#56

3.6K 171 15
                                    

"Awak taknak bangun ke sayang?"

Aku masih menguis-nguis jarinya.

Betapa bebannya hati aku ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu.

Aku masih biarkan dia di sini.

Entah sampai bila, aku pun tak pasti.

Tanpa aku sedar, jarinya yang aku minati, perlahan aku lepaskan.

"Kalau dah tak kuat, pergi saja sayang. Abang relakan."

Badan Humaira menyentak.

Aku turut sama terkejut.

"Nurse!!"

Dua orang jururawat segera masuk ke dalam bilik itu.

Badan aku ditolak,

Dan tiga perkataan paling aku menyampah disebut,

"Encik tunggu luar."

*****

Beberapa orang sedang berbual di halaman rumah Haji Farid.

Ada yang tua, ada juga yang muda.

Betapa terharunya aku, bila aku lihat, agama sebenarnya menyatukan.

Saling bantu membantu, sapa menyapa.

Tidaklah buruk seperti aku jangka.

Aku mulanya agak kiasu dengan majlis sebegini.

Sangkaan aku, semua orang akan melabel aku sebagai ahli neraka.

Tapi atas bimbingan Haji Farid, beliau mengenalkan aku sebagai saudara yang baru dalam jihad menuju syurga, aku sedikit terharu.

"Tak melampau ke cakap saya macam tu? Saya ni banyak buat dosa."

Soalan itu terpacul keluar dari mulut aku.

"Takde manusia lahirnya mulia kecuali Nabi dan sahabatnya. Kita ni diuji pelbagai ujian. Kita manusia akhir zaman."

Perkataan akhir zaman agak menakutkan aku sebenarnya. Seolah tiada lagi kaum selepas ini.

"Betul ke kita ni manusia akhir zaman?"

Terpacul lagi soalan bodoh dari mulut aku.

Haji Farid menarik nafas.

"Nak, dalam Al Quran menyatakan nama Nabi-NabiNya sebagai garis waktu untuk setiap zaman. Adam, Idris, Nuh, Hud, Solleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Aiyub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan penutup segala Nabi dan Rasul adalah Muhammad. Tiada lagi Nabi selepas Muhammad sehingga menjelang kiamat. Di situ, kita sudah tahu, Muhammad adalah Nabi terakhir. Selepas Muhammad tiada lagi Nabi baru dan umatnya. Tidakkah itu di akhir zaman?"

Panjang lebar penjelasan beliau. Hati aku yang jahil sedikit terbuka dan berminat untuk bertanya lagi. Walaupun soalan bodoh.

"Tapi Haji, betul ke kiamat semua tu? Apa yang jadi?"

"Nak, tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Apa yang dijanjikan Allah SWT, maka itu akan terjadi. "Innakala tukh liful mi'ad", maksudnya, "Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." "

Aku kalah di situ. Tapi bila aku dengar bukti yang diberi, aku mula yakin, bahawa agama itu sebenarnya panduan hidup manusia. Kalau Hindu sanggup bercucuk badan demi Tuhan mereka, kenapa tidak aku? Bukanlah aku seorang pro agama, tapi relevannya, agama ini sebenarnya adalah satu panduan supaya penganutnya menjalani apa yang dituntut.

DiaWhere stories live. Discover now