18. Senasib.

60 19 114
                                    

⏯️ c h a p t e r  18 !

  “WOII SETAN LEPASKAN AKU!! AKU BUKAN ANJING LAH SIAL! AKU MANUSIA! KAU TAK DENGAR KE HAH?!” Sehun meronta-ronta dari dalam sangkar yang diletakkan dalam lori itu.

Silap dia kerana tidak lari lebih awal, silap dia jugalah kerana bodoh tidak terfikir yang orang itu akan menangkapnya. Penyudahnya, dia pun terperangkap dalam lori yang mengutip haiwan-haiwan terbiar tersebut.

  “Buka lah babi... Aku bukan anjing...” desak Sehun dengan suaranya yang sudah hampir menangis kerana putus asa menyalak sedari tadi.

Lelaki yang menangkapnya tadi pun terus menutup pintu belakang lori itu lantas menyebabkan ruang disitu gelap serta-merta!

Tidak lama kemudian, lori itu akhirnya bertolak juga dari situ untuk membawa mereka ke suatu tempat.

  “BUKA!!! AKU NAK KELUAR!! BABI!” Sehun kembali agresif dan cuba untuk membuka kunci pada sangkarnya. Dari tadi sudah dia mencarut babi. Pasti si Sehun ni sudah terpengaruh dengan si Mirae, kan?

Nasib baiklah tidak ada babi dalam lori tersebut. Kalau tak, kasihanlah dia kerana terpinga-pinga asyik dipanggil.

  “Lepaskan ak--”

  “Lek ah brader. Aku ni dah banyak kali kena tangkap kot.” tiba-tiba suara seseora-

Eh, bukan seseorang. Tapi seseekor...

Suara salah seekor daripada haiwan tersebut pun mendiamkan Sehun untuk beberapa saat. Haiwan itu ialah seekor monyet.

Bernama Chanyeol.


Mata Sehun membulat apabila melihat monyet tersebut boleh bercakap sepertinya. Hanya satu yang sedang bermain dalam minda Sehun sekarang, adakah monyet itu sebelumnya juga adalah manusia?

Sehun tertanya-tanya itu!

  “Kau... Boleh bercakap?” soal Sehun kepada monyet di dalam sangkar yang bertentangan dengannya itu.

Monyet itu tidak langsung menjawab, namun memberi pandangan yang agak pelik kepada anjing itu. Begitu juga dengan haiwan yang lain...

  “Memang pun aku boleh bercakap. Kenapa?” tanya Chanyeol dengan pelik. Haiwan dengan haiwan kan memang boleh bercakap satu sama lain, tapi kalau dengan manusia itu...

Tak pernah berlaku lagi.

Riak wajah yang sedih tadi pun mula berubah teruja. Lalu Sehun pun mendekatkan lagi wajahnya ke besi sangkar.

  “Waaaah! Betul ke? Kau pun manusia juga eh? Sama macam aku??” soalnya dengan penuh ingin tahu.

Semua haiwan di situ pun terdiam seketika sambil memandang anjing itu dengan pandangan yang semakin aneh. Tidak lama kemudian...

  “HAHAHAHAHA!”

Seekor anjing berwarna hitam akhirnya melepaskan juga tawanya. Siapa lagi kalau bukan si Kai aka Jongin?

  “Kau merepek apa sia? Dah terang lagi bersuluh dia tu monyet, dan kau tu anjing! Manusia celah mananya?” ujar Kai setelah usai dengan tawanya.

Sehun hanya mampu terdiam kerana masih terkejut dengan apa yang terjadi sekarang ini.

  “Bapak ah. Anjing pun ada yang gila, amazing.” kini si penguin pula yang bersuara, D.o aka Kyungsoo.

Serta-merta mata Kai pun terus menjegil ke arah Kyungsoo kerana terasa dirinya disebut.

  “Bukan kau! Dia,” nafi Kyungsoo sambil menunjuk ke arah Sehun.

Ish anjing sekor ni, sikit-sikit nak terasa! Dia sendiri kalau gelakkan haiwan lain, kemain lagi dia...

  “Ni macam mana pula kau boleh tersesat kat sini? Bukan kau patut kat kutub utara dengan selatan je ke?” soal si anjing bertubuh mungil iaitu Baekhyun kepada Kyungsoo.

  “Entah. Aku pun tak ingat.” jawab Kyungsoo acuh tak acuh. Akhirnya, mereka pun terdiam untuk beberapa minit.

Tiba-tiba...

  “Betul ke kau manusia?” dengan polos si hamster, Lay bertanya kepada Sehun. Lay pun penasaran juga dengan apa yang Sehun katakan tadi sebenarnya.

Manusia? Wow, menarik!

Sehun pun apa lagi?

  “Ya! Sebelum ni aku manusia. Tapi, sekarang ni aku dah jadi anjing sebab aku dah kena sumpah...” jawab Sehun seraya menundukkan kepalanya ke bawah, tanda dia berasa sedih.

  “Siapa yang sumpah kau?” tanya Lay lagi yang semakin berminat.

Namun Sehun hanya diam saja. Malas dia ingin mendedahkan yang satu itu.

  “Anjir. Dusta belaka.”

Tiba-tiba seekor kucing, iaitu Xiumin bersuara sambil menjilat-jilat tangannya sendiri. Sinis betul kucing sekor ni ya?

Semua haiwan disitu menyangka yang Sehun ini adalah anjing gila, memang sah! Kecuali Lay lah...

  “Aku cakap betul lah! Ada muka aku ni nampak macam penipu?” tanya Sehun yang tidak berpuas hati dengan kucing di tepi sangkarnya tersebut.

Wajah Sehun sekarang ini ibarat tunggu nak menerkam saja lagi kucing sebelahnya itu.

  “Eh tak ada lah!” kata si burung kakak tua, Jongdae.

Awalnya Sehun menyangka yang Jongdae itu akan berpihak kepadanya, tetapi malangnya tidak! Kenapa?

  “...Muka kau macam anjing, HAHAHAHA” sambung Jongdae seraya ketawa terbahak-bahak bersama Kai.

Hmmm, kesian kau Sehun. Kena troll dengan Jongdae.

Tidak lama kemudian, kelihatan seekor arnab yang agak jauh dari mereka itu terbangun dari tidurnya lantas membuatkan kesemua haiwan di situ terdiam sekelip mata! Tak kurang ada juga yang berpura-pura tidur seolah-olah ketakutan...

Setelah keadaan menjadi sunyi, arnab berwarna putih itupun menyambung semula tidurnya yang terganggu dari tadi. Melihat kepelikkan itu membuat Sehun tertanya-tanya.

  “Aik? Apasal semua diam?--”

  “Shhhh!!!!”

Baekhyun menghalang Sehun daripada meninggikan suaranya. Sampai terjegil-jegil matanya kerana geram mendengar suara Sehun yang sebesar alam itu.

Hishh si anjing ni pun. Besar kemain lagi suara dia!

  “...Jangan bising. Arnab tu garang,” sambung Baekhyun lagi dengan suara berbisik.

Sehun tidak berkata apa-apa melainkan memberinya pandangan yang ‘Oo yeke?'

Baekhyun pun mengangguk saja untuk menjawab persoalan Sehun itu.

Siapa pula arnab tu?

•••

Okay sorry kalau chapter ni pnjg sgt HAHAHHAA dan merepek 😂😂😂 so, sekianlah abe2 exo yang anda semua harapkan. 😉 haiwan2 yg senasib dgn Sehun 😂
Alright, see you guys tomorrow❤❤❤❤

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