#4

7.1K 246 3
                                    

Humaira.

Ya, nama dia Humaira. Tinggi dalam 5 kaki. Agak tinggi untuk seorang perempuan. Tinggi yang ideal untuk seorang model sambilan.

Aku nampak dia. Turun bas dengan muka penat. Yelah, bas rosak dekat sehari suntuk, mestilah penat.

Aku tak tegur dia.

Sebab aku sibuk nak tolong lelaki yang satu bas dengan dia.

"Weh, tolonglah angkat beg aku sekali. Yang jantan kau tolong kenapa?"

Wah, wah sedapnya kau suruh aku itu ini?

"Sabarlah, kejap lagi aku angkat la."

"Kau segan dengan perempuan ke apa?"

Aku tak jawab, sebab Fik datang dekat aku tanya apa benda entah. Aku dah lupa soalan dia. Tapi memang Fik datang dekat aku, menyebabkan soalan dia aku tak berjawab.

"Pergh, gay siot dia ni!"

Ok, ini babi.

"Amenda kau ni?! First, you ask me to help you, now, you call me gay!"

Semua orang pandang aku.

Dia tergamam. Senyap seketika.

Aku masih tak habis rasa marah.

Fik serba salah. Tersepit dengan dua keadaan.

Fasilitator datang meredakan keadaan.

"Weh, sorry la. Aku ingat nak bergurau je. Aku ingat nak bukak topik. Aku tak sangka la kau macam ni sekali."

"Kepala bapak kau!"

Tiba-tiba aku rasa satu tamparan hebat di muka.

Ya, aku ditampar.

Oleh perempuan.

Yang aku belum kenal lagi siapa dia masa tu.

Fasilitator sampai, terus tarik aku pergi jauh dari situ.

"Bapak jangan main la babi!"

Sayup kedengaran suara dia.

Aku ke yang salah?

*****

"Seminggu tau awak duduk sini. Baru hari pertama awak dah buat musuh?"

Eh apesal aku je kena? Kenapa dia tak kena?

"Tapi dia mulakan dulu."

"Dengan perempuan pun nak bergaduh ke?"

Pukimak. Apa dosa aku la sial?

Aku buat kerja aku kot. Bukan aku buat benda lain. Beribu kali aku cakap, bukan fasi nak percaya pun.

Berat sebelah!

*****

Aku kembali ke dewan untuk meneruskan aktiviti malam. Keghairahan aku siang tadi dah terpadam dek kerana Humaira ni.

Bikin spoil mood aku.

Celaka celaka celaka!

Baru je kaki aku melangkah masuk ke dewan, suasana riuh bertukar sepi.

Semua mata pandang aku.

Aku lajukan langkah aku ke kerusi sebelah Leman dengan Fik.

Untuk masa sekarang, aku cuma ada mereka berdua ni je sebagai pelindung, kawan dan tempat mengadu.

"Weh, Andak cakap apa?"

"Entahlah, menangkan betina bodoh tu. Babi betul."

Leman tergelak. Sialan. Kelakar ke cibai?

Fik cuma diam. Entah apa dia fikir, aku tak tau. Biarlah dia. Sebab dia la aku dengan budak tu tiba-tiba gaduh.

Andak dengan Mak Su masuk ke dewan.

Ya, ini fasilitator kami.

Nama panggilan memang macam tu sebab diorang nak buat macam family.

Bukan tu je, ada Pak Su, Mak Ngah, Uncle, Atok, Ayah, Ibu.

Rare kan?

Tapi itu bukan apa yang aku nak fikir sekarang ni.

Aku fikir satu benda je.

Tolong habis cepat kem ni.

*****

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, kem ini untuk memupuk kamu semua bersatu sebagai keluarga. Ya, kami tahu latar belakang kamu di sekolah masing-masing, kamu pelajar hebat, bijak, aktif dan profesional. Jadi, di sini semua itu tiada nilai. Apa yang penting, kerjasama kamu semua sebagai satu keluarga baru."

Panjang lebar Andak terangkan. Aku cuma dengar je. Tak ambil kisah.

"Jadi, saya nak panggil semula dua pelajar yang bergaduh tadi ke depan."

Sambung Andak semula.

Apa? Ke depan?

For what?!

Semua mata memandang aku.

Sial!!

Aku langkah juga keluar dari kumpulan negeri aku, menuju ke pentas dewan.

Humaira pun berjalan sama.

Seiring sejalan, seia sekata.

"Sorry sebab aku tampar kau."

"Sorry sebab aku main bapak kau."

Maaf pertama semasa kami berjalan menuju ke pentas.

Aku dan dia berdiri menghadap audiens yang ramai. Ramai gila. Kau fikirlah, semua negeri ada, kecuali Sabah Sarawak.

Aku pegang mikrofon. Aku ucap kata maaf.

Tak ikhlas sebenarnya.

Cuma aku taknak selama aku di sini, aku dipandang buruk.

Dia pun sama. Tapi ucapan maaf dia panjang gila. Aku tak berapa ingat, tapi aku tulis jugak la beberapa point penting dalam ucapan maaf dia.

"Terutama sekali kepada Madi, saya minta maaf sebab lempang, saya minta maaf sebab jatuhkan maruah awak, saya minta maaf sebab bebankan awak, dan juga saya minta maaf pada semua rakan dari negeri saya andai apa yang saya lakukan tadi, anda semua terpalit buruk hanya disebabkan saya. Saya minta maaf."

Aku tersentuh juga dengan apa dia cakap.

Mungkin dia betul-betul tak sengaja.

Mungkin betul, dia nak gurau pada awalnya.

Mungkin dia sememangnya nak buat kawan dengan aku.

Aku je panas baran terlebih.

Ucapan dia mendapat tepukan gemuruh.

Fasi yang lain pun turut sama tepuk tangan.

Ya, maaf aku tak seberapa. Tapi aku tak bersalah.

"Hey, let's be friend. My name is Humaira."

Tangan dihulur.

Aku tercengang.

Lama juga tangan dia tergantung tanpa disambut aku.

Ego apa entah yang serang diri aku ni.

Aku sambut juga salam darinya. Tapi hati aku dah rasa tak best. 7 hari kot, aku dekat sini.

Aku tak cakap apa pun. Aku cuma salam, dan senyum sedikit. Then aku turun dari pentas.

Aku kembali duduk di kerusi. Dia pun sama tiba di kerusinya.

Aku perasan, dia ada juga toleh ke belakang tengok aku.

Aku masih marah.

Jujur.

DiaWhere stories live. Discover now