#58

4.6K 182 20
                                    

"Abang?"

Aku tertunduk-tunduk di depan pintu. Sambil menggaru kepala tidak gatal, aku bersuara,

"Maaf dik, abang lalu je sini, tiba-tiba perasan ada madrasah sini."

"Yang lain boleh sambung, sekejap lagi saya datang ye."

Ali memberi arahan kepada semua orang.

Serentak mereka kembali menyambung mengaji seperti tadi.

Aku masih terkeliru, siapa Muhammad Ali ni sebenarnya?

"Jarang orang luar datang sini bang."

"Abang jalan dekat sini, then I noticed ada madrasah sini. Abang berhenti masuk, tak sangka kita jumpa lagi."

"Alhamdulillah. Ramai yang tak perasan tempat ni bang.."

Aku mulanya tersenyum, tiba-tiba berubah sugul bila dengar ayat tu.

Terasing betul tempat begini dalam hati masyarakat kita kan?

Port mancing, lubuk paling dalam mana pun masih ada yang berulang alik.

Sungguh, dunia ini seakan tidak adil.

"Abang?"

"Ye?"

Teguran Muhammad Ali mengejutkan aku dari lamunan.

"Apa khabar sekarang?"

Aku memandang wajah Muhammad Ali. Senyum sedikit.

"Baik.."

"Alhamdulillah.."

Seketika kami kembali diam.

Aku taktau nak borakkan apa. Jadi aku pilih untuk diam.

"Err, dik, abang rasa abang nak pergi dah."

"Nak balik dah?"

Aku mengangguk.

Dipandangnya kiri dan kanan.

Aku hairan.

"Kenapa?"

"Sebenarnya, kalau abang tak keberatan, saya nak tanya, abang boleh mengajar? Sains dan matematik khususnya."

Aku berkerut dahi. Bukanlah aku tak boleh ajar, cuma aku terkejut sekejap dengan permintaannya. Tapi aku angguk juga akhirnya.

"Macam ni bang. Tempat kami ni kekurangan mu'alim. Abang sudi ajar mereka bang? Pasal gaji, saya akui, sini semua sukarela. Tapi abang jangan risau, kita dilindungi Allah SWT. Setakat saya di sini, mengajar mereka, saya masih punya rezeki. Cuma itulah, saya masih muda, saya kekurangan ilmu dunia untuk diajar."

Panjang lebar penjelasan Muhammad Ali pada aku.

Aku hanya diam.

"Abang tak sanggup?"

Wajah berharap Muhammad Ali kelihatan.

"Bukan dik.. abang ni.."

"Abang lupa apa saya pernah cakap?"

"Tak.."

"Habis tu? Dalam mencari agama, tak pernah terlewat. Tapi, dalam mencari ilmu, tidak pula cepat. Apatah lagi memberi. Terkadang, kita kedekut. Lagi-lagi melibatkan ilmu yang tinggi nilainya. Dan kerana itu, ilmu dijadikan medium untuk buat keuntungan."

"Maksudnya?"

"Macam ni bang, ilmu ni, perlahan-lahan kita gali, ilmu juga tidaklah diukur pada kertas. Macam orang sekarang, ada SPM, Diploma, Ijazah, barulah orang pandang sedangkan mereka sebenarnya masih jahil. Pekerjaan seorang mua'lim ni, selalunya dipandang rendah. Ada je orang kerja cikgu sekolah rendah dibandingkan dengan cikgu sekolah menengah. Tapi mereka lupa, hasil sekolah menengah datangnya dari sekolah rendah. Betul?"

DiaWhere stories live. Discover now