#7

5.7K 205 36
                                    

"Madi! Macam mana kalau kita mati dekat sini?"

Airmata Humaira mengalir laju. Semakin laju berbanding tangisannya sebelum ini. Semakin deras linangannya.

Aku jadi simpati.

Aku kaku.

Aku tak boleh janji.

Tapi, takkan aku nak mati dekat sini?

Aku pun nak balik.

"Maira, jangan cakap macam tu. Aku ada ni. Aku akan cari jalan untuk kita berdua balik. Aku takkan biarkan kita berdua dekat sini lama-lama. Kau faham tak?"

Humaira mengangguk.

"Can I hug your arm? I'm scared Madi. So much."

Aku tak melarang. Dan aku pun tak mengizinkan sebenarnya. Tapi aku nak dia bertenang. Bila dia menggelabah, aku sejuta kali cuak.

"Kau tidur dulu Maira. Nanti ada orang datang cari kita, ye?"

Humaira mengangguk. Aku cuba lepaskan pelukan kecil itu. Dia memeluk semakin kuat.

"Jangan pergi mana-mana. Please."

Aku pandang dalam-dalam wajah dia. Aku kesian. Aku risau.

"Kau tidur je dulu, Maira. Aku pasangkan khemah sekejap okay?"

Humaira mengangguk. Aku bangun dan terus mencapai beg.

Khemah seluas 4 orang dewasa aku dirikan, untuk keselesaan dia. Aku bukanlah hero kepada gadis, bukan juga kaki mencuba segala perempuan, aku just simpati. Aku jalankan tanggungjawab aku sebagai lelaki.

In this situation, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai manusia. And, yes bukan untuk dapat nama or mahu diingati.

Tidak.

Aku cuma buat kerana aku masih berperikemanusiaan.

"Maira, bangun. Masuk dalam khemah."

Humaira menggosok-gosok matanya. Terkebil-kebil sambil masih mamai dibuai lena.

Jam dah hampir pukul 11 pagi. Lewat sejam dari waktu ketibaan kami yang sebenar.

Aku dapat rasa, mereka semua sedang giat mencari kami berdua.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku ada bawak roti dengan kaya ni. Tapi.."

"Tapi kau takut, kita sesat lebih lama dan takde makanan kan? Aku faham, Madi."

Humaira mencelah. Aku dapat rasa dia dah dapat agak ayat yang aku ingin sebut. Tapi, takkanlah tak makan langsung kan?

Malas nak bertanya pada dia, aku sapukan kaya di atas sekeping roti, dan dilipat dua, kemudian aku hulur pada dia.

"Are you sure?"

Aku mengangguk. Dan aku terus mengemas kembali roti tadi. Aku takut, makanan kami habis sebelum tiba pasukan penyelamat.

Aku taknak terus sesat dan kelaparan!

"Eh, kau tak makan?"

Aku menggeleng. Sambil aku menyemak stok makanan di dalam beg aku, roti dan 3 tin sardin, aku mempertimbangkan semula.

"Madi, nah, kita kongsi eh?"

Humaira mengoyakkan roti itu kepada dua. Aku diam.

"Susah sama susah, senang sama senang, kan kawan?"

Humaira mengukir satu senyuman.

Hari tu pertama kali aku hanyut dengan senyuman dia.

Entah, selama ni aku tak pernah peduli pun senyuman dia. Hari tu aku rasa lemas.

"Thanks Maira."

"No thanks, saya patut cakap terima kasih pada awak. Tanpa awak, saya tak tau la sekarang ni dekat mana. Then, saya pun taktau la saya dapat balik jumpa mak abah saya ke tak.."

Suara Humaira semakin mengendur. Sebak datang semula.

Aku segera menghabiskan roti tadi.

"Jangan la menangis, Maira. Kau tau tak aku paling lemah dengan perempuan menangis ni?"

"Kenapa pulak?"

Humaira pelik dengan jawapan aku, namun tangisannya masih belum reda.

"Sebab aku rasa aku tak boleh lindung perempuan."

"Waaaa!!"

Humaira menguatkan lagi tangisannya. Tapi, entah benda dia buat, sambil menangis sambil ketawa tengok aku.

"Hehehe, kelakar gila dok jawapan kau!"

Masih menangis, boleh pulak tu dia ketawa.

"Kau ni nak ketawa, ketawa je. Nak menangis, menangis je."

Aku pulak rasa seram sejuk. Pelik. Takut.

"Awak.. janganlah cakap kau aku."

Humaira mencebikkan bibir. Aku jadi makin pelik. Kitorang ni sesat dalam hutan sampai jadi gila ke?!

"Hish, kau ni kenapa Humaira? Aku takut ni. Kejap menangis, kejap ketawa, kejap saya, lepas tu kang mintak panggil saya awak. Kenapa dengan awak ni?"

Humaira merapati aku. Rapat. Aku cuba mengelak, tapi aku terperangkap di penjuru akar pokok besar itu.

"Humaira.."

"Ye?"

"Go away!"

"Hahahaha."

Bibir dia yang betul rapat dengan aku tadi ditarik kembali. Rapat, tak bersentuh.

Aku kaget.

Gila ke apa budak ni?!

"Madi.."

Aku menoleh, masih terkejut. Cuak. Gabra. Menggelabah tak habis lagi. Terketar-ketar tangan aku. Masih ketakutan.

Sial, macam ni ke rasanya bila perempuan kena rogol?

Astaghfirullahalazim.

"Madi.."

Humaira memanggil lagi.

"Apa?"

"You are a gentleman. Saya puji awak. Dingin awak, sombong awak, sebenarnya takde nilai buruk. Awak memang lelaki sejati."

"Amenda kau merepek ni?"

"See? Awak ego. But it's okay. Sooner or later, awak akan biasa dengan 'saya awak' ni. And, I thank to God, sebab sesat dengan awak. Awak tak ambil kesempatan. Awak jaga saya dengan baik. Awak tak cuba buat benda bukan-bukan pada saya. Awak memang lelaki sejati. No wonder la, Marina pun suka awak. Dalam diam, ada satu benda yang sebenarnya jadi tarikan dalam diri awak."

Amenda pulak dia ni membebel? Apa lelaki sejati bagai ni?! Kita dalam hutan ni tau tak?! Lupa dah ke kita sesat?

"Apa awak ni? Bebel entah apa, takde point."

"See? Awak dah start adapt 'saya awak'."

"Kalau betul saya jahat tadi, macam mana? Takde yang nampak tau."

Aku cuba menepis pendapat dia soal lelaki sejati bagai tadi.

"No, you don't. Your eyes, you such a good man. A good person. Even kalau awak nak pun, awak mintak baik-baik. Kan?"

"Meh, saya nak. Saya tak tahan awak buat macam tu tadi."

Aku menarik tangannya. Aku pegang erat lengan dia.

"Hey, apa awak ni?!"

"Butoh la awak bagi! Butoh! Butoh!"

Dan aku terus beredar pergi dari Humaira sambil membebel seorang diri. Senang betul dia judge aku.

Aku bukan la kata tak suka kalau dia label aku sebagai orang baik-baik, tapi itu kerja gila.

Aku manusia la. Ada nafsu!

"Bangang punya pemikiran!"


DiaWhere stories live. Discover now