14. Anjir kau Mirae.

55 17 58
                                    

⏯️ c h a p t e r  14 !

SEHUN memapah... Eh!

Bukan memapah.

Dia mengheret Mirae yang sudah terlentang di atas lantai itu ke arah kerusi yang tersedia dalam keretapi tersebut. Nak angkat, tapi tak mampu. Penyudahnya heret saja lah.

Lagipun di bahagian mereka itu tidak ada orang, jadi Sehun tidak kisah untuk mengheret gadis itu begitu.

  “Ya Tuhan, izinkan aku bertanya... Aku ni tengah tarik orang ke tarik badak?”

Sehun merungut seorang diri semasa menarik tubuh yang tak ada beza dengan patung tayar Michelin tersebut. Sampai berpeluh-peluh dahinya!

Nasib baiklah Sehun sempat menarik tangan Mirae tadi walaupun Mirae hampir-hampir tersungkur. Kalau tak, memang lama dah polis itu memberkas dia.

Tidak lama kemudian...

  “Sehun, kau tak payah tarik aku...”
ujar Mirae dengan suara yang tidak cukup nafas.

Mendengar arahan tersebut, Sehun pun berhenti dari menarik kepala Mirae itu. Terpinga-pinga Sehun dibuatnya.

Aik? Apasal pula? Baguslah Sehun nak tolong!

  “...Biarkan aku terlentang begini... aQuE pEnArD..”

Tidak lama kemudian Mirae tiba-tiba menjuraikan air mata. Dia menangis sepuasnya! Sungguh, dia betul-betul rasa nak mati sekarang ini. Kalau boleh, Mirae berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan berlari lagi dalam seumur hidupnya selepas ini!

Tidak dia hiraukan lagi mukanya yang sangat huduh ketika menangis itu. Lantaklah! Yang tengok pun Sehun sorang je.

Sehun apa lagi?

Makin ternganga lah mulutnya melihat kehodohan muka Mirae ketika dia menangis itu. Teruk betul muka dia!

  “Cantiknya muka kau menangis--”

  “BABI!” baru saja Sehun ingin menyakatnya, maka Mirae pun terus menendang burung Sehun sehingga mata Sehun terbeliak sambil memegang bahagian sulitnya.

Keadaan sunyi seketika...

Tak mampu berkata apa-apa...

Sakit dan pedih...

Hidupku terasa sia-sia...

Masih adakah peluangku untuk meneruskan hidup?

Akhirnya Sehun pun terduduk dan menangis sepuasnya, bersama dengan Mirae.

Anjir kau Mirae, anjir.

•••

Haa sakatlah Mirae lagi Sehun 😂 padan muka kau kena tendangan padu😂😂😂

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now