#20

4.8K 140 11
                                    

Aku masih terkejut. Seakan tak percaya apa yang aku baru lalui.

Kelibat Humaira sudah jauh.

Masih terasa kemanisan bibirnya di bibir aku.

Aku hanyut seketika.

Hanyut dalam ciuman pertama kali aku dan dia.

Dan aku tak melawan.

Tak melawan macam saat dan ketika dahulu.

Sebaik sahaja kelibat Humaira hilang, aku terus menekan minyak dan terus pergi dari bangunan asrama itu.

Sepanjang perjalanan, aku kebingungan.

Kebingungan dalam senyuman.

*****

4.34 pagi.

Aku masih tak boleh lelapkan mata.

Ciuman Humaira betul-betul menyesakkan dada.

Ciuman Humaira juga betul-betul menyesatkan aku seketika.

Seketika juga, aku lupa betapa bencinya aku pada dia.

Seketika juga, aku lupa betapa dayusnya aku lakukan pada dia.

Aku lupa.

Aku tersenyum sendiri.

Bila aku terlalu memikirkan dia, aku mula rasa,

Aku dah jatuh cinta semula.

2009

"Tangan kanan awak ni patah. Awak menulis tangan kanan ke kiri?"

Doktor Ramu, doktor berketurunan India itu menjadi penasihat kesihatan aku.

Kepala aku bengkak.

Tangan aku patah.

Lesen aku digantung memandangkan aku masih lagi 'P'.

SPM pula tinggal beberapa hari.

Dalam kepala aku bukan soal semua ni.

Aku terlalu fikirkan Humaira.

Aku rindukan dia.

Tapi dia langsung senyap dari aku.

Aku mengelamun, dan aku tersasar dari jalan merempuh ke atas pembahagi dan berhenti selepas melanggar tiang lampu di depan Kamdar.

Darah keluar dari hidung.

Aku dapat rasakan, seolah otot badan aku tak mampu bergerak.

Aku pengsan.

Setelah aku sedar, aku dah pun berada di hospital.

2009 tahun aku jadi manusia paling worst.

Dengan kegagalan SPM aku pada tahun 2010, selepas keputusan keluar, 2010 juga antara tahun yang menjadi titik tolak kebangkitan aku dari kegagalan.

2010

"Kat mane?"

Aku menghantar pesanan ringkas kepada Humaira.

Setahu aku, harini dia akan balik JB selepas peristiwa penjelasan antara kami berdua malam tadi.

Tak berbalas.

Aku menunggu lagi. Selepas apa yang berlaku, aku belajar untuk bersabar.

Aku mula rasa kerugian bila aku sentiasa memberontak.

Cukuplah, cukuplah sampai di situ sahaja keras kepala aku.

"Terminal."

Humaira membalas pesanan ringkas aku.

DiaWhere stories live. Discover now