17. Terpaksa pergi.

40 18 23
                                    

⏯️ c h a p t e r  17 !

Sehun's POV

Aku... Dah bertukar jadi anjing?!

Kenapa raja, kenapa?!

Sungguh, aku rasa nak menangis melihat kondisi aku sekarang ini. Aku sangat tidak menyangka raja akan memberi hukuman sebegini kepadaku. Sumpah!

Tidakkah dia memikir, bagaimana aku ingin melindungi anak puterinya dengan fizikal seperti ini? Ini semakin menyulitkan aku!

Kenapaa??!!

Tidak ada lain yang dapatku lakukan selain merintih dan menjerit hanya di dalam hati...

Tiba-tiba...

Aku terdengar bunyi kuakan pintu dari dalam. Lantas otakku terus mengatakan 'Ianya Mirae!' dan aku pun berpaling ke belakang untuk menghadap Mirae yang sudahpun tersandar ke dinding itu.

Aku tahu, pasti Mirae takut denganku bukan?

  “Mirae!! Ini aku, Mirae! Aku Sehun!” sedaya upaya aku cuba untuk menjelaskan kesemuanya. Hatiku diragut kerisauan tatkala melihat wajah Mirae yang menggigil ketakutan itu.

Berkali-kali aku cuba mengatakan kepadanya yang aku Sehun...

  “AAAAAARGHH!!! KELUARRR!!”

Namun sayang, Mirae tidak akan memahami sepatah apapun yang aku bicarakan.

Keadaan semakin menyulitkanku apabila aku melihat Mirae bergerak ke biliknya untuk mencapai sebatang penyapu. Tidak lain tidak bukan, ini pasti Mirae ingin memukulku!

Aku pun cuba untuk mengelak dan tetap menjelaskan segalanya kepada Mirae, tetapi sayang... Pukulan Mirae itu terlalu sakit sehingga memaksaku untuk keluar dari rumah tersebut!

  “PERGI AKU KATA, PERGII!!!” tengking gadis itu kepadaku.

  “Mirae, aku tahu kau tak akan faham dengan apa yang aku cakap! Tapi please, kau tak nampak ke aku try hard nak bagitau sesuatu dekat kau sekarang ni?!”

Semuanya sia-sia.

Mirae tidak akan pernah faham! Aku pun melarikan diri, kerana takut dipukuli Mirae lagi. Ya, walaupun aku melarikan diri...

Aku tidak akan pernah meninggalkan Mirae keseorangan!

Dari kejauhan aku memandang sayu ke arah Mirae. Wajahnya cemas, risau dan gelabah! Aku tahu, pasti dia sedang mencari aku bukan? Ya Tuhan... Apa aku patut buat?

  “Ishh mana pula lah si Sehun ni pergi... Call pun tak angkat!” aku terdengar keluhan yang terbit dari bibirnya.

  “Aku kat sinilah!!” kataku yang tetap berusaha ingin berkomunikasi dengan Mirae. Ya, aku tahu ia mustahil. Tapi aku tetap mencuba!

Melihat Mirae yang sudah semakin naik angin itu, aku pun terus saja pergi dari situ. Tidak ada gunanya lagi aku untuk menjelaskan... Tidak ada yang akan faham!

Bahkan Mirae sekalipun...

Dan nampaknya terpaksalah aku tidur di luar bermula malam ini. “Huuhh...” keluhku dengan berat.

Sedang nyenyak aku melelapkan mata, tiba-tiba aku terdengar bunyi enjin kereta yang berhenti berhampiran denganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang nyenyak aku melelapkan mata, tiba-tiba aku terdengar bunyi enjin kereta yang berhenti berhampiran denganku. Dengan polosnya, aku pun mengangkat kepalaku untuk melihat siapakah gerangan itu.

Gerangan itu kelihatannya seorang lelaki serta membawa jaring yang berukuran agak besar bersamanya. Aku tidak pasti dia ingin melakukan apa, tapi...

Kenapa dia semakin hampir denganku?

Lelaki itu membuatku semakin berdebar dan takut! Aku pun bingkas bangun.

Lelaki itu membuatku semakin berdebar dan takut! Aku pun bingkas bangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  “GGRR... AUKK!!!” aku memberinya amaran.

Namun belum sempat aku ingin melarikan diri...

  “Sini kau!!”

•••

Poor Sehun. 😪

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now