#41

3.8K 125 6
                                    

Humaira

Madi bermain-main dengan rambut aku. Aku pula sibuk dengan 'anak' aku. Sekejap aku peluk. Sekejap aku menangis.

"Kenapa Maira?"

Soal suamiku, lembut.

"Kenapa baby kita tak menangis?"

Aku mula mempersoalkan bantal itu. Yelah, dah nama pun bantal. Cuma fikiran aku ketika itu, ia seorang bayi yang comel.

Madi terdiam. Taktau nak cakap apa barangkali.

"Meh sini, baring sini ye?"

Madi menarik tangan aku baring di katil rumah itu. Sejak keluar dari hospital, Madi jarang tinggalkan aku pergi bekerja. Tak boleh agaknya tinggalkan aku sendirian.

Aku baring memandang tepat ke mata Madi. Aku tenung dalam-dalam wajah syurga milik aku ini. Alisnya yang terbentuk menarik menjadi tarikan pada aku dulu.

Madi juga di sebelah aku. Memandang tepat ke mata aku. Aku tak tau berapa lama kami saling merenung antara satu sama lain.

"Abang.."

"Ye sayang."

"Nanti baby nak sekolah dekat mana?"

"Itu nantilah kita fikir. Sayang rehat dulu ye. Tidur ye?"

Aku memeluk 'anak' itu.

Terasa rambutku dibelai oleh Madi. Aku suka rambutku dibelai. Sejak dari kecil lagi, aku suka dibelai sebegitu.

Aku rasa disayangi.

Aku kemudian memandang tepat ke mata Madi.

"Eh, tak tidur?"

"Abang, i love you."

Aku cium bibirnya. Lama juga bibir kami bertaut.

Setelah puas, aku kembali mendodoikan bantal itu.

"Shh..shh.. Ali anak ibu tidur ye?"

Madi memeluk aku dan turut mendodoikan aku sehingga terlelap.

*****

Madi

"Camne bini hang?"

Leman bertanya pada aku melalui telefon. Sukar juga aku nak jawab. Aku rasa nak menjerit. Dugaan apa ni Ya Allah?

Kau rasa aku sanggup ke tengok dia macam tu?

Kau rasa aku sanggup ke biarkan dia?

Kalau aku sanggup, akulah manusia paling bodoh!

"Camtu la Man.."

"Hang dak kerja la ni?"

"Tak. Aku tak boleh tinggalkan Maira. Buat masa ni, biarlah aku duduk rumah dulu."

"Yalah. Harap semuanya baik-baik Madi. Aku nak tanya tu ja. Ok lah. Nanti ada pape hang call aku teruih."

Aku terus tamatkan talian telefon.

*****

Maira masih tidur. Aku perlahan melangkah ke sebelahnya. Cuba mencapai bantal itu.

Aku cuba sorokkan dulu. Sekurang-kurangnya, biar dia jarang nampak.

Mungkin nanti dia akan kembali pulih.

Aku ambil bantal itu, dan kemudian aku simpan di bilik lain.

Biarkan dulu dia tidur.

Aku baring di sebelahnya sambil memeluknya dari belakang.

"Apa nasib kita ni sayang? Berpantang, tapi takde baby."

Bisik hati kecil aku. Aku sedih juga sebenarnya.

Tapi kalau aku tak kuat, siapa lagi nak bela Humaira?

Aku kena kuat. Aku tak boleh lemah.

Maira masih tertidur sambil menghisap ibu jarinya.

Aku tersenyum sedikit.

Posisi tidur dia tak pernah berubah dari dulu.

Cuma..

Bila aku lihat, posisi tidurnya seakan posisi bayi di dalam rahim, aku jadi sebak.

Kalau aku sendiri tak mampu menahan kesedihan, apatah lagi dia?

*****

Aku duduk sendirian di kedai makan itu.

Mata aku sembab.

Eyebag berkilo.

Tak cukup rehat.

Tak cukup tidur.

Tak cukup tenaga.

Tak cukup duit.

Aku buntu.

Aku dah taktau nak buat apa.

Kelibat orang ramai lalu lalang aku tak peduli. Aku dengan dunia aku. Aku dah taktau nak buat apa lagi dah.

Wang dalam ATM cuma tinggal berapa ringgit saja lagi. Nak tunggu duit sewa bulan-bulan masuk, lambat lagi. Aku dah takde pendapatan lain. Cuma itu sahaja.

Jambang tak dicukur, aku persis orang yang tak tentu arah.

Abah?

Terfikir juga aku nak minta tolong keluarga, tapi aku terkesan dengan ayat abah dulu.

"Aku takde anak anjing macam kau."

Aku takut.

Mama, mak semua tak berani campur bila abah sound aku macam tu.

Kad kredit, kad debit, semua dah diblock dulu.

Agaknya rumah tu sahaja yang abah tak usik. Punca rezeki aku barangkali. Mungkin juga abah tak sampai hati.

Entahlah..

Aku tak mengerti.

Aku taktau apa lagi yang aku perlu lalui.

Selesai termenung, aku bangun dari kerusi. Bayar, apa semua, dan kaki aku melangkah mengikut ke mana saja aku fikirkan.

Bahu aku ditepuk saat aku ingin melintas, aku disapa seseorang.

Perempuan.

Putih, cantik orangnya.

Tergamam juga siapa yang tegur aku yang kusut masai sebegini.

Aku terkedu. Aku perhati wajah itu dalam-dalam.

Aku terdiam.

"Marina?"

DiaWhere stories live. Discover now