#36

4.5K 133 18
                                    

Malam tu aku berulang kali soal benda yang sama. Berulang-ulang kali.

"Maira, are you sure? Kita boleh bagitau mak abah, mama, semua."

"Awak bagitau abah, apa hasil dia?"

"Tapi kita boleh cuba, Maira. Saya boleh cuba."

"Awak nak cuba apa, Madi?! Awak nak dia lahir takde ayah? Oh, dah sedap, awak taknak bertanggungjawab?!"

"Maira.."

"Madi.."

Panggilan Humaira mengejutkan aku. Dah 18 jam berlalu, selepas pertemuan kami dan Leman. Sekeping kertas berserta nombor telefon dan alamat saudara jauhnya di Thailand, aku genggam erat.

"Betul ke apa aku buat ni?"

Getus hati kecil aku. Gundah gulana aku dibuatnya.

Signboard Padang Besar sudah mula kelihatan. Aku menghentikan kereta di tepi jalan bagi memeriksa segala dokumen untuk ke Thailand.

Passport, gambar passport untuk daftar pernikahan, kad pengenalan, lesen, cukai jalan, semua aku periksa satu persatu.

Mujurlah aku dan Humaira pernah menabung bersama. Ada la juga duit untuk kami hidup bersama.

Aku tahu apa aku buat ni salah. Tapi aku tak boleh buat keputusan sendirian. Aku perlukan jawapan Humaira sekali untuk aku buat keputusan.

Dan dia pun taknak hal mengandung ni diketahui mak bapak dia, aku boleh kata apa?

Jam 4.15 pagi

Mata aku barai mengantuk. Kalau aku tak lalu sempadan sekarang, makan masa aku nak berjalan ke Thailand. Aku dah la taktau apa-apa soal negara sana. Tak pernah terlintas aku nak jejak negara gajah putih tu.

Apatah lagi menikah dekat sana. Aku belek Google Maps. Cuba mencari peta perkampungan kecil di sebelah sempadan Malaysia-Thailand.

** penulis sengaja tidak menulis nama bandar, nama kampung, nama jalan supaya cerita ini tidak dijadikan ilham untuk pembaca yang dihormati keluar dan cuba berkahwin lari seperti yang dilakukan Madi dan Maira. Segala kesulitan amatlah dikesali **

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas dari Kuantan, aku akhirnya tiba juga di selatan Thailand pada subuh hari.

Gementar juga aku semasa melalui sempadan bagi pemeriksaan penuh oleh imigresen, muka garang imigresen Malaysia, dan beberapa kilometer pula pemeriksaan imigresen Thailand. Jenuh aku nak jawab soalan dia satu-satu.

Yelah, subuh hari masuk Thailand. Korang rasa?

Aku diperiksa seolah-olah aku menyeludup masuk barangan. Habis bonet kereta dibuka. Manalah tau ada tangki extra, konon aku penyeludup minyak agaknya.

Aku datang sini nak kahwin la cibai.

*****

"Meh masuk meh. Leman kabor doh mu orang nok mari. Jangang takut. Leman tu anok buah aku tu. Ngaji agame sesame. Masuk, masuk! Maknye! Buat ler air untuk tetamu kita ni!"

Sosok tua, yang bagi aku takdelah terlalu tua, aku berfikiran, dalam 60an barangkali, berdiri di depan rumah itu.

Aku belum sempat beri salam, kelibat orang tua tu dah muncul di pintu rumah. Barangkali mereka dah sememangnya tunggu kami. Aku genggam tangan Humaira. Aku takut sebenarnya.

Kalau apa-apa jadi pada kitorang, sorang pun taktau. Kecuali Leman. Tapi yelah, takkan aku nak muncul di depan muka surat akhbar harian Malaysia dengan tajuk yang bukan-bukan?

"Remaja mati dibunuh ketika dalam perjalanan kahwin lari", misalnya.

Nauzubillah. Mintak simpang.

"Mari. Toksoh la takut. Leman ada kabor doh ke pokcik, awok orang nok mari. Toksoh la buat muka luga gitu."

Sungguh, aku ni dekat Thailand ke dekat Kelantan?

*****

"Macam tu la ceritanya pakcik.."

Aku menceritakan semuanya pada Tok Salleh. Ya, nama dia Tok Salleh. Orang Kelantan, berkahwin dengan orang Thailand. Dulu, dia seorang askar Melayu kita. Lepas bersara, pindah sini. Dan terus menetap di selatan Thailand sampai ke hari ini.

"Erm, kiro lagu tu, pakat buleh la. Pokcik tulong awok orang. Pokcik anggap sapo hok kawan dengan Leman, anok pokcik tu, kiro anok pokcik jugok deh. Awok orang mandi siap. Pokcik bawok g sejid."

Aku beri isyarat pada Humaira. Rumah sederhana besar itu, namun lengkap segala isi rumahnya, menjadi teratak Tok Salleh dan isteri.

Humaira bangun, dan bersiap. Aku sekadar mencuci muka dan memberus gigi.

Hati aku berdebar.

Berdebar yang aku tak pernah rasa sebelum ini.

*****

"Sah?"

Soal tok kadi kepada kedua-dua saksi, di kiri dan kanannya.

"Sah."

Jawab lelaki tua itu dengan tenang. Terpancar kelegaan di raut wajah aku. Alhamdulillah kerana selamat diijabkabulkan.

Setelah apa yang berlaku, aku akhirnya sah menjadi suami kepada Humaira. Setelah kebencian yang berlaku pada 2008, kini aku suaminya.

Tapi, jauh di sudut hati aku, ada sesuatu yang berlegar di fikiran. Status sijil perkahwinan dia yang dikeluarkan kerajaan Thailand, dapatkah aku dan dia menjalani hidupnya dengan sempurna?

Dipandang wajah isteri yang baru saja dinikahi, aku berasa tenang.

"Takpelah, aku menikah sah. Walau Siam sekalipun, aku ada akad ijab. Harap takde apa-apa yang merunsingkan.", getus hati kecil aku.

Jari manis Maira, disarungkan sebentuk cincin. Cincin tersebut tidaklah semahal mana, tapi, atas dasar cinta dia pada aku yang sah, dia tidak mempertikaikannya sampai dia sanggup lari ke Thailand utk membina masjid dan keluarga.

Cuma aku masih risau, dapatkah keluarga kami terima perkara ini?

DiaWhere stories live. Discover now