#25

4.4K 135 20
                                    

2011

Surat dari UiTM Shah Alam itu aku baca berulang kali.

Sukacitanya dimaklumkan, rayuan pihak encik, Ismadi Lee bin Hadi Lee diluluskan setelah mendapat pertimbangan dari Naib Canselor untuk menempatkan pihak encik di Jurusan ; Ijazah Sarjana Seni Lukis dan Seni Reka (Industri), bermula pada tarikh pendaftaran yang tertera.

Adalah dimaklumkan..

...
.."

Aku dapat UiTM?

Dengan result aku sikit punya hancur, aku boleh dapat?

Aku melompat kegirangan yang teramat.

Aku call abah.

Aku cerita pada abah. Abah pada masa tu dekat Pulau Pinang, ada kerja apa entah, macam biasa, jawab panggilan aku nak taknak.

Aku dah biasa, jadi aku cepat matikan panggilan tu.

Humaira!

Aku kena beritahu dia berita baik ini.

Deringan pertama.

Tak berangkat.

Kedua.

Masih tak berangkat.

Ketiga.

"Hello?"

"Maira! Saya dapat UiTM!"

"Oh, tahniah."

"We should celebrate kan? Please."

"No, I will never come back."

"Maira.."

"Madi, face the fact. We are not meant to be..."

"No, i didn't say anything lagi. Kenapa setiap kali awak macam ni hah?!"

Aku dah mula tak keruan.

Setiap kali, dia yang akan buat keputusan!

Setiap kali!

"Madi.."

"Kenapa Humaira?! Apa lagi? Setiap kali awak yang buat keputusan untuk kita! Why not awak tu face the fact, yang saya tunggu awak?!"

Menggigil tangan aku ketika itu. Surat tu entah ke mana dah aku campak.

"Pukimak kau la Maira. Babi!"

Aku terus tamatkan panggilan.

Entah kenapa, aku rasa lemah gila masa tu.

Sikit-sikit aku nak menangis.

Sikit-sikit aku rasa tertekan.

Walhal sebelum ni elok je aku tolak semua orang.

Tapi Humaira, bukan mudah aku nak tolak dia.

Tak.

Aku tertunggu jugak panggilan Humaira ni.

Walaupun aku tahu, dia takkan telefon macam sebelum-sebelum ni.

Ego dia, melangit tinggi.

Lama jugak la aku bergenang airmata sambil tengok telefon tu sendiri.

Takde.

Aku dah tak boleh kata apa. Aku rasa, dia takkan balik semula.

Aku angkat telefon bimbit tu,

Dan aku leraikan di dinding rumah itu.

Puas.

Dalam tangisan.

*****

Malam tu aku keluar beli nombor baru dan telefon baru.

Rasa bodoh jugak la aku baling phone tu.

Kalau setakat patahkan sim dia je kan lagi elok.

Tak pasal aku kena beli phone baru.

Aku masukkan sim card, aku cucuk charger telefon.

Hmm, Blackberry Storm, aku pun taktau kenapa aku beli Blackberry.

Orang kata ada BBM.

Blackberry Messenger.

Top jugak la masa tu. Cuma tak ramai yang ada Blackberry.

Masa tu yang pakai Blackberry ni kira eksklusif sikit dari orang lain.

Lagi-lagi bila makwe-makwe cantik yang acah humble mintak nombor pin.

Kau yang muka reban pun boleh dapat pin awek, asal kau ada Blackberry.

Babi punya Blackberry.

Senang betul sailang Nokia by Connecting People dengan cara macam ni.

Faham tak?

Kan tagline Nokia, Connecting People.

Kira Blackberry mencabar Nokia la dengan menunjukkan cara baru in connecting people.

Anjing punya Blackberry.

Nasib baik kau dah bankrap sekarang.

Aku belek-belek la jugak phone baru tu. Set ringtone dia, wallpaper dia, aku letak gambar babi.

So bila aku teringat Humaira yang setiap kali buat taik, aku akan tengok phone.

Babi babi!

Lepas tu aku tinggalkan phone tu untuk dicas penuh selama 8 jam.

Mitos kebenda la kena cas 8 jam baru boleh pakai.

Dengan aku sekali terpedaya.

Aku tonton televisyen. Entah apa cerita TV3 ni tayangkan.

Selepas empat tahun, yakni sekarang, kita dah pun berada di tahun 2015, aku tengok TV3 masih tak boleh move on dari cerita sampah.

Aku tutup tv. Aku fikir nak keluar. Aku perhati je motor LC aku. Lama jugak aku tak menunggang.

Bila Humaira takde, aku tak berani. Aku tak pandai sangat.

Tapi bolehlah kalau nak jalan dekat-dekat.

Aku capai kunci motor, aku hidupkan enjinnya.

Lama betul tak bergerak.

Aku beli motor ni pun dulu sebab nak buktikan pada Humaira, aku dah boleh bawak motor.

Tapi bila abah bagi aku kereta, aku dah semakin jarang naik motor.

Lama jugak aku duduk depan pintu sambil tunggu enjin panas.

Dah beberapa ketika, aku puas hati, aku tutup pintu dan menolak motosikal LC klac itu keluar pagar.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku slow-slow bawak dekat area lorong rumah aku.

Selepas aku berpuas hati dengan penunggangan aku, aku beranikan diri ke jarak yang lebih jauh.

Tiba-tiba ada anjing menyalak.

Aku jatuh.

Babi, aku terkejut la anjing bodoh!!

DiaWhere stories live. Discover now