tetap masih setia menunggu kepulangan Sehun. Kerana Mirae masih memegang janji Sehun 50 tahun yang lepas...

Kahwin?

Tidak. Mirae tidak berkahwin. Kerana kesetiaanlah yang menyebabkan dia sanggup membujang sampai ke tua...

  “Bilalah kau nak datang, Sehun...” gumamnya seorang diri kerana terlalu rindu. Tali leher itu pun dipeluk-peluk.

Tidak lama kemudian, Mirae tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu.

Tok tok tok!

  'Delivery dah sampai.' itu saja yang terus terlintas dalam fikiran Mirae saat mendengar ketukan tersebut. Hal ini kerana dia ada memesan makanan pada pagi tadi.

Lalu Mirae pun dengan payahnya bangun semula untuk menuju ke pintu. Lebih kurang 2 minit juga masa yang dia ambil untuk ke pintu itu. “Adoi... Sakit pinggang aku.”

Biasalah, orang tua kan.

Sampai saja di pintu, Mirae pun membuka pintu itu dengan tidak sabar kerana makanan yang dipesan olehnya sudah pun sampai.

Namun, sangkaannya meleset!

Yang datang bukanlah si penghantar makanan, malah seorang lelaki tua yang bertongkat pula tercegat di situ. Terkejut Mirae dibuatnya!

  “Siapa?” tanya Mirae sambil membetulkan sedikit kedudukan cermin matanya.

Figura lelaki tua tinggi tetapi bongkok itu pun diperhati dari atas sehingga lah bawah. Pakaiannya formal, menggunakan kemeja biru langit serta seluar yang mempunyai tali yang bergantung ke bahunya.

Lama dia cuba menganalisis lelaki tua itu siapa.

Tetapi tetap juga Mirae tidak dapat mengecamnya!

Siapa lelaki ni?

  “Kau dah nyanyuk ke?” suara tua lelaki itu pun akhirnya kedengaran. Dengan penuh selambanya lelaki tua itu mengatakan dia nyanyuk.

Dahi Mirae yang sudah sedia berkedut itu pun semakin berkerut apabila mendengar lelaki itu tiba-tiba mengatakannya nyanyuk.

Baru saja Mirae ingin mengeluarkan suaranya, tiba-tiba...

  “Aku Sehun.” katanya sambil mengukir senyuman yang paling manis walaupun wajahnya sudah tua.

Senyuman itu...

Mulut Mirae pun terus melopong apabila mengetahui bahwa lelaki yang dihadapannya itu rupa-rupanya adalah Sehun!

Akhirnya...

Setelah 50 tahun mereka berpisah, Sehun datang juga untuk menepati janjinya! Tanpa disedari, air mata pun bergenang di tubir mata.

Tanpa menunggu Mirae datang memeluknya, Sehun pun perlahan-lahan menghampiri Mirae dengan bantuan tongkat di tangan.

Apabila sampai tepat di hadapan wanita tua itu, Sehun terus mendepakan tangannya untuk berpelukan. “Peluk lah atuk ni...”

  “Sehun!” ujar Mirae seraya terus memeluk lelaki itu. “Aku rindu kau...” sambungnya lagi dengan suara yang menangis.

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now