12. Keras kepala!

51 18 48
                                    

⏯️ c h a p t e r  12 !

Mirae's POV

Aku duduk di bahagian balkoni sambil merenung ke arah tanaman yang menghijau di luar bangloku. Tidak lama kemudian, susu coklat panas itu pun aku hirup dengan perlahan lalu meletakkannya semula di atas meja.

Televisyen yang masih hidup tanpa penonton itu juga aku biarkan jadi, tak ada lah bilik aku sunyi sangat.

Kemudian aku menarik nafasku sambil memejamkan mata seketika.

Bercakap pasal peristiwa tadi... Ya, memang betul aku marah dengan si Sehun itu! Entahlah, perasaan marah aku tu bercampur dengan rasa yang macam... What?!

Aku pun tak tahu dah nak describe macam mana.

  “Ada ke patut dia bagi aku beg macam tu?! Bagi free dekat orang tua pun dia orang tak nak lah!” bebel aku seorang diri seraya mendengus kasar.

Serius, taste Sehun memang teruk gila! Ibarat macam dia beli asalkan murah saja tau. Oh, pleaselah Sehun.

Beg tu dahlah murah, tak cantik pula tu! Aku nakkan beg yang cantik, yang mahal dan yang penting sekali...

Branded! Macam Louis Vuitton.

Tidak lama selepas itu...

TOK TOK TOK TOK TOK!

Tiba-tiba bunyi ketukan yang sangat kuat memecah kesunyian dalam bilikku. Aku rasa ini bukan ketukan, malah macam tumbukan pula aku dengar. Boleh pecah pintu aku kalau macam ni!

  “MIRAE-AH! BUKAK PINTU!!”

Eh? Kejap.

Bukan suara si Sehun ke tu?

TOK TOK!! “Yaa Mirae! Bukak lah weh!”

Memang sah dia! Kalau dah dia orangnya, aku pun automatik jadi malaslah nak buka pintu. Hmm, biarlah dia. Aku masih ingin mencari ketenangan...

  “Mirae-ah, aku ada benda penting nak cakap dengan kau ni Mirae! Tolonglah!” suara Sehun kedengarannya terdesak sekali.

  “AKU KATA BUKAK PINTU!” suara Sehun semakin memetir lantas membuatkan tubuh aku terhinjut sedikit kerana terlampau terkejut!

Memandangkan Sehun sudah bertukar menjadi ‘singa’ di luar bilik tersebut, aku pun terpaksa juga untuk membukanya. Aku bangun kemudian memulas tombol pintu tersebut dengan muka yang tidak ikhlas.

Sebaik saja pintu itu aku buka, Sehun terus menyambar kedua bahu aku itu dengan wajah yang sangat cemas!

Apa hal ni?

  “Mirae kau dengar sini,.. Kita dah dalam bahaya! Kita kena cepat-cepat lari dari sini.” berkerut-kerut dahi Sehun ketika itu.

What the heck. Kau ni dah kenapa Sehun?

  “Hahh? Apasal pulak? Aku tak faham lah!”

  “Kau dah kena perangkap, Mirae. Segala harta yang kau pakai sekarang ni, bukan milik kau! Harta ni masih hak orang lain kau tau tak? Sekarang ni polis dah on the way nak serbu kau. Dengan aku-aku sekali yang kena kau tau!”

  “Kau jangan buat lawak bodoh lah, Sehun.”

  “Hey, come on lah. Buat apa aku nak melawak bodoh, gila!”

  “Hohh!” aku ketawa sinis mendengar apa yang Sehun katakan sebentar tadi. Apa benda la mamat ni cakap? Agak-agaklah kalau nak tipu aku.

  “Kau ingat aku percaya ke dekat kau? Hey bodoh. Rumah, kereta, tanah semua tu dah sah atas nama aku okay? Aku dah sign dah pun! Apa pula yang hak orang lainnya!” bidas aku.

  “Oh so kau pasti sangat la ni, yang semua benda kau dah sign atas nama kau tu, semuanya bukan dari hak orang lain? Wujud-wujud je terus jadi hak milik kau. Lepas tu kau yakin semua ni bukan hasil dari rompakan? Macam tu? Yahh Mirae. Semua orang boleh tipu lah benda ni, apasal kau lembap sangat?!”

