#15

5K 174 18
                                    

2008

That if you say,
Goodbye today,
I ask you to be true,
Cause the hardest part of this is leaving you...


Lagu dari My Chemical Romance itu aku nyanyikan sempena hari terakhir di kem itu. Bersama aku, Humaira dan seluruh ahli kumpulan, aku menyanyikan sambil memetik gitar.

Peristiwa ini adalah salah satu best memories aku.

Pada orang lain mungkin ia simple.

Pada aku, ia indah.

Bukan kerana Humaira,
Bukan kerana Leman,
Bukan kerana sesiapa.

Mungkin kerana aku sahaja.

Aku tak ramai kawan.

Aku juga tak mudah berkawan.

Aku sendiri yang jarakkan diri dengan orang.

Tapi, kem ni betul-betul mendidik aku, pentingnya kewujudan orang lain dalam hidup kita sebenarnya. Tak semua benda kita boleh survive sorang. Tak semua benda kita mampu buat sorang.

Kalau aku sesat sorang dulu, aku tak rasa aku masih hidup.

Kalau aku tak bergaduh dengan Humaira dulu, aku tak rasa aku akan lalui benda ni.

Paling penting, kalau mak tak suruh pergi kem tu dulu, aku tak dapat pun kenal semua ini.


2009

"Cause the hardest part of this is leaving you.."

Bait lirik lagu itu aku taip di ruang pesanan ringkas telefon bimbit aku. Berulang kali aku baca. Berulang kali juga aku fikir.

Patut ke aku hantar mesej ni?

SPM dah habis dah pun, tapi Humaira masih tak aku dengar khabar beritanya.

Aku tunggu.

Aku pilih untuk menunggu.

Walaupun sebenarnya aku sedar, penantian itu suatu penyeksaan.

Aku tatap lagi mesej itu.

Aku pejamkan mata.


Aku padam semula mesej itu. Aku akan tunggu.


2010

"Madi, esok kita habis induksi, saya tak balik rumah tau. Awak ada plan?"

Lamunan aku hilang bila soalan itu diaju oleh Humaira.

Aku keliru.

Apa yang dia mahu sebenarnya? Apa yang dia fikirkan sebenarnya?

"Takde."

"Saya nak jalan-jalan dekat Kuantan ni. Bawak saya boleh?"

Tiba-tiba, aku diserang perasaan yang aku tak faham.

Marah. Ya, aku marah.

Cuma aku tak faham kenapa aku marah.

Mungkin kerana Humaira.

Dia buat macam takde apa-apa je.

Dia buat bodoh.

Sakit betul hati aku!

"Pergilah sendiri."

Airmuka Humaira berubah. Aku tak peduli pun. Aku tahu dia terasa. Habis, aku macam mana? Tiba-tiba dia boleh datang sini? Apa yang dia dah rancang sebenarnya?

Oh, okay aku dah faham.

Patutlah dia pernah tanya aku dulu, aku akan sambung belajar dekat mana!

Hati aku berbunga sekejap.

Tapi, tapi.. kalaulah aku menipu dulu, dia mesti seorang diri sekarang.

Aku jadi serba salah pula. Andaikata la kan, aku tipu dia dulu, mesti dia rasa tertipu gila.

But, she left me..

Perasaan apa yang aku rasa sekarang ni?

"Madi, boleh tak saya minta satu hari nanti, kita dapat berbincang semua ni dengan lebih elok? Look, saya tahu, awak masih marah. Saya masih rasa kedinginan awak tu, sama macam hari pertama kita jumpa dulu. Dan saya pernah rasa juga, ceria dan kelakar dari diri awak. Saya mintak sangat, satu hari nanti, awak dah tak macam ni. Saya rasa teruk."

Good, kalau kau rasa kau teruk. Memang tu aku nak tahu.

Aku balas senyuman pada dia.

Sinis.

"Madi.."

Humaira menarik lengan aku.

"Apa awak ni?"

Aku menarik lengan aku semula. Dan aku berpeluk tubuh. Rajukku tak ubah macam budak kecil.

Memang, aku tak cukup kasih sayang. Abah selalu takde untuk aku. Semua orang tak selalu ada untuk aku.

Dia pun pilih untuk tinggalkan aku.

Memang aku merajuk.

Memang aku sedih.

"Madi.. sayang, janganlah macam ni. Awak ingat lagi kan, saya pernah janji akan cari awak semula?"

Aku mendiamkan diri. Angguk tidak, geleng pun tidak.

"Today is the day, Madi. Saya datang dari jauh semata-mata nak jumpa awak. Saya nak dekat dengan awak. Saya nak sentiasa ada dengan awak. Saya dapat UKM, saya tak pergi pun awak. Saya pilih untuk duduk dekat Kuantan, dekat dengan awak."

Aku terkedu seketika.

Aku cuba bersuara, tapi dipotong oleh Humaira,

"Saya tahu, saya buat silap. But, now saya dekat sini. Saya tak reti macam perempuan lain yang nak merajuk balik bila someone she love merajuk. Saya tak pandai macam tu awak. But, please, jangan terus macam ni. Saya minta maaf."

Aku taknak terperangkap lagi dengan janji manis dia. Aku dah terkena dulu. Aku serik yang teramat.

"Awak, tolonglah, untuk masa sekarang dan mungkin akan datang, tolonglah beri saya pula ruang untuk saya. Saya entah nak ambil SPM Julai ke, siapa tahu kan? Maklumlah, SPM hancur sama hancur dengan hati saya tahun lepas."

Aku sindir ayat-ayat dia.

"Jangan menangis, saya berhenti kolej ni nanti."

Kolam airmata Humaira sudahpun penuh dengan airmata.

Aku dah cuak.

Bukan sebab aku taknak tengok dia menangis.

Aku memang lemah dengan perempuan menangis!

"Awak. Habis sia-sialah saya datang sini?"

"Tak, awak masih boleh belajar. Bukan ke awak pernah kata, 'kita masih muda'?"

"Tapi awak.."

"Dah la awak, awak akan sentiasa terbit dengan pelbagai alasan. Saya pula sentiasa kena bersedia untuk ditipu. Dah la awak. Belajar baik-baik."

Aku bangun dari kerusi itu.

Aku berjalan dari dewan induksi itu.

Aku tak menoleh. Aku tahu, dia takkan kejar. Dia takkan cuba menangkan aku.

Aku tahu, dia takkan lakukan sesuatu untuk aku.



Tangan aku ditarik.

"That if you say,
Goodbye today,
I ask you to be true,
Cause the hardest part of this is leaving you..."

Humaira menyanyikan sedikit bait-bait lirik lagu itu. Mengingatkan aku pada memori yang aku sendiri pernah cerita pada dia, salah satu memori indah.

Aku..

Aku...

Aku mengalirkan airmata.


DiaWhere stories live. Discover now