26. Friendzone.

43 18 36
                                    

⏯️ c h a p t e r 26 !

Sehun's POV

Walaupun 2 hari berlalu, hidup aku sudah cukup bahagia bila bertembung dengan gadis ini semula. 2 hari rasanya dah macam terlalu banyak memori indah terlakar.

Semenjak dia tahu siapa aku malam tu, aku memang tak sangka perangainya tiba-tiba akan berubah. Dia jaga aku macam bayi weh! Seriously...

Pada mulanya, aku rasa janggal lah juga tapi lama-kelamaan aku semakin selesa dengan layanannya. Mungkin dia berubah begini sebab terharu dengan pengorbanan aku untuk dia selama ini kot.

Syukurlah kalau begitu. Aku buat pun kerana tanggungjawab, itu saja.

  “Sehun-ah... Malam ni kita makan yang special okay?” ujar Mirae sambil membetulkan necktie yang tergantung di leher aku itu.

Malam ini, kami berdua dinner di sebuah restoran. Bukan main beria lagi dia bawa aku pergi sini tadi. Memang special betul lah Mirae buat untuk aku malam ni.

Siap dia pakaikan aku necktie lagi!

Tidak lama kemudian, seorang pelayan lelaki berpakaian kemeja putih pun datang sambil membawa makanan yang telah dipesan oleh Mirae tadi.

Dari jauh lagi mata aku dah bersinar-sinar melihat ke arah makanan tersebut. Sedap gila weh!

  “Masitge deuseyo~” kata Mirae seraya mencapai sudu dan garfunya untuk makan.

Lalu kami berdua pun makan dengan berselera sekali. Si Mirae tu, tak payah cakap lagi.

Dah terlebih berselera pula aku tengok. Okay, yang tu perangainya belum berubah.

Kuat makan!

Sedang leka Mirae melahap lamb chopnya itu, aku merenung wajahnya dalam tanpa aku sedar. Lama mata aku tertumpu ke arahnya... Aku sendiri pun tidak tahu kenapa.

Mengikut gerak hati aku, aku pun mula meletakkan tanganku di atas tangan Mirae yang gemuk seperti ulat bulu tersebut. Aku pandang wajahnya lama sehinggalah aku membuatkan dia berasa aneh.

  “Mirae-yah...” panggilku sambil mengukirkan senyuman yang paling manis aku pernah buat ke arahnya.

  “Aku tak tahu kenapa aku tenung muka kau, dan aku pun tak tahu kenapa aku pegang tangan kau sekarang ni... Aku cuma rasa... Suka bila kau layan aku macam ni, dan aku pun suka pegang tangan kau macam sekarang. This is the best thing in my life.”

Mirae pun memandang wajahku dengan matanya yang mula berkaca...

  “Aku harap kita boleh hidup bersama untuk selamanya. Biarpun aku hanya sekadar menjadi haiwan peliharaan kau... Sampai akhir hayat.” sambungku lagi.

Air mataku terasa hampir menitis ketika mengungkapkan ayat itu!

  “Aku... Dah anggap kau lebih dari kawan, Mirae.” itu lah kata-kata terakhir yang terbit dari mulutku.

Namun...

Sayang...

Segala kata-kata aku dari awal tadi cumalah mampu terluah dalam hati. Hmm.

  “Kau ni dah kenapa? Main pegang-pegang tangan pula dah. Ingat romantik ke? Dah, makan.” Mirae ketawa kecil sambil tergeleng-geleng melihat perlakuan aku itu. Lalu aku pun terus menarik tanganku semula.

Tak apa lah, Mirae.

Aku tak kisah pun kalau kau tak tahu benda ni. Lagipun, mana mungkin ada manusia yang bercinta dengan haiwan macam aku ni. Biarkan je lah...

Aku akan sedaya upaya untuk anggap kau sebagai tuan aku saja mulai sekarang.

We can't love each other.

•••

Usai mereka mengenyangkan perut di restoran tersebut, Mirae pun pergi ke kaunter untuk membayar bil mereka sambil disusuli oleh Sehun yang terkedek berjalan dari belakang.

  “Sehun, kau tunggulah kat luar dulu. Aku tengah bayar ni jap,” arah Mirae.

Lantas, Sehun pun menurut saja dan pergi menuju ke pintu untuk keluar. Lalu dia pun duduk di tepi tong sampah sambil menanti Mirae selesai membayarnya.

Tunggu punya tunggu...

  “Eih. Lama juga si gemuk ni nak bayar bil? Banyak sangat ke kita orang makan tadi?” gumam anjing itu sendirian apabila dia merasakan tuannya seperti terlalu lama dalam restoran tersebut.

Tiba-tiba...

Suara seseorang menerpa di gegendang telinga Sehun.


  “Hai.”


-To be continued-

•••

Amacam ini chapter? 😂 cheesy ke idok? Hahahah mcm tak je aku rasa.😂
Ishh siapa pulak yg tiba2 "Hai." tu? 😱 ada anjing betina yg nak ngorat Sehun ke macam mana?

Uishh mmg anjing jaman now btul kalau mcm tu😂 tapi bukan ye. So keep guessing that in your mind untill the next chapter okay😉, thankyouuu so muchhh ❤😆

Btw, crita ni dh nk habis. Sekian.

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now