#37

4.7K 140 10
                                    

"Awak, jauh termenung?"

Soal aku kepada Maira. Ayu wajah Maira.. Tapi, disebalik keayuan Maira, terselit 1001 cerita yang mungkin akan merunsingkan hati aku. Aku boleh agak, tapi aku tak cakap.

Aku tahu, Maira risau jika dia dibuang keluarga. Perbuatan dia dan aku yang nekad untuk lari ke Thailand mungkin akan memalukan keluarganya. Bak kata pepatah, menconteng arang ke muka sendiri. Maira tak sanggup. Tapi aku juga tak sanggup kehilangan dia. Dan anak kami.

"Sayang?"

Soal aku lagi. Sejak balik dari Thailand, Maira semakin tak bersuara. Bukan jenis Maira ni kalau tak banyak bersuara, apatah lagi panggilannya tidak disahut seperti selalu.

"Ya abang?"

Panggilan itu bersambut juga.

Lembut saja suara dia. Begitu akur dan hormat jawapannya terhadap aku.

Maira sedar, nasib dia sangat baik. Berkali-kali dia memanjangkan syukur terhadap Allah kerana temukan jodohnya dengan aku. Tidak pernah dia mengimpikan lelaki seperti aku ini yang menjadi suaminya. Dan tidak pernah juga dia mengharapkan harta dan rupa pada suaminya. Hanya hati dan rasa tanggungjawab terhadap dia dan Pencipta yang dia harapkan. Tak lebih dari itu.

"Sayang sakit ke? Abang tengok sayang diam je? Rumah baru kita sempit ye sayang?"

Seloroh aku pada dia. Sejak balik dari Thailand, kitorang tidak terus pulang ke rumah lama.

Nak mati?

Keputusan aku sekarang dengan tidak terus pulang ke rumah itu mungkin tidak kukuh tapi itulah pilihan yang aku ada. Nak atau tidak, kitorang kena lakukan. Buat masa sekarang ini, biarlah status aku dan Maira kekal rahsia sehingga tiba masa yang sesuai.

"Taklah abang, saya sihat. Cuma teringat masa kita mula-mula kenal dulu. Abang ingat tak?"

Maira cuba sembunyikan perasaan dia ketika itu, sambil mengukir senyuman di bibirnya.

"Takkan abang tak ingat sayang? Mestilah abang ingat. Masa tu abang nakal kan?"

Berderai gelak tawa kami saat itu. Terkenang kembali saat-saat indah ketika mula-mula kenal dahulu.

Aku tersenyum sambil memandang wajah Maira itu dan mengimbas kembali memori lalu..

...
..
.

"Weh, tolonglah angkat beg aku sekali. Yang jantan kau tolong kenapa?"

"Sabarlah, kejap lagi aku angkat la."

"Kau segan dengan perempuan ke apa?"

"Pergh, gay siot dia ni!"

"Amenda kau ni?! First, you ask me to help you, now, you call me gay!"

"Weh, sorry la. Aku ingat nak bergurau je. Aku ingat nak bukak topik. Aku tak sangka la kau macam ni sekali."

"Kepala bapak kau!"

"Bapak jangan main la babi!"

"Macam mana la ye Tuhan boleh ubah hati kita?"

Maira hanya tersenyum. Sejak balik dari Thailand, kitorang dah tak macam dulu. Bergaul pun biasa ke. Tak macam dulu. Yang hanya tahu nak berkepit.

Lain perasaan dia bila dah berkahwin. Lain. Tak sama macam masa bercinta.

Masa bercinta, korang lebih fokus pada apa korang nak lepas kahwin.

Bila dah kahwin, korang fokus pada apa korang nak hadapi esok dan selamanya.

Sebab tu orang yang dah berkahwin lebih tenang pemikiran dia.

Tidak kelam kabut macam budak budak bercinta.

"Entahlah abang. Dari 'babi', sekarang jadi 'abang'."

Aku tersenyum.

Sambil mengurut-ngurut kaki, aku berbual dengan Maira. Kemudian, dia mengambil alih, urut kaki aku.

Aku perlu cari kerja. Aku kena ingat, aku dah berkahwin. Nak harap duit yang ada, setakat aku kutip sewa bulan-bulan, itu tak cukup.

Aku kena cari kerja tetap. Tapi kerja apa?

*****

"Man, hang ada kerja dak untuk aku?"

Aku menghubungi Leman. Macam biasa, dia je la penyelamat aku.

"Madi, aku nak tanya sikit la boleh dak?"

"Apa dia Man?"

"Hang dah bawak Maira jumpa mak pak dia ka belum?"

Aku senyap.

Aku takut sebenarnya..

"Madi, hang bawak la dia balik jumpa mak pak dia. Bawak dia jumpa mak pak hang jugak. Hang tau dak, nak selamat dekat dunia ni, kena ada satu benda."

"Apa dia Man..."

"Restu mak pak hang tau dak.. aku sayang korang, tu pasai aku cakap Madi. Dari hang mula-mula ada masalah, sampai ka laa ni, semua aku amik tau. Hang jangan duk pikiaq aku main hingaq takdak point."

Aku diam. Aku takde apa nak cakap. Betul kata Leman. Nak selamat dunia akhirat, restu ibu bapa tu penting.

Aku?

Jangankan restu.

Dorang tahu pun tak!

"Hang pikiaq la baik-baik naa. Aku habaq ja. Aku nak lepas bahagian aku. Aku takmau bila kena himpun nanti kt Mahsyar, aku sangkut sekali."

"Ye, Man.. ada kerja kosong dak?"

"Nanti aku bagitau hang balik. Aku ada perasan aritu, pasaraya dekat taman sebelah nak pakai pekerja. Buleh la tu Madi.. buat susu anak nanti."

"Okay Man. Weh terima kasih."

"Sama-sama. Hang jangan risau la. Selagi aku boleh tolong, aku tolong."

Talian dimatikan.

Dan aku rasa hiba teramat. Aku toleh belakang, Maira yang sedang tertidur dengan perutnya yang semakin membesar.

"Kau dah berkeluarga Madi.. tak lama lagi jadi ayah.."

Getus hati aku sendiri, dengan beban sebak di dalam dada.

Ya Allah, permudahkan urusanku, permurahkan rezekiku.

DiaWhere stories live. Discover now