#18

4.5K 167 15
                                    

Humaira masih memandang ke luar tingkap.

Apa yang patut aku buat?

"Maira.."

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Berhadapan dengan Stadium Darul Makmur.

Malam tu, trafik tidak sesak, jadi aku menghentikan kenderaan di situ.

"Maira.."

Aku memanggilnya sekali lagi. Panggilan pertama aku tak disahut.

Humaira menoleh, tapi rambutnya menutupi mulutnya. Seolah dia menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa dengan rambut tu?"

Aku cuba menarik tangannya.

Humaira menolak.

Dapat juga aku sentap tangannya, aku lihat kesan lebam.

Tak lama, aku terus mengalirkan airmata secara perlahan-lahan.

"Ya Allah.. Maira.. aku tak sengaja."

Humaira sekadar menggelengkan kepalanya. Aku tak pasti apa maksudnya, tapi aku tetap rasa bersalah.

"Maira, maafkan aku. Aku tak sengaja. Sumpah."

"Nothing lah awak. Saya kena belajar, bila orang dah tak suka, macam-macam cara saya akan lalui. Kena tengking pernah, kena sindir sudah, kena tampar pun dah rasa."

Pedih betul ayat dia.

Aku terlalu kejam ke?

Aku tak membalas kata-katanya. Aku yakin, malam ni penamat segalanya.

Tapi aku nak minta maaf juga, properly.

"Maira, aku bawak kau jalan-jalan Kuantan ye malam ni? Kita jalan dengan kereta je. Aku tunaikan apa kau nak sebelum kau pergi dari aku."

Humaira tak membalas. Cuma dari anak matanya, aku dapat lihat, dia bersetuju.

Gear 1 dimasukkan, dan kereta meluncur semula di jalan raya itu.

Pelbagai gelagat aku lihat malam itu. Ada yang bergembira, ada juga yang sugul. Pelbagai cerita aku lihat. Termasuk aku sendiri.

Orang lihat, kami sebagai pasangan.

Dan sebenarnya, kami bertegangan urat.

Begitulah drama kehidupan. Kan?

Kereta aku berlegar di sekitar bandar Kuantan. Dari Tanjung Lumpur menuju ke Teluk Chempedak, dari Alor Akar menuju ke Bukit Sekilau.

Sampai aku dah taktau nak ke mana lagi, aku menuju ke Taman Esplanade, berhadapan dengan hospital.

Aku mengajak Humaira keluar, duduk di bangku di tepi sungai itu.

Dia bersetuju. Yelah, ini malam terakhir aku dengan dia. Lepas ni, secara rasmi, aku akan berpisah terus dengan dia.

Bila aku lalui saat tu, aku mula rasa, betapa bersungguhnya dia mencari aku.

Betapa sayangnya dia pada aku.

Tapi, apa aku dah buat?

Aku runtuhkan segala usahanya satu persatu.

Aku jadi manusia yang tak berperasaan.

Paling tepat, aku ego.

Dan, aku mula rasa, ego memakan diri.

Kalaulah aku tak marah-marah, dia mesti tak rasa macam ni.

Kalaulah aku tak naik tangan, sekurang-kurangnya dia akan sentiasa menghubungi.

DiaWhere stories live. Discover now