#54

3.5K 155 16
                                    

Dalam perjalanan balik, kepala aku asyik terfikir je dekat Humaira.

Aku takut. Risau.

Sebab aku pernah tengok keadaan kawan aku, Daud.

Hilang isteri dia buat selamanya.

Yang tinggal hanya Rania. Anak dia yang nasib baik sempat diselamatkan dari kandungan arwah isteri dia.

Separuh gila jugak aku tengok Daud masa tu.

Aku taknak nanti aku pun lalui benda macam tu.

Tapi siapalah aku nak lawan takdirNya?

Tapi tak pula aku lihat perasaan mengalah dalam diri Daud, mahupun Adam. Masing-masing kuat dalam menempuh dugaan.

Masing-masing seakan tidak mengalah dengan ujian.

Ya, jawapannya kerana percaya, dugaan tidak akan diberi jika tidak boleh ditangani.

Aku malas nak fikir terlalu banyak. Aku buka radio.

"Silau FM. Bla bla bla.. Ya, bersama saya DJ Haz, akan menemani malam anda sehingga jam 6 pagi nanti. Sebelum itu, jika anda ada pesanan pada sesiapa yang anda ingin sampaikan pesanan, kot la anda nak sampaikan pada crush, tapi anda malu, boleh telefon kami di talian, 03 4434 7887, dan ini dia pemanggil yang pertama.... hallluuuu?"

Aku terus capai telefon. Aku dail nombor tersebut.

Radio masih berbunyi. Pemanggilnya seorang perempuan. Sampaikan pesanan pada tunangnya yang berada di sebelahnya.

The fuck.

Aku matikan radio. Sebelah tangan memegang stereng, sebelah lagi memegang telefon.

Lama juga aku tunggu giliran.

Tiba giliran aku. Panggilan disambung ke konti DJ tersebut.

"Hello?"

"Ya, DJ Haz di sini, siapa di sana?"

"Madi."

"Ya, Encik Madi, ada apa-apa pesanan nak disampaikan?"

"Saya nak sampaikan pesanan pada mak, abah, mama, Alia, abang, saya mintak maaf sebab tak balik rumah. Mintak maaf sebab buat keputusan tak pernah ikut nasihat keluarga. Buat Humaira, tolonglah sedar cepat, abang tak sanggup lagi dengan keadaan macam ni. Kita sama-sama baiki semula jalan hidup yang tak tentu arah ni."

"Erm.. dugaan yang datang adalah kerana menguatkan kita di muka bumi ini. Harap Encik Madi, bertabahlah.. ada apa-apa lagi pesanan?"

"Itu sahaja. Terima kasih."

Aku matikan telefon. Dan membuka kembali radio.

Suara DJ tadi masih kedengaran. Berceloteh itu ini.

Tapi tiada siaran tentang pesanan aku.

*****

Kepala aku rasa lega sedikit lepas mandi. Segar.

Sekurang-kurangnya aku tahu, masih ada orang senasib dengan aku.

Daud dan Adam contohnya.

Kalau Daud boleh kuat semangat selepas kehilangan isteri, kenapa tak aku?

Kalau Adam masih boleh tersenyum selepas apa yang terjadi pada isteri dia, kenapa tak aku?

Aku je yang mungkin terlalu melayan perasaan.

Terlalu ikut kata sedih dalam hati.

Aku masuk ke dalam bilik.

Baju-baju bersepah.

DiaWhere stories live. Discover now