Final Author's Note

4.3K 139 24
                                    

Assalamualaikum, salam sejahtera, sawadikap, kabare?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, Dia habis jua hingga ke penamatnya. Mula ditulis pada September 2015, diterbitkan sekitar bulan tersebut, dibaca hampir 122 000 pembaca, rata-rata adalah pembaca seusia aku, dan ada juga beberapa yang lebih tua, seorang cikgu, penulis bebas, pelajar sekolah, penganggur, dan pelbagai lagi jenis pembaca novel ini, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca novel tak seberapa ini dari awal hingga ke akhir.

Seperti malam yang dihiasi bintang, begitu juga hari-hari aku. Setiap kritikan dan saranan yang positif, setiap komen yang memberi impak keterujaan, boleh diibaratkan sama seperti bintang yang menghiasi langit malam.

122 000 viewers, wow.. Ia suatu angka yang tidak besar mana pun, tapi bagi aku, satu angka yang agak besar berbanding penulisan aku sebelum ini. Aku agak terkejut juga penerimaan buku ini pada mulanya.

"Buku noob macam ni ada ke orang nak baca?"

Itu adalah antara ayat yang terlintas di kepala aku sebelum aku terbitkan di sini. Takut, risau, paranoid dengan penerimaan orang, akhirnya aku memberanikan diri untuk terus menulis dan menulis dan akhirnya tamat.

Walaubagaimanapun, seperti yang diketahui, Dia sudahpun tamat, dan sekali lagi, orang bertanya, apakah genre penulisan aku sememangnya begini? Gembira pada awal, klimaks di pertengahan, dan sedih di pengakhiran. 

Jawapan aku, ya. Memang beginilah jenis penceritaan aku. Dan aku adaptasikan dari kehidupan sebenar. Yang kehidupan ini tidak akan selalunya indah. Betul bukan? Biasakan diri dengan dugaan, nescaya di kehidupan realiti, anda tidak menanti keajaiban.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan, rakan penulis terutama @mariaxohx  yang sudi meminjamkan watak dan karekter Adam dan Uqasha sebagai cameo di dalam buku tidak seberapa ini. Tidak kurang juga pendapat yang disalurkan oleh beliau, serta pembaca-pembaca lain. Sesungguhnya, tidak ada yang lebih bernilai dari kesetiaan korang semua. Ecewahhhh!

Jangan lupa datang dan beli Uqasha 1 dan 2 di PBAKL bertempat di MAEPS, Serdang pada 1 dan 2 Mei ini nanti untuk bertemu dengan Maria secara langsung!

*promosi terhad sehingga ke tarikh berkenaan*

Maka dengan ini, aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tulisan Dia ini.

Terima kasih.

I love you all!

"Tanpa lu, gua dysfunctional." - BraderLeplep

DiaWhere stories live. Discover now