#5

7.2K 232 6
                                    

Malam tu, Andak dengan Uncle selaku ketua fasilitator, mereka membahagikan kumpulan mengikut cabutan.

Asalnya, mereka bercadang untuk membahagi kumpulan mengikut negeri, namun bila dikira secara individu, ada negeri yang lebih, ada negeri yang kurang peserta.

Untuk memberi kesamarataan dan keadilan, mereka reshuffle kumpulan. Mereka menyusun semula kumpulan mengikut kemampuan setiap individu.

Aku, Marina, Rafik dan Leman sekumpulan. Kebetulan. Kami berempat dapat duduk bersama. Bersama beberapa lagi peserta dari negeri lain.

Aku kira baik-baik. Tak cukup lagi ni. Masih kurang seorang.

Nama masih disebut.

Aku perhati betul-betul nama yang disebut Uncle.

"Humaira, Kumpulan G."

Aku ketawa. Ya, aku ketawa.

Ketawa sambil tertunduk, Humaira duduk sekumpulan dengan aku.

*****

Aku jadi manusia paling pendiam dalam kumpulan itu. Bila ditanya sepatah, sepatah aku jawab.

Aarrrgghhhhh sial betul la. Banyak lagi kumpulan, kenapa dia dalam kumpulan aku?

Shit!

Masa brainstorming logo kumpulan, aku biarkan saja yang lain memberi pendapat. Aku tak campur. Aku hanya duduk sambil memusing-musingkan marker pen.

Logo kumpulan aku buruk gila. Entah apa-apa. Mungkin sebab aku langsung tak beri idea. Atau aku dah takde hati nak duduk dekat sini.

*****

"Madi, kau nak makan tak?"

Humaira tegur aku. Untuk kali keempat selepas peristiwa meminta maaf itu.

Lebih baik dari sebelum itu.

Aku cuma menggelengkan kepala.

Aku nak balik. Aku dah tak suka duduk sini.

Tiba-tiba aku homesick.

Tiba-tiba aku rasa nak menangis.

Mama, angah nak balik..

"Makan la. Ni nasi awak ye?"

Balas Humaira sambil menghulurkan nasi kosong untuk aku. Belum sempat aku jawab, Marina datang dengan sepinggan nasi.

"Awak, ni nasi awak. Ada ayam goreng kegemaran awak."

Aku terus mengambil nasi yang Marina beri dan terus berlalu.

Aku perasan juga berubah airmukanya.

Aku toleh, nasi yang dah dituang untuk aku, dia tuang kembali ke dalam bekas nasi itu.

Aku masih marah ke?

Atau hanya sekadar ego?

*****

Hari kedua, kami diberi tugas untuk duduk di dalam hutan selama 2 hari.

Barang-barang keperluan seperti sardin, khemah, mancis, dan sebagainya di beri oleh fasilitator.

Lengkap.

Cuma kami tidak diteman oleh mana-mana fasilitator atau ranger hutan ketika ekspedisi itu berjalan.

Kami diberi peta, kompas dan tanda di setiap pokok bagi mengelakkan kami sesat.

Perjalanan melalui jalan darat, jalan kaki secara teknikalnya, memakan masa 3 jam. Dan kami dijadualkan tiba di kem perkhemahan pada jam 10 pagi.

DiaWhere stories live. Discover now