#55

3.3K 148 10
                                    

Aku pandang kotak itu.

Didalamnya adalah baju-baju aku dan Humaira yang tidak bersesuaian dan berimejkan negatif.

Jari tengah, buah dada, simbolik lucah, politik, aku kumpul semua sekali baju-baju yang tak sepatutnya itu.

Botol berisi minyak tanah, aku tuang perlahan-lahan di atas kotak itu.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

Sebatang mancis dinyalakan.

Dan serta merta aku campakkan mancis itu di atas minyak tanah yang sudah membasahi kotak tadi.

Terbakarnya baju-baju itu, simbolik kepada penghapusan cerita dan sikap lama.

Aku biarkan api terus menjilat kotak itu.

*****

Humaira masih belum sedar.

Tindak balas positif pun masih belum kelihatan.

Aku raih tangannya.

Aku cium semahunya.

"Jangan mati dulu sayang.. abang nak bimbing kita semua ke syurga."

Bisik aku pada diri dia.

Berselang seli dengan nada sebak.

Kalaulah kau tahu betapa menyesalnya aku, mesti kau takkan tinggalkan aku.

"Cepat bangun sayang.."

Aku masih mencuba.

Bunyi mesin bacaan nadi berbunyi semakin perlahan.

Dan, makin perlahan.

Aku panik.

"Doktor?"

Sekali. Aku panggil doktor bertugas.

Lembab.

"Doktor!"

Hampir semua mendengar jeritan aku. Termasuk pesakit lain.

Barulah aku nampak, doktor bertugas bergegas datang ke arah aku.

Mesin itu makin perlahan. Aku memang bukan seorang yang berilmu medik, tapi kalau setakat dengar bunyi mesin itu, aku boleh agak.

"Encik keluar encik."

Beberapa individu masuk ke dalam bilik itu.

Aku sempat melihat wajah Humaira sebelum pintu ditutup kemas.


*****


Aku tak tunggu dalam wad. Aku turun ke bawah.

Merokok.

Sebatang rokok aku keluarkan.

Aku sedut dalam-dalam.

Asap keluar di hidung dan mulut.

Semakin berat helaan nafas aku.

Beerti jiwa aku penuh bebanan.

Rokok itu disedut lagi.

Aku pejam mata rapat-rapat.

Aku hembuskan asap keluar.

Seakan masalah keluar sama seperti asap tadi.

Lega.

Aku nyalakan sebatang lagi.

Dan tanpa aku sedari, habis sekotak rokok tadi.

"Habis dah?"

Aku berbisik sendiri.

Aku menggagau syiling dalam poket.

Ada RM 4.90.

Aku buka wallet.

Ada la sedikit. Penyewa baru bayar sewa rumah lama.

Mata aku mencari kedai berhampiran.

Jauh.

Aku malas nak fikir pasal rokok dulu.

Habis sedutan terakhir, aku masuk semula ke pagar hospital.


*****


Aku duduk di kerusi bersebelahan katil Humaira.

Bila agaknya pengakhiran ni?

Aku pun dah tak tau nak sedih macam mana.

Aku pun dah tak tau nak berperasaan apa.

Aku rasa kosong.

Hati aku kosong.

Kepala aku menunduk di sisi katil itu.

Badan di kerusi, kepala di sisi katil.

Bersebelahan tangan Humaira.

Aku keluarkan telefon.

Aku belek gambar-gambar.

Aku berhenti di satu gambar.

Entah kenapa, habuk dalam bilik ni macam banyak sangat. Asyik nak berair je mata aku. Cleaner hospital ni tak reti kemas barangkali.

"Sayang, ingat tak ni masa bila?"

Tak berjawab.

"Masa ni kita nak pergi kahwin."

Masih tak berjawab.

"Tapi abang mintak maaf. Orang lain kahwin berpakaian cantik. Awak cuma seluar jeans."

Humaira masih tak memberi respon.

"Tapi kan, cantik awak, cukuplah diterjemahkan dengan cara awak sendiri. Tak perlu melaram, awak dah cukup cantik untuk abang. Abang tak mintak lebih, abang nak awak sedar, dan berubah sebelum semuanya tamat."

Sepi.

Hanya bunyi mesin-mesin dan derapan kaki jururawat di luar.

"Bangunlah.."

Aku menggengam tangannya.

"Tak cukup ke tidur?"

Aku melawak hambar. Sambil tersenyum menahan tangisan.

"Abang tahu awak dengar. Tolonglah bangun."


DiaWhere stories live. Discover now