#39

3.8K 151 20
                                    

"Abang..."

Maira menangis. Sebenarnya dia terlalu takut untuk balik. Begitu juga dengan aku. Takut. Gementar.

"Kita balik ye sayang?"

"Abang, Maira takut, abang.. janganlah macam ni.. nanti kita balik la."

Maira merayu sehabis mungkin di belakang badan aku.

Sesekali aku dengar selitan esakan di hujungnya.

Aku berpusing, sambil mengusap pipinya.

"Sampai bila kita nak macam ni?"

"Sampai bila-bila, abang.."

Tak boleh.

Aku tak boleh buat macam ni..

Aku usap perut Maira. Rasai setiap gerak anak yang bakal lahir.

Ya Allah.. hibanya aku rasa saat itu.

Aku bayangkan jika anak ini turut lalui apa yang Maira lalui. Terpisah dengan keluarga. Aku bimbang, karma akan menghukum.

"Abang tak boleh ikut apa awak nak kali ni, Maira. Kita balik."

Aku bertegas. Aku suami. Aku lelaki.

Aku kena tunjuk pada dia, akulah ketua.

Maira kembali menangis. Aku pimpin tangannya, kemas baju yang ingin dibawa ke sana.

*****

"Bismillahirrahmanirrahim.."

Enjin kereta dihidupkan.

Aku pakaikan Maira tali pinggang. Sempat juga aku cium perutnya. Lagi 2 bulan, aku bakal jadi ayah. Aku tak sabar.

Perjalanan ke kampung Maira memakan masa yang agak lama. Hampir 4 ke 5 jam. Kalau bukan kerana Maira mengandung, aku dah lama pecut.

Dalam kereta, aku tak habis-habis memikirkan soal masa depan dan hala tuju kami bertiga. Aku, dia dan baby.

Maira cuma diam. Sesekali aku usap perut dia, sehingga dia terlena.

Seingat aku, masa tu dekat Mersing. Dah menuju ke Kota Tinggi. Jalan agak sunyi. Bertemankan lori dan beberapa kereta.

Aku yang ketika itu cuba mencari gula-gula, membelek dashboard di sebelah.

Entah bila,

Entah dari mana,

Aku termasuk jalan sebelah.

*PIIINNNNNN!!!*

Jeritan hon lori itu mengejutkan aku.

Dan..

Aku kemalangan.

*****

"Madi, awk smbg bljr kat mane 6ti?"

"Sape ni?"

"Sy lah."

"Sape?"

"Maira."

-

"No, you don't. Your eyes, you such a good man. A good person. Even kalau awak nak pun, awak mintak baik-baik. Kan?"

"Meh, saya nak. Saya tak tahan awak buat macam tu tadi."

"Hey, apa awak ni?!"

"Butoh la awak bagi! Butoh! Butoh!"

-

"Jangan lebih marah dari sayang..."

-

"Cause the hardest part of this, is leaving you.."

"Maira!!!!!!"

Aku tersedar dari lamunan.

Humaira. Mana Humaira?!

Nurse yang berhampiran datang menenangkan aku.

Boleh tahan rontaan aku sehingga aku nekad tanggalkan jarum air di tangan aku.

"Isteri saya mana?!"

"Encik, rehat encik. Encik masih dalam keadaan trauma ni."

Nurse yang aku tak ingat lawa ke tak, berulang kali pujuk aku.

Aku tak peduli. Aku keluar cari Maira.

Beberapa doktor turut mengejar.

Selangkah.

Dua langkah.

Aku pengsan.

*****

"Nurse, give him a sedatif. Kalau-kalau dia terjaga lagi, make sure dia dah cukup bersedia."

Aku dengar apa yang dibualkan doktor tadi. Cuma aku tak kuat.

Aku tak boleh buka mata.

Aku dah mati ke?

Aku nampak Humaira. Jauh di suatu tempat. Dia juga berpakaian hijau macam aku. Pakaian hospital.

Bezanya, dia sedar.

Dan aku tidak.

Aku rasa diri aku di awangan.

Mati, tidak.

Sedar pun tidak.

Entah berapa lama aku rasa macam ni, aku tak pasti.

Sampailah satu hari, aku rasa mengantuk.

Dan aku terlelap..

*****

Aku buka mata untuk kesekian kalinya.

Aku terkebil-kebil.

Aku pandang kiri kanan.

Aku dapat rasa, ini dunia sebenar.

Aku tidak lagi khayal.

Aku tidak lagi di awangan.

Aku tak pasti itu kesan sedatif ataupun kesan koma?

Aku tak ingat.

Dalam pada aku terkebil-kebil sorang diri, aku dihampiri nurse.

"Awak dah sedar?"

Kemungkinan kehadiran dia cuma datang untuk rutin, tapi bila nampak aku dah sedar, dia terus panggil doktor.

Seorang doktor muda, aku rasa dalam lingkungan awal 30an, datang ke katil aku.

"Isteri saya mana, doktor?"

"Ada. Dia sihat. Selamat."

"Boleh saya jumpa dia?"

"Kita tunggu sampai awak dan dia cukup sihat. Boleh?"

"Saya sihat, doktor."

"Ya saya tahu.."

"Jadi, bolehlah saya nak jumpa dia?"

"Madi.. anak dalam kandungan dia dah takde. Saya minta maaf.. kami dah cuba sedaya upaya kami.."

Aku kelu.

Aku menangis.

P/S: Jalan cerita episod kali ini cukuplah sampai di sini. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sukar untuk saya teruskan. Kita jumpa di lain episod. Terima kasih.

DiaWhere stories live. Discover now