  “Aku tak percaya.” ujar aku lalu terus berpaling membelakanginya sambil menyilangkan tangan.

  “Semua harta dan kekayaan ni hak aku. Titik!” sambung aku lagi.

  “Ya ampun, Mirae...” Sehun terus meramas kuat rambutnya sendiri sambil mundar-mandir kerana tertekan dengan sikap aku. Tidak lama kemudian, dia berdiri pula di hadapan aku.

  “Aku cakap benda yang betul ni Mirae. Kalau kau nak tahu, aku baru je lepas dari balai tadi. Aku dah dengar semua perbualan dia orang pasal kau kau faham tak?” kali ini suaranya lebih lembut berbanding tadi.

  “Okay. Kalau betul aku memang dah kena tipu, why not kita cakap je dengan polis terus. Tak perlu lah nak lari-lari kan?” sengaja aku ingin mengujinya.

Sehun tersenyum sinis seketika.

  “Kau yakin ke polis percaya dengan kau? Dah cukup sangat ke bukti kau tu? Kau pun tahu kan, syarikat tu dah lama tutup. Diorang dah blah pun dari sini. Mana kau nak cari bukti? Mana? Aku ingatkan kau eh, polis, tak akan percaya selagi kau TAK ADA BUKTI. And plus, orang yang dah tipu kau tu... Dah gunakan keseluruhan identiti kau, dari A sampai Z. So kau yakin ke polis berbaik hati nak bagi kau peluang untuk jelaskan semua benda ni? Dia orang dah ada semua maklumat kau kau faham tak, tinggal nak cekup je lagi Mirae! Ya ampun, stres lah aku dengan kau ni!”

Kata-kata Sehun yang panjang lebar itu seolah-olah telah mengunci mulutku untuk berbicara. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi...

Betul ke... Aku dah kena tipu?

  “Dia orang dah gunakan kau sebagai umpan Mirae... Jadi bila umpan dah terkena, polis automatik akan hilang terus jejak dia orang! Sebab polis dah fokus dekat kau seorang je sekarang ni.” belum cukup, Sehun sambung lagi.

Lidahku terkelu. Kini, hatiku telahpun diperangkap dengan seribu kerisauan dan ketakutan!

Tiba-tiba...

  “...Setelah 5 tahun pihak polis bertungkus-lumus, akhirnya identiti penjenayah tersebut, sudahpun dikenal pasti. Penjenayah yang dimaksudkan ialah, seorang gadis bernama Song Mi-rae yang berasal dari blablablabla...”

Suara seorang pembaca berita di kaca televisyen masuk ke gegendang telingaku, dan juga Sehun. Kemudian kami pun saling berpandangan antara satu sama lain.

Serta-merta, air mata aku terus mengalir membasahi pipiku yang tembam.

  “Baik, kita lari.akhirnya aku menurut juga arahan Sehun yang mendesak aku untuk lari bersamanya dari bandar ini. Tanpa berlengah lagi, aku menuju ke almari untuk berkemas dengan segera!

  “Bawa yang penting je! Aku tunggu kat bawah,” arah Sehun pula kemudian melangkah keluar dari bilikku.

•••

Okay.

Bagi sis kalau kita fikir lebih dalam lagi, ada betul jugak apa yang Sehun buat tu sebenarnya🤔. Walaupun diorang decide untuk lari (nampak macam tak berani nak menegakkan kebenaran), tapi sekurang-kurangnya diorang lari sekejap untuk betulkan keadaan pada waktu yang tepat. Faham kan? 😅😂 hahahaah setuju tak? 😆

Sorrylah sis menumpang bagi pendapat. Sendiri bikin cerita, sendiri komen 😂

Btw sorry again lah, kalau chapter ni panjang sgt 😂 sebab mana lah tau kan ada org jenis yang tak suka baca panjang2. 😅 takpe, kalau korang baca yang dialog je pun kira dah memadai. Yg penting faham apa yg berlaku 😁

Okok, dah. Aku diam.😂

✔️ Last Goodbye🍃 || OSHWhere stories live. Discover now