23. Kau tak akan lepas!

49 18 34
                                    

⏯️ c h a p t e r 23!

  “Kau ni memang tak reti nak bawa barang elok-elok ke hah?! Bodoh!!” kata Hwasa dengan suara yang separuh menjerit seraya menampar kepala lelaki berkepala botak itu dari arah belakang.

PAPP!! Kuat tamparan itu.

  Sorry boss! Sorry,” si konco itu pun dengan bodohnya meminta maaf seraya mengutip semula daun-daun ganja yang bertaburan itu lalu memasukkannya ke dalam buah tembikai.

Buah tembikai?

Ya. Mereka letak di situ.

Memang sengaja buah itu mereka belah lalu dikeluarkan isinya agar mereka dapat menyembunyikan benda haram itu di dalamnya.

Begitulah taktik yang mereka gunakan selama ini agar mereka tidak terkantoi dengan pihak polis. Licik bukan?

Ya memang, kalian pun tahu itu.

  “Lain kali BODOH tu simpanlah sikit! Aku taulah kepala kau tu botak, tapi tak payahlah sampai kau buang sekali dengan otak kau tu! Sial ah ada konco macam kau ni!” kutuk Hwasa sambil memaparkan wajah singanya.

Masih tak puas hati punya pasal, Hwasa menendang lagi kepala lelaki yang sedang mengutip marijuana itu sehingga dia terjatuh ke bawah.

Disebabkan takut, lelaki itu pun cepat-cepat mengangkat buah tembikai itu tadi lalu memasukkannya ke dalam lori kepunyaan mereka.

Persis bagai lembu yang dicucuk hidung!

Tidak lama kemudian, telefon milik Hwasa itu tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Tanpa berlengah lagi, Hwasa pun terus mengangkatnya sambil mendengus marah.

Dia ni lagi!

  “Eh sial, kau sabar boleh tak?! Kita orang tengah prepare barang kau lah ni. Ni semua konco aku punya pasal kau tau tak? Angkat sikit-sikit nak jatuh, sikit-sikit nak jatuh! Lembap tak habis-habis,” ujar Hwasa yang sempat lagi mengata konconya sendiri di corong telefon itu.

  “Kau nak aku sabar macam mana lagi, hah?! Dah sejam aku tunggu kau tau tak?! Kau ingat customer tak panas ke bodo?” herdik lelaki yang menghubunginya tersebut.

  “Sabar aku kata, sabar!! Kau--”

AUKK AUKK AUKK!!!

Tiba-tiba Hwasa terdengar ada bunyi seekor anjing yang menyalak dengan kuat, tidak jauh dari tempat mereka!

Lantas kepala Hwasa itu pun berpaling ke arah seekor anjing yang sedang menyalak dari jauh sambil melihat ke arah mereka itu.

Dah apehal pula anjing ni?

Hwasa pun membiarkan saja anjing itu begitu dan menyambung semula perbualan mereka dalam panggilan.

•••

Sehun's POV

Perempuan tu... Aku sangat kenal dengan perempuan yang aku nampak sekarang ni.

Dia lah punca dalangnya Mirae terkena fitnah sampai sekarang! Oh, rupa-rupanya kat sini tempat dia orang sembunyi ya?

Okay!

Aku tak akan biarkan mereka lepas kali ini! Aku akan panggil polis datang pergi sini dan cekup dia orang sebab aku tahu polis memang tengah cari jejak penjenayah ni sekarang.

Inilah masanya untuk aku bersihkan semula nama Mirae. Tunggu ya Mirae, kau sabar jap...

Tanpa berlengah lagi, aku pun terus berlari dari situ untuk mencari balai polis yang berdekatan. Mujur juga aku ada terlimpas satu balai tadi, senanglah sikit aku nak cari.

Di jalan yang gelap tak berlampu itu, aku pun berlari selaju yang mungkin untuk ke balai kerana aku takut nanti kalau belum sempat polis tu datang, dia orang dah pergi awal!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di jalan yang gelap tak berlampu itu, aku pun berlari selaju yang mungkin untuk ke balai kerana aku takut nanti kalau belum sempat polis tu datang, dia orang dah pergi awal!

Hell, no! Jadi aku kena cepat!

Tidak lama kemudian, akhirnya aku sampai juga di balai. Fuh, penat aku berlari weh...

Tak apa, demi Mirae aku sanggup!

Tanpa memberi salam, aku pun terus menyalak bagai anjing yang gila sambil bergerak ke kiri dan kanan di hadapan 3 orang polis yang ada di situ.

Nampak dari air muka mereka itu sepertinya mereka masih terkejut dengan kehadiran aku.

  “Ikut aku sekarang! Ada sesuatu yang aku nak tunjuk ni... Pleaselah, fahamkan gerak-geri aku ni!” kataku walaupun aku tahu mereka tak akan faham sepatah pun.

Seperti yang dijangka, polis itu nampaknya masih blur dengan apa yang aku buat. Jadi untuk memastikan mereka lebih faham dengan tujuanku, aku pun berlari keluar semula dan menyalak lagi ke arah mereka dari luar balai.

Kemudian, aku masuk dan buat benda yang sama. Aku buat lagi dan lagi.

Jap.

Apesal tetiba macam lawak pula ni?

Tidak lama selepas itu...

  “Err... Aku rasa dia nak tunjuk something lah.” tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara.

  “Aku pun rasa macam tu juga. Jom lah kita ikut,” kata seorang lagi.

YES! Rancangan aku berjaya.

Dan mereka pun berkeputusan untuk mengikuti ke mana aku pergi.

Memang tak lepaslah kau malam ini, perempuan! Sebab kaulah aku dah jadi anjing!

•••

YEAH 🤘GOODLUCK SEHUN!
Im really sorry if this chapter looks boring :))

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now