#23

4.5K 157 65
                                    

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi.

Humaira memandang ke luar tingkap. Macam biasa.

Aku pula memandu dengan kepala menerawang jauh dari fokus ke jalan raya.

Bila aku sedar aku pernah kemalangan kerana tidak fokus, aku kembali memandang Humaira di sisi.

Perlahan tangan aku capai tangannya.

Aku mengenggam erat tangannya.

Genggaman itu berbalas. Aku menoleh, Humaira masih memandang ke luar.

Apa dia dah tak sudi ke pandang aku?

Aku tak cakap apa pun. Aku cuma keluar.

Dia suruh balik makan, aku balik juga. Siap habiskan lagi masakannya.

Apa yang dia rajuk sangat sebenarnya?

Atau dia rasa serba salah?

Habis aku macam mana?

Takkan setiap kali kau luahkan kesilapan, kau nak merajuk?

Dan takkan setiap kali tu juga kau nak balik kampung?

Aku macam mana?

*****

Bas Humaira akhirnya pergi juga dari terminal.

Tak banyak benda aku luahkan sebelum dia berangkat.

Aku biarkan dia balik.

Aku biarkan dia pergi.

Kalau dah taknak balik pun, terpulanglah. Itu bisik hati aku masa tu.

Aku taknak paksa dia apa-apa.

Aku tak melarang dia pergi, dan aku juga tak melarang dia kembali.

Bila aku lihat lambaian tangannya di tingkap bas itu, aku mula rasa hiba.

Mata aku mula rasa berkaca.

Ah, kenapa aku masih nak bersedih?

Tak pernah sekalipun aku rasa kuat sejak aku kenal dia.

Dari seorang yang dingin, ego dan keras kepala, aku berubah jadi sebaliknya.

Semua kerana dia.

Bas itu aku pandang dalam-dalam.

Dah jauh, tapi masih dapat dilihat.

Aku lihat jam tangan.

Aku lihat semula bas.

"Nekad, aku pergi JB sekali."

*****

Bas tiba di Terminal Larkin pukul 5 pagi.

Aku memberhentikan kereta di luar kawasan perhentian bas.

Aku berjalan laju menuju ke bas. Tetapi, aku agak lost bila aku rasa asing di bumi Darul Ta'zim itu.

Bandar besar.

Aku tak pernah tiba di sini. Maksud aku di stesen bas ni memandangkan aku tak pernah naik bas.

Paling kerap pun, Taman Universiti. Rumah pakcik aku belah mak.

Itupun dengan kereta.

Keberadaan aku di Larkin ini, dengan kereta, langsung mengekori bas Humaira adalah salah satu kerja gila.

Aku taktau apa yang buat aku nekad.

Aku ikut Humaira sampai sini.

Aku rasa seolah guardian angel dia.

Sentiasa mengekori saat dia tak ketahui.

Sehingga ke hari ini, Humaira masih tak ketahui aku mengekori dia sampai ke sini.

Aku tahu, ini sepatutnya jadi sebuah cerita, tapi korang izinkanlah aku tulis nota ringkas untuk Humaira, andai kata dia baca.

Dear Humaira (bukan nama sebenar),

Andai kata awak baca cerita Dia ini, maka terseyumlah awak. Saya tak minta awak apa-apa, sekadar baca kisah yang saya tulis ini sebagai memori kita berdua.

Secara tak langsung, awak jadi immortal dalam kisah ini.

12 Disember 2010, selepas pergaduhan kita, yang sebenarnya lebih kepada pergaduhan manja, awak balik semula ke JB. Bandar kelahiran awak sendiri.

Dan awak tak pernah tahu, saya ikut awak sampai awak selamat tiba di depan rumah awak sendiri di Taman Api-Api. Saya ekori bas tambang henti awak melalui Pekan Nenas, lalu depan kilang Shimano, sampai awak berhenti di depan rumah awak.

Awak tak pernah tahu perkara ni Humaira. Saya tak pernah cerita sampai hari kita putus. Sampai hari kita hilang kata. Saya tak pernah cerita sampailah ke hari ini.

Jika awak rasa ini cerita kita berdua, maka benarlah. Jika tidak, maka janganlah awak ambil hati. Mungkin awak dah pun lupa watak sebenar dalam kisah ini.

Ketahuilah, saya sayangkan awak ketika itu. Dan saya pulang semula ke Kuantan beberapa jam selepas terlelap di stesen minyak di Skudai.

Awak tak pernah tahu, Maira.

Sekian,
Ismadi Lee.

Kat mana kita tadi? Aku lupa pula.

Tapi, aku rasa aku stop sini dulu la bab kali ni.

Mak aku panggil makan.

Stay strong.

Terus melebarkan sayap cinta.

DiaWhere stories live. Discover now