Tribute

3.7K 84 10
                                    

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca."

- Usman Awang, 1979.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang ada dan satu tunduk hormat untuk anda semua dari saya.

Guru atau lebih dikenali sebagai cikgu adalah insan paling rapat dengan kita, mungkin juga berbelas tahun kerana tugasnya yang membentuk sahsiah dan jati diri seseorang manusia.

Sehebat mana pun kita sekarang,

Sebagus mana pun kita hari ini,

Kita dimulakan dengan langkahan pertama didikan seorang guru.

Tak lupa kepada guru-guru saya yang terlalu banyak, berbelas, mungkin berpuluh, atau mungkin juga beratus.

Saya ucapkan terima kasih tak kiralah sama ada guru itu adalah seorang guru secara sah ataupun guru yang tidak langsung.

Mungkin kita belajar suatu benda kemahiran yang baik dari seorang rakan, yang mahir dalam membaiki kenderaan, itu juga dipanggil guru.

Sesiapa sahaja yang telah memberi kita ilmu, dia adalah guru.

Dalam bidang penulisan, saya berterima kasih setinggi-tinggi, jutaan terima kasih yang tak terhingga untuk Puan Mizom, guru Bahasa Melayu pada tahun 1999, ketika saya yang masih alpa dan leka bermain, ketika itu di darjah satu, cikgulah yang sabar mengajar saya penggunaan suku kata, ejaan dan tatabahasa sehingga bertahun lamanya.

Bila saya mula menguasai minat dalam penulisan, saya mula bertukar guru. Puan Jamilah, yang banyak mengajar saya penggunaan kata kerja yang lebih sesuai di suatu masa. Beliau mengajar saya erti bahasa. Bahasa yang digunakan sehari-hari, beliau ajar membungakan bahasa ini agar lebih menarik.

Masuk ke sekolah menengah, saya bertukar-tukar guru berpuluh kali kerana berpindah sana-sini.

Tapi, masih segar di memori saya, Puan Nor Asyikin, guru Bahasa Melayu saya yang turut mempamerkan skill mengajar yang berbeza. Beliau punyai cara dan gaya mengajarnya tersendiri yang buat saya semakin aktif.

Saya mula menceburi penulisan dengan lebih agresif, lebih profesional.

Selebihnya biarlah disimpan, dikhuatiri menjadi riak, itu juga pesan beliau.

Tak lupa juga kepada En Muhamad Nasri Mustafa Helmi, guru lagenda Bahasa Melayu ini yang menyuntik cara penulisan yang lebih matang. Dan saya akui, gaya penulisan yang sering meninggalkan kesan rabak di hati, saya belajar dari insan yang cemerlang ini.

Namun, seiring dengan umur saya yang ketika itu beranjak dewasa, saya mula bersikap angkuh. Markah yang tinggi dalam penulisan membuatkan saya bersikap sombong di antara rakan-rakan.

Dan sikap itu merebak menjadi semakin parah. Sikap yang semakin keterlaluan mula terlihat.

Dan beliau jugalah, En Muhamad Nasri, guru Bahasa Melayu, dan juga Guru Disiplin menjalankan tugasnya - selain dari mengajar di kelas.

Nasihat, kaunseling, dan akhirnya saya mula mengerti, apa erti diri sendiri.

Terima kasih buat semua guru yang lain contohnya Puan Khadijah Baharum, guru Matematik yang mengajar hukum hakam ilmu hisab secara fakta dan sahih, Puan Anisah Tawang guru Sejarah dan kerana cikgu saya masih mahir dan mampu menyebut satu persatu bahan mentah utama ketika kemasukan India di Tanah Melayu, Perjanjian Reid, dsbg. Tak lupa juga kepada cikgu memandu saya, Puan Ani dan arwah suaminya, En Hashim yang mengajar saya skill memandu selamat, yang mengajar saya erti bahaya memandu ketika mengantuk, bermain telefon, tidak memakai tali pinggang keledar, gunakan signal di waktu yang sesuai serta menghormati pemandu lain.

Serta guru, cikgu, ustaz, ustazah yang lain di mana saya tak berkesempatan menyenaraikan semua sekali di sini, terima kasih.

Terima kasih semua kerana pernah mendidik dan membentuk diri ini sehingga menjadi sesuatu yang sekurang-kurangnya boleh dibanggakan.

Happy Teachers Day to all teachers in Malaysia. Thanks for the knowledge that you had give to us.

 Thanks for the knowledge that you had give to us

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Shahrin Ezzat
14 Mei 2016

DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang