5. Get a new home.

76 24 17
                                    

⏯️ c h a p t e r 5 !

Sehun melangkahkan kakinya sederhana perlahan ke arah sebuah rumah. Setelah tiba di situ, bagasi yang dibawanya itu pun dia tinggalkan sebentar di bawah seraya menaiki beberapa anak tangga untuk ke atas.

Tok tok tok!

Dia mengetuk pintu apabila sudah sampai. Sambil menunggu sahutan daripada si pemilik rumah tersebut, Sehun memandang ke sekeliling seketika. Matanya terpesona dengan kekemasan dan kebersihan halaman rumah ini.

Biasalah, Sehun kan memang suka dengan benda-benda yang kemas. Jadi, tak hairanlah kalau Sehun membuat muka kagum melihat rumah ini.

Tidak lama kemudian, bunyi kuakkan pintu dari dalam pun kedengaran.

"Annyeonghaseyo," Sehun terus menundukkan tubuhnya sebaik saja si pemilik rumah itu memunculkan diri.

"Ne, annyeonghaseyo." wanita itu pun membalasnya juga. Berkerut dahinya melihat lelaki yang tinggi lampai dan berwajah tampan tersebut. Siapa pula dia ini?

Tak pernah nampak pun?

"Nama saya Oh Sehun," tanpa diminta dia memperkenalkan dirinya.

"Aahh..." angguk wanita itu. Tidak lama kemudian dia bersuara lagi, "Err... Kenapa ya? Ada urusan apa-apa ke?" soalnya.

"Puan ni... Ada jual rumah sewa kan?" tanya Sehun.

"Oh ya ya... Jadi, awak nak sewa lah ni?"

"Ya, saya nak sewa." senyuman di bibir diukirkan.

"Okay, kejap ya? Saya pergi ambil kunci dulu. Lepas ni saya tunjukkan," wanita itu pun bergegas masuk ke dalam rumahnya semula.

Sebenarnya Sehun ini okay saja kalau tinggal serumah dengan si Mirae. Tidur dekat sofa di ruang tamu pun dia tak kisah. Tapi si Mirae itu yang tak nak!

Mirae memaksa dia supaya menyewa rumah lain pada hari itu juga. Sampai ugut bunuh lagi!

Jadi Sehun pun terpaksalah juga menyewa sebuah rumah.

Kerana katanya Mirae tak nak serumah dengan lelaki. Lagi-lagi dengan Sehun. Dia cakap kalau Sehun itu serumah dengannya, tak pasal-pasal Mirae nanti kena serangan jantung.

Tidak sampai seminit, wanita itu muncul semula dengan beberapa kunci di tangannya.

"Ha jom jom. Ikut saya," tanpa berlengah lagi wanita berambut paras bahu tersebut membawa Sehun ke rumah-rumah yang dijualnya.

Setelah lebih kurang 30 minit menjenguk ketujuh buah rumah itu, akhirnya Sehun pun memilih sebuah rumah yang paling dekat dengan rumah Mirae.

Nanti, kalau apa-apa dengan Mirae ke ataupun lapar ke senang lah Sehun nak berlari ke rumah dia. Kan pilihan yang bijak tu? Hahaha

"Terima kasih, puan... Nah untuk bulan ini, saya bayar awal dulu eh? Seratus ribu won kan?" Sehun pun menghulurkan wang tersebut kepada wanita itu.

Nasib baiklah Mirae bagi, sebab dia faham yang Sehun tidak mempunyai wang. Wang zaman dulu ada lah! Kalau guna duit itu, memang tak dapat lah Sehun nak menyewa.

Siapa yang nak pakai?

Baju pun Mirae ada bagi juga. Katanya baju tersebut adalah baju arwah ayahnya dulu. Dan baju itu sudah hampir 5 tahun tidak digunakan. Teringat semula dia kata-kata Mirae,

"Kau rosakkan baju ni siap kau. Hilang pun tak boleh! Pakai elok-elok, faham?"

Semua benda nak ugut, itu lah Mirae. Huh, tahu lah badan dia sado.

"Eh tak apa lah. Untuk bulan ni awak simpan lah dulu sebab bulan pertama saya bagi free. Simpan untuk makan-makan ke... Ataupun bayar untuk bulan depan ke?" wanita itu menolak dengan sopan.

"Kalau macam tu, saya bayar untuk bulan depan. Nah ambik je," kata Sehun.

'Pasal makan, jangan risau. Aku lebih suka lepak dan makan dekat rumah Mirae. Lagipun rumah Mirae tu bagaikan syurga makanan. Kahkahkah' gelak Sehun dalam hati.

Wanita itu pun tidak ada pilihan yang lain lagi selain menerima saja wang tersebut.

•••

Okay, nah last chp untuk malam ni hohohoho thankyou for reading and vote! 😍😍 lobyuuu!

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now